AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, February 29, 2012

Leisure....





Aufa Irdina & Aufa Qistina bersemangat waja nak study

Aufa Kashfina pun terkena tempias kakak-kakaknya

Tapi.....we have to keep on eyes on her

Kalau tidak....semua benda nak masukkan dalam mulut!

Semalam jer dia tengah syok menyunyah crayon!





"Am I look cool ???"

Start umur sebulan Mama dah pakaikan saya sunglass

Now...saya dah setahun

Still the same sunglass

Kakak Aufa Irdina punya...pandai kakak jaga baik-baik sunglass dia
(Kakak Qistina punya dh patah tangkainya)

Rasa macam artis la pulak!

;P





-----------------------------------------------------------------------------------------------


No idea laa nak mengomel

Sedang mengantuk

Sedang pening

Tapi tetap mampu menahan

Sekejap lagi nak pergi klinik al-Farabi

Check up for 32 weeks of pregnancy

& nak khatankan Kashfina


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, February 26, 2012

'kembang vs kuncup'

Fuhhhh!!!!

Makin menggebu wajah mama buyung ni

Serba serbi mengembang

Seiring dengan berkembangnya ahli famili


********


Di awal tahun 2012

Kembang setaman...

Almaklum saja...dah 8 bulan mengandung

Memang wajib la kembang kan...


Tahi lalat bawah bibir tu pun kemain lg menonjolkan diri...sebelum kahwin takde pun! Nak buang boleh ke?



6 tahun lepas

Di hujung tahun 2005

Ketika baru melangkah ke alam 'kembang'

Awal-awal memang la maintain...



Ada macam wanita melayu terakhir tak? hehehe


2004

Zaman baru nak merasa hidup berdiri-atas-kaki-sendiri

Masa ni sangat ideal

BMI normal...

Masih bergelumang dalam era 'kuncup'

Serba serbi terletak elok jer

*fikir yg putih-putih aje yea*



If I can turn back time...


Semua itu adalah caturan hidup

Itu baru fizikal...

Bagaimana pula dengan aspek lain?

Bagaimana dengan frasa 'kembang vs kuncup' nya?

Jangan pula terlepas pandang

*ingatan untuk diri sendiri*




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 23, 2012

Kebaikan




Kebaikan yg dilakukan dengan niat yang ikhlas (pada peringkat penilaian manusia) tidak memerlukan unsur-unsur negatif untuk menaunginya. 


Bersabarlah...meskipun kebaikan itu dianggap seperti sampah...kerana natijah daripada kebaikan itu merupakan ganjaran terhebat buat kita...jika tidak di dunia ini...insha Allah di akhirat kelak.


ALLAH ITU MAHA ADIL.


Jangan sesekali rasa menyesal jika kebaikan yang kita lakukan itu disalah erti.


Beruntunglah...kerana kita masih mampu melindungi diri kita daripada sebarang penyakit-penyakit rohani yang  membawa mudharat.


ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI ATAS SEGALANYA.


Usah jemu membuat kebaikan sekalipun sentiasa berhadapan dengan halangan...kerana ujian dan dugaan itulah yang akan membantu kita menjadi lebih cekal dan tabah.


Bersyukurlah...kerana telah berjaya memupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri.


Kasihanilah kepada mereka yang masih bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah.


ALLAH ITU MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG.







Berdoalah...semoga mereka dikurniakan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.


Berdoalah...semoga kita tetap istiqamah dalam melakukan kebaikan...hanya kerana inginkan ganjaran hebat di alam baqa' bukan di alam fana'.


*************************************************************

~ muhasabah diri sendiri...semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi ~

Ameen

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

"Kita kan orang Islam..."

Nak cerita pasal puteri berdua tu...Aufa Irdina & Aufa Qistina. Sekarang ni kan...ehhhh dah lama dah sebenarnya...modal diorang dalam bercakap adalah... "kita kan orang Islam...". Memang saya dah mula kenalkan Aufa2 dengan Islam...perbezaan antara orang Islam dan orang bukan Islam.  Sebab...pengaruh TV sangat kuat la sekarang...dengan pengaruh persekitaran lagi...takut sangat! So saya ambil pendekatan untuk memberi kefahaman kpd Aufa2 bermula dari diorang kecil lg. Mudah-mudahan Aufa2 akan faham sedikit demi sedikit....

Aufa2 akan gunakan frasa "kita kan orang Islam..." dalam situasi2 tertentu...contohnya....


***Bila berkaitan dengan haiwan. Aufa2 kan fanatic Barbie...dalam movie Barbie mesti ada anjing. Mengikut hukum Islam, anjing adalah dalam kategori najis mughallazah/najis berat. Begitu juga dengan khinzir...or Aufa2 sebut 'oink-oink'. Majoriti siri kartun yg ditayangkan di TV untuk kanak-kanak mesti ada watak khinzir. Untuk memudahkan mereka faham tentang dua haiwan ini...saya menggunakan pendekatan macam ni..."Kita orang Islam...orang Islam tak boleh pegang dog/puppy...kalau pegang cat...boleh". Sebenarnya bukanlah hukumnya 'tak boleh' langsung pegang anjing dan khinzir...hukum yg sebenarnya adalah harus. Tapi, jika kita tiada niat khusus atau tujuan tertentu...adalah lebih baik kita elakkan daripada memegang kedua-dua haiwan ini...kerana bila kita dah pegang anjing atau khinzir, kita wajib melakukan samak (cuci dengan 1 gayung air tanah dan 6 gayung air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa). Islam kan tidak menggalakkan kita melakukan perkara yg sia-sia. Insha Allah...bila Aufa2 dah besar dan dah sampai tahap untuk mereka belajar tentang hukum..mudah-mudahan mereka akan faham. Pernah la juga Aufa2 minta kami belikan puppy (anak anjing) bila mereka tengok di kedai haiwan...yelah...tidak dinafikan memang ada la juga comelnya puppy ni...that's why saya cepat2 twist minda mereka n beralih kepada haiwan lain seperti kucing, arnab dan hamster. Saya sangat suka bila dengar Aufa2 cakap.."Mama...kita tak boleh pegang dog kan..kita boleh pegang cat kan? Kita kan orang Islam...". How sweet they are! Alhamdulillah...at least they learned something from her Mama...


***Masih lagi bab Barbie. As we know...fesyen2 omputih ni kan semuanya jenis yang 'tak cukup kain'...hatta di Malaysia ni pun dah ramai yang terikut-terikut fesyen ala-ala 'tak cukup kain' ni...orang Islam pulak tu! Sadis...sungguh sadis! Setiapkali Aufa2 tengok cerita Barbie or whatever movie yg ala-ala macam tu..saya memang kena selalu ingatkan diorang. " Kita tak boleh pakai macam tu...tak tutup aurat...kita kan orang Islam...kena tutup aurat ". Bila kita dah selalu ulang...Alhamdulillah Aufa2 semakin faham nampaknya...dan akan ulang apa yang saya cakap. Saya perhatikan Aufa2 macam faham jer aurat tu apa..sebab bila nak keluar pergi jalan-jalan diorang mesti nak pakai tudung dengan alasan..."Aufa/Adik  kan dah besar...kena tutup aurat ". Alhamdulillah...moga berkekalan sampai bila-bila...ameen. One more thing...tentang mewarnakan rambut. Aufa2 tak pernah la minta nak warnakan rambut...cuma diorang sebok nak warnakan rambut Barbie sebab diorang pernah tengok dalam you tube. Adoii la...dugaan sungguh bila anak2 fanatic Barbie nie...sampaikan Aufa pernah cakap macam ni... " Tengok Barbie tu...kenapa rambut dia color macam tu? Aufa nak color rambut dia jadi color pink.." So, saya cuba jelaskan pada Aufa2..." Rambut Barbie memang macam tu...kita orang Islam...tak boleh color rambut...berdosa...Barbie tu bukan orang Islam..." Hopefully Aufa2 faham....

Actually, ada juga ketikanya Aufa2 gunakan frasa "kita kan orang Islam..." pada situasi yg kurang sesuai. Contohnya, kalau Aufa2 tengok haiwan yg ganas or merbahaya seperti ular sawa...diorang akan cakap "Mama...orang Islam mana boleh pegang snake kan?"...So, di situ saya kena explain sehingga mereka faham..."Orang Islam boleh pegang snake..tapi snake tu kan bahaya...so jangan la pegang...".


Pada peringkat anak-anak yang sedang giat menggunakan minda mereka...peranan ibu bapa sangat penting lantaran pendidikan awal adalah bermula dari rumah. Pimpinlah anak-anak mengikut landasan yg betul agar mereka tidak tersilap langkah. Bak kata pepatah...'melentur buluh biarlah dari rebung'. Dan sebenarnya...selagi hayat dikandung badan, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi pendidikan yg sempurna kepada anak-anak tidak kiralah berapa usia anak sekalipun. Kata-kata nasihat dan motivasi daripada ibu bapa juga merupakan pendidikan yg tidak akan putus kecuali apabila maut datang menjemput.


Banyak lagi yg saya perlu pelajari sebenarnya....moga dipermudahkan oleh Nya...ameen


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, February 21, 2012

Donut Gebooo : Menu dinner

Dah lama tak buat donut...and dah berminggu-minggu teringin nak makan donut. Finally berjaya juga merajinkan diri yang makin membuyung ni...

Sebelum Maghrib tadi...saya start buat dough. This time saya tiru resepi dari internet. Before this, saya buat donut yang simple jer...kakak ipar yg ajar. But then, bila dah lama tak buat...terus terlupa resepinya...hehehe.

So, since last night dok meng-google resepi donut. Tertarik nak tiru resepi dari My Resepi...tengok macam senang jer nak buat. 


Inilah donut gebooo itu....


Resepi donut gebooo ini adalah :

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit  ((saya gantikan dengan susu formula yg Aufa2 minum...hehehe...sebab takde stok susu segar kat rumah))
  • 1/2 cawan gula halus  ((saya kurangkan jadi 1/4 cawan...))
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter  ((saya guna shortening))
  • 5 cawan tepung gandum  ((rasanya macam lebih dari 5 cawan jer yg saya guna... ))
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah dengan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.





Tak sia-sia tiru resepi ni...memang berbaloi-baloi!!!! Geeeeboooo sangat! Cer tengok gambar...terasa tak kegeeeboooan donut itu???? Kikikiki...

So, menu for dinner malam ni adalah donut gebooo...kenyangnya...minum pulak dengan nescafe O...fuhhhh!!! *tapi...dah minum nescafe pun...mata tetap mengantuk! mau tidur...*

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, February 20, 2012

Terkilan...

Apabila kita menegur kesilapan seseorang yg rapat dengan kita, semestinya teguran itu adalah ikhlas dari hati kita sendiri walaupun hanya Allah yg Maha Layak menghakimi sebuah keihkhlasan. Bagi peringkat kita sebagai hamba yg tidak sempurna, sudah tentu teguran yg dibuat adalah bersifat ikhlas tanpa niat untuk mengaibkan walau dalam apa cara sekalipun. Niat teguran dibuat adalah supaya dia menyedari kesilapan yg telah dilakukan yg mungkin dia sendiri tidak menyedarinya. Dalam masa yg sama, menyelamatkan diri individu itu daripada terus melakukan dosa. 

Alhamdulillah, selepas teguran dibuat...dia telah berubah menjadi seorang yg lebih positif dan tidak lg mengulangi kesilapan yg pernah dilakukan walaupun bukanlah secara total. Namun sekurang-kurangnya dia telah sedar dan bersedia untuk berubah. Begitulah tugas kita sesama manusia...saling ingat mengingati antara satu sama lain. Janganlah tamak untuk masuk syurga sendirian hingga membiarkan orang lain dengan mudahnya terjun ke neraka. Biarlah kita sama-sama berusaha untuk melayakkan diri kita dalam senarai ahli jannah.





Yang menjadi isu terkilan di sini adalah hubungan antara yang menegur dan ditegur menjadi renggang selepas episod teguran dibuat. Hubungan silaturrahim antara kedua-dua individu menjadi suram...sehinggakan yg menegur menjadi bingung...adakah dia telah melakukan kesilapan dengan menegur ke arah kebaikan dan yang ditegur sudah berubah...lalu teguran itu merenggangkan hubungan silaturrahim yang terjalin. 

Sehingga kini yang menegur tertanya-tanya...perlukah kita membiarkan orang yg rapat dengan kita terus-menerus mengekalkan sikap negatif dalam diri hingga akhirnya memakan diri sendiri?...dengan harapan hubungan silaturrahim tidak akan tercalar. Tetapi yang menegur punya niat yg baik...hanyalah untuk memberi kesedaran kepada yg ditegur...atas dasar silaturrahim dan atas dasar hukum Ilahi. Namun, sudah jelas ianya disalah ertikan oleh yg ditegur. Walaupun yg ditegur sudah berubah ke arah kebaikan, namun dia seolah-olah tidak dapat menerima dengan baik teguran yg dibuat. Mungkin yg ditegur itu menganggap yg menegur hanya ingin mencari kesilapan dia dan mengaibkannya. Dan sebenarnya...teguran itu dibuat secara personal...hanyalah antara pihak yg menegur dan ditegur sahaja...itu bukanlah satu agenda untuk mengaibkan.

Dan sesungguhnya yg menegur berasa bersyukur dengan perubahan yg ditegur. Namun dalam masa yg sama yg menegur berasa sangat terkilan dengan sikap yg ditegur kerana dalam diam merenggangkan hubungan silaturrahim ygt sedia terjalin. Biarpun tanpa ungkapan...cukuplah dengan tindak-tanduk yg mengungkap segalanya. Semoga yg ditegur itu menyedari apa yg dilakukan ini pada hakikatnya bukan tindakan yg tepat. Dan yg menegur pun sudah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mendoakan yg terbaik untuk yg ditegur. Jika ditegur sekali lg...mungkinkah akan terputus pula silaturrahim antara sesama saudara seislam? Maka...diamkan saja...moga doa yg menegur dimakbulkan olehNya...ameen

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, February 19, 2012

Cerita budak dobot!

video


Kashfina kan....

Pantang dengar muzik la sekarang

Terus buat aksi ala-ala menari

Tapi tak dapat nak decribe tarian apa yg Kashfina buat

Hahahaha

Comel & geram jer tengok aksi dia

Rasa nak uli-uli jer!

Sampai jadi donut!

Issshhhh



khusyuk tengok Dibo The Gift Dragon


Apa-apa jer cerita kat TV yang menarik perhatian Kashfina

Macam ni la gaya dia

Khusyuk...fokus...bergaya *silang kaki tu...*

Tapi.....*ada tapinya...*

Kalau kartun kat TV tu ala-ala horror & ganas bagi dia

Done2 menangis...takut!!!!

Badan besar hati kecikkkk



video


Sejak dah pandai jalan

Excited nak join Kakak2 Aufa main di luar rumah

Jalan punya la laju!

Kita pulak yang risau tengok dia

Takut tersembam kat jalan tu karang...

Confident pulak tu...tak bagi kita pegang tangan dia

Kena la usher ke mana jer dia pergi

Takpe...takpe...

*bagi dia can..bagi dia peluang...bagi dia can*
(bak kata Johan Raja Lawak)





Baju yang Kashfina pakai ni

Usianya dah menjangkau 16-17 tahun

Kashfina baru jer setahun!

Lama kan...tapi still nampak elok & tak lusuh

Baju turun temurun dari anak saudara sebelah Kedah

Baju anak saudara sulung yang sekarang ni dah pun berusia 17 tahun

Baju ni diperbuat daripada kain batik la rasanya...

Sejuk jer kainnya...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, February 17, 2012

Koleksi motivasi Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Lepas Subuh pagi tadi...godek2 facebook...terjah wall Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ...satu-satunya pakar motivasi yang sangat berpengaruh dalam hidup saya. Kata-kata motivasi yang lahir dari buah fikiran Dato' Fadzilah Kamsah sangat bermakna dan boleh dijadikan panduan hidup.

Dr Fadzilah Kamsah & Pak Lah...dua tokoh kesayangan saya

Di blog ini...saya ingin mengabadikan koleksi motivasi Dato' yang dicoretkan dalam facebook beliau.Moga kita sama-sama mendapat ilmu dan manfaat daripada koleksi motivasi ini...Insha Allah...

>> Utk tambat hati pasangan: Cuci hati, syukur ada psgn, cinta berteraskan iman, sygi seadanya, jadikan dia kwn paling akrab, puji & hargai, rawat hati dgn kemaafan, kenangan manis sbg ubat, sentiasa sangka baik, pandai bual & mendengar, berterusan baiki diri, jadikan konflik utk berubah lebih +ve, hormati pdngannya walau kita tak setuju (selagi tak ingkari Allah), sebut syg sekerap mungkin, elak lakukan kebenciannya, bentuk sifat yg boleh d banggakan, sentiasa didik mendidik, berlapang dada bila d tegur, hapuskan EGO, tolak ansur, patuhi Allah & selalu tanya diri: apa lagi yg boleh aku beri kpd pasangan ku ini?


>> Moga hari Jumaat ini membawa keberkatan yg melimpah ruah. Jika menghadapi sebarang masalah dlm kerjaya atau rumahtangga, kita ada 3 pilihan: 1. berhenti atau bercerai, 2. tak buat apa2 & sengsara, merungut, komplen, mengumpat; 3. ubah diri luar & dlm n hidup bahagia n bermakna. Pilihan ke3 terbaik. So hari ini, jgn merungut atau mengeluh, ubah diri secara bersepadu spt yg di bincangkan dulu n hidup dgn lebih bermakna, ceria n cemerlang. Buat terbaik hari ini, mana tahu ini hari terakhir.


>> Anak yg soleh sentiasa patuh kpd wasiat ayah & ibunya. Kenapa kita yg nak jadi soleh ini sering ingkar kpd WASIAT RASUL SAW? Walhal, Nabi lebih tinggi kedudukan berbanding ibubapa kita! Nabi berwasiat: dirikan solat, keluarkan zakat, berbuat baik kpd ibubapa, bersedekah, jaga lidah, bantu org yg perlu bantuan, SEMUA ORG ISLAM BERSAUDARA, dsbnya. Malangnya ramai yg tak solat, 50% tak keluar zakat pendapatan, ramai kedekut, mengumpat n fitnah termasuk d FB & Blog berleluasa, melayan sesama Islam mcm musuh. Kenapa ingkar WASIAT NABI? Mari sama2 kita insafi.


>> Mengumpat & memfitnah adalah d antara dosa2 besar y amat d murkai Allah & pasti masuk neraka jika tidak di maafkan org yg teraniaya. Org mengumpat & memfitnah adalah org yg sakit rohani, hati kotor, lemah iman, penakut, rendah diri & byk kelemahan diri yg nak d tutup dgn menjatuhkan org lain. Mrk sengsara d dunia n bankrap d akhirat! Mempertahankan maruah diri hukumnya wajib. Jika mati dlm membela diri insya Allah mati syahid! Justeru, jika kita di aniaya, cari jln utk bela diri d samping berterusan berdoa. Buat laporan Polis & tuntut keadilan jika fitnah mencemar maruah, keluarga & keimanan kita. Moga Allah rahmati kita.


>> Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita. Allah Maha Adil n Maha Penyayang. Moga Allah jadikan kita org yg bersyukur n redha.


>> Moga hari ini bawa cemerlang, ceria & cahaya iman. Allah Maha Adil. Kita semua adalah SAMA tapi TAK SERUPA. Semua org PANDAI tapi ramai TAK BIJAKSANA. Org pandai TAHU, yg bijak AMALKAN. Yg pandai SIMPAN yg bijak SAMPAIKAN. Yg pandai MUDAH MELENTING, yg bijak RESPON DGN HIKMAH. Yg pandai belajar drp silap SENDIRI yg bijak belajar drp silap ORG LAIN. Yg pandai pentingkan diri, yg bijak pentingkan org lain. Yg pandai hebat d dunia, yg bijak hebat dunia & akhirat. Org bijak tahu: dgn bantu org utk berjaya, kita juga akan berjaya. Bantuan Allah dtg kpd org yg bantu org lain dgn ikhlas. Mari sama2 kita jadi org yg BIJAKSANA.


>> Ramai shbt yg minta tip tangani pasangan yg baran. Syukur n redha u d jodohkan dgn dia, doa agar u n dia sentiasa sabar, baca doa pelembut hati- fatehah, ayat qursi, surah Ta Ha: 1-5, surah al hasyr:21-24 n hembus ke badan, makanan, gambar; bila nak cakap baca dlm hati Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir utk mudah dia dengar; sentiasa puji n peluk dia; elak lakukan apa yg dia benci, kerap lakukan apa yg dia suka; beri sebelum d minta; gunakan gerak batin utk baca fikirannya, manjakan dia, kurangkan mkn daging merah n byk makan ikan n ayam, mkn buah sblm makan nasi, bermaafan sblm tidur, diam bila pasangan marah, bincang masa tenang.


>> Org yg terbaik ialah yg sentiasa ingat mati & segera bertaubat bila buat dosa. Org yg sakit jiwa ialah yg sangka dia aje yg betul, semua org lain salah! Ramai suami yg sering salahkan isteri & tak sedar salah sendiri menyebabkan ramai isteri derita dlm diam. Hari ini sebut & pamer syg kpd yg tersyg, maafkan & mohon maaf drp mrk, sedekah kpd yg perlu, bertanya kpd yg tahu, ingatkan kpd yg lupa, doakan utk semua, bayar hutang yg ada, pulangkan yg di pinjam, halalkan apa di beri. Mana tahu kita mati hari ini. 


>> Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yg gelap! Justeru, mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. Spt biasa kita cuci hati dgn jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan org, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang spt kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir...


>> Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah: 1.Jaga solat 5 waktu 2. Solat taubat n istighfar 70X sehari 3.Qada' solat yg tertinggal 4.Baca Quran 5.Maafkan org n mohon maaf 6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid 7. Berkwn dgn org2 +ve 8. Sedekah kpd yg memerlukan 9.Beri binatang makan 10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan 11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya 12.Kekalkan wudu' 13. Puasa sunat 14. Sentiasa ingat mati 15. Hidupkan sunnah harian 16. Seru org ke arah kebaikan 17. Tunaikan hj n umrah. Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat.


>> Petanda penyakit rohani termasuklah: 1. Malas beribadah, 2. Malas bekerja 3. Tumpul daya fikiran 4. Kurang peka ttg kesusahan org lain 5. Gelisah n risau 6. Liar terhadap kebenaran 7. Sering bersangka buruk 8. Suka mengadu domba 9. Suka isteri atau tunang org 10. Malas atau lupa berdoa 11. Tak rasa bersalah bila buat dosa 12. Sukar utk buat kebaikan. Semua masalah d dunia bermula dari penyakit rohani. Mari kita hisab diri kita n rawat rohani kita agar selamat d dunia n akhirat.



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 16, 2012

Menu lagi...

Ini menu semalam

For lunch...sy masak menu ini


IKAN SIAKAP TIGA RASA


For dinner


ROTI JOHN AYAM


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Emosi ini...

Kadangkala sy rasa bersyukur sangat kerana dikurniakan tahap kesabaran yg mungkin lebih dari orang lain. 

Namun, ada ketikanya hati ini berbisik..."kenapa aku jadi terlalu sabar? Bodoh sangatkah aku?"

Konflik diri sentiasa menggundah-gulanakan fikiran

Kadang-kadang rasa nak lari

Lari jauh dari segala yang menyakitkan

Sy yakin sy boleh...tapi sy tidak tergamak

Kerana pasti ada yg terluka kerana sy

Bagaimana pula dengan hati sy yg makin hancur ni?

Perlukah dibiarkan saja terus reput??




Ohhhhhhhhhhhhhhhhh

Sekali lagi konflik diri mengganggu hari sy

Hari ini ia datang lagi menerjah fikiran

Sukarnya untuk melupakan

 Kisah-kisah luka

Bukan berdendam

Cuma memendam



Kerana di sini

Tiaada siapa yg memahami

Tiada siapa yg sudi mendengar

Tiaada siapa yg sudi menenangkan

Sukarnya untuk meluahkan

Pada yg sy yakin sudi mendengar dan memahami

Kerana 

Ada hati yg perlu dijaga



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, February 15, 2012

Mengidam lagi...

Tengah2 malam nie tetiba ada mood nak update blog. Aufa3 pun dah belayar di lautan mimpi...tapi nak suruh diorang tidur punya la susah! Tadi sy saja gertak diorang..."siapa tak tidur dia jadi macam owl!"...dengan harapan diorang akan paksa mata untuk tidur. Sekali....si Aufa Qistina menjawab.."owl tengok tv ke?" huh!...lomah den! terpaksa la mengiyakan...nak jer sy jawab..."owl yg tengok tv tu namanya Mohd Zaki...Baba korang la tu..." heee...Aufa Irdina jg la punya jawapan yg genius..."owl tidur waktu siang kan Ma?"..bijak memang bijak!

Oklah...cer tengok gambar ni...teringin tak nak tengok Mohabbatein versi Malaysia? Hahaha...pecah perut ketawa tengok gambar ni....

Add caption

Zizan Rai...Shah Johan & AC Bachan...hahahaha...siapa la punya idea ni ek?


Lepas maghrib td pergi check up di alfarabi...nasib baik tak ramai patient. Alhamdulillah result MOGTT dah dapat...ok jer..tak kena diabetes. Legaaaa....

Sekarang dah 30 minggu...scan td...result lebih kurang sama jg dgn yg Dr Ko scan. EDD at the end of this coming April. Kepala baby dah berada di bahagian bawah. Yg lain ok semuanya...n hopefully everything gonna be ok until the time of delivery...insha Allah...ameen

Next destination is Giant. Beli susu n barang2 dapur.

*************entri bersambung pd jam 6:30 pagi...malam td tertidur pulak! heeee

Actually lepas balik dari Giant malam td sy dah lepas gian...macam drug addict pulak kan...sy ni sebenarnya teringin bebenor nak makan roti john...kalau di masjid tanah roti john yg paling sedap adalah roti john pak abu..fuhhhh!!! kalau di pasar malam mmg kena queue la kalau nak beli...tp pak abu ada buka kedai makan..so tak payah tunggu pasar malam pun boleh beli roti john pak abu ni....marvelous!

Di Kuantan sy tak tahu la pulak kat mana ada jual roti john selain pasar malam...kami jarang pergi pasar malam....itulah ceritanya...so sambung balik cerita malam td...kikiki...melalut sokmo!

Malam td.........sy dah buat roti john sendiri....first time ni...padahal time tu dah tengah malam! mengidam punya pasal...layankan aje! Sy try buat roti john sardin...n inilah hasilnya...



Roti john ni siap dihidang pd jam 12:15 am...mmg tengah malam la kan! Isssshhhhh....sedap la....serious sedap! next time boleh buat lg...untuk makan sendiri jer...n balik kg nanti boleh la sy buat...(mood mau menunjuk2 tetiba dtg!)...mesti mak bangga ni..hahaha...harapkan pujian dari mak..barulah ada semangat nak teruskan hidup...rindunya kat mak...

Resepi roti john sardin yg sy buat ni ringkas jer :

* bawang besar - potong dadu
* bawang putih - kalau rajin tumbuk la...mlm td sy juz chop mcm tu jer...
* serbuk kari - agak2 sendiri nak letak banyak mana...n larutkan dengan sedikit air
* sardin
* telur
* roti

inti sardin :-
-----------
** tumiskan bawang besar + bawang putih sampai agak2 nak garing
** masukkan serbuk kari n kacau sampai garing
** masukkan ikan sardin dan hancur2kan ikan n tunggu hingga masak...sos sardin tu sy tak ambil...takut pedas n rasa masam pulak nanti...
~~~~~~~~~~~
** pukul telur hingga larut...sy guna 2 biji telur...tak payah la sampai kembang mcm nak buat kek tu..heee...
** masukkan inti sardin dan kacau hingga sebat
~~~~~~~~~~~~
** panaskan kuali..isi sedikit minyak or butter...tak payah isi pun takpe kalau guna kuali yg jenis tak melekat tu..
** sapukan inti td atas roti...then masakkan dia sampai masak la....heee
** terpulang pd selera masing2 samada nak letak sayur2an dan sos...mlm td sy letak timun n kobis...sos cili n mayonis...
** get ready untuk ngap! kikiki....

Itulah resepi simple roti john sardin yg sy buat tengah malam td...masak untuk makan sendiri lepas la sy ni...selagi terdaya...

Sekarang dah pukul 7:23 am....nak sambung tidur dulu....boleh? :-*

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, February 13, 2012

Anugerah Cinta ke-4

Hari Sabtu lepas
Sebelum bawa Kashfina ke klinik al-farabi
Kami pergi ke W.Y Ko Maternity Clinic
Nak buat scan 4D baby

at clinic...while waiting..

Last 2 years pernah consult dengan Dr Ko
Time mengandungkan Kashfina
Alhamdulillah..this time berpeluang sekali lg berjumpa dgn Dr Ko
Amat berpuas hati dengan consultation yg diberikan
Kata pakar......kan....

Kalau 2 tahun lepas
Sy ada masalah dgn due date untuk lahirkan Kashfina
This time pun sama juga
Acc to Dr Ko...now I'm about 28++ weeks
So EDD almost at the end of April...
Or on early May
Kalau ikutkan tarikh sebenar
EDD is on 3rd April 2012

Oklah
Inilah dia bakal anugerah cinta terindah kami
Yang keempat

snap guna handphone jer...hehe


video


video


video

Amacam????
Ada iras siapa ek????
Takpe..tunggu baby keluar dulu baru boleh confirm kan...

Sy excited sebenarnya
Bila dapat tengok keadaan baby secara live
Sy memang sokong 100% la ultrasound scan ni
Esp 4D scan
Selalunya dapat rasa jer...bila baby dok bergerak2, menendang2
Sampaikan Aufa Qistina cakap gini
"Mama...baby tu panjat perut Mama..nanti bercalar la perut Mama"
Kikikiki...macam2 tau itu budak kecik yg tak gemuk2!
Ada jer idea dia nak cakap!
Aufa Irdina pulak..pandai cakap dengan baby
Sampai baby bagi feedback tu...kick perut Mama! Hehehe


Budak dobot ni...bila tanya 'mana baby'...ditepuk2nya perut sy! Hehehe

About gender
As Doctor Ko said
"Takpe...cuba lagi.."
Hurmmm
Nampaknya belum ada rezeki lg untuk baby boy
Kilang dah nak tutup buat sementara waktu
Tak larat dah ni
Nak rest la juga kan...
Takpe..sy pun tak kisah sangat
Baba lagi la pulak....

Oh ya..
Harga scan 4D termasuk CD di Klinik Ko still sama macam 2 tahun lepas
RM85 gambar sahaja
RM145 gambar dan CD

Actually lately perut ni asyik mengeras jer
Kalau mengeras tu...maksudnya sy kurang rest
Issshhh....tak boleh nak rest sangat la
Kashfina still need extra attention
Itupun alhamdulillah la sekarang ni dia pandai main sendiri
Sejak dah pandai jalan ni...
Furthermore, kerja2 rumah pun semuanya kena settle sendiri
Baba kan busy sokmo....
Redha jer la
Walaupun kadang2 hot tempered jg tu...
Bila dah penat

((((seboleh2nya taknak mengeluh...tapi takde tempat nak mengadu la...selain blog ni..hehehe...taknak mengadu dekat mak...nanti mak risau pulak))))

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, February 12, 2012

menu hari ini - Ayam Mengendeng!

Pagi2 lg sy dah on laptop...maklum la skrg nie Baba yg guna lantaran (wah..bahasa puitis kau...!) adapter laptop Baba rosak sudaa...macam biasa la...godek2 facebook...intai2 blog...

Hari ni just goreng nugget saja for breakfast. Plan nak masak nasi la untuk lunch n dinner...semalam kami tak makan nasi...sy juz buat spaghetti ayam n again...buat kuih keria. Tak puas hati selagi tak menjadi sira...n Alhamdulillah this time menjadi! So, lepas ni tak buat dah la kuih keria..sebab dah pandai sira! hahaha...


Dalam jam 12... lepas tidurkan Kashfina sy start masuk dapur. Masak nasi...potong sayur...potong ayam. Plan asal nak buat ayam masak merah, goreng kobis+carrot. Tapi kan..tetiba teringat satu resepi yg baru jer sy baca dari blog AiniAmin. Resepi daging dendeng...first time sy dengar nama menu ni. Isshhh..macam senang jer nak buat...tapi sy gantikan daging dengan ayam becoz daging dah pun sy gorengkan dengan kicap dua hari lepas. Actually ada bahan yg takde..iaitu jintan manis n tomato..tapi sy rasa boleh jer kot sy gantikan dgn bahan lain. Apa lgi...sy pun start la mereka resepi sendiri...so menu sy hari ni diinspirasikan daripada chef AiniAmin la..nama resepi sy adalah AYAM MENGENDENG!....kikikiki...ehhh korang tahu tak apa maksud mengendeng tu? kalau ikutkan pemahaman sy..mengendeng ni macam mengendeng laaa....ala....haiii...apa ek??? ala2 terhegeh2 gitu...buat2 tebal muka...macam tu laa lebih kurang...

Inilah dia menu Ayam Mengendeng sy.....tadaaaa...

Fresh from the pan!

Ayam mengendeng dihidang bersama nasi putih bertemankan sayur kobis+carrot...sy memang suka makan sayur..so kelihatan sayur melebihi segala2nya...

Alhamdulillah...n terima kasih sekali laagi kpd chef AiniAmin...hehehe...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Aufa Kashfina 1

Semalam
11.02.12
Genap setahun usia Aufa Kashfina


Mama said on behalf of Kashfina..."I learned to laugh and crawl..then I sit and stand. Now I can walk on my own. Look out! I'm turning One!"

Sekejap jer rasanya dah setahun...
Alhamdulillah syukur dengan kurnian Ilahi
Bersyukur sangat kerana dikurniakan kesempatan untuk membesarkan sendiri ketiga2 anugerah cinta terindah kami


Aufa Kashfina...seindah dan secomel orangnya
Mama, Baba & Kakak2 teramat sayangkan kamu
Kamu umpama pelengkap keceriaan family kita sayang...
Kalau tak...takkan la Baba asyik rindukan kamu ajer bila out station
Sampaikan kami ni dah hilang priority
Kikikiki...joking!



Semalam...
Tak celebrate pun birthday Kashfina
Just nyanyikan dia lagu birthday...itupun suka sangat dia!
Maklum la...anak Pegawai Kebudayaan
Suka sangat bila dengar muzik!
Siap menari2 tu yang tak tahan nak tengok!

Semalam...
Bawa Kashfina pergi klinik
Untuk injection MMR
Sebelum tu...timbang dulu
Berat Kashfina 10kg
Sama dengan berat Kakak Aufa masa umur setahun
Tapi...dah hampir2 dengan berat Kakak Qistina sekarang...13kg
Aduh la Adik/Kakak ni...bila la nak gemuk ni...
Berat Aufa Irdina 19kg..maintain..

Tapi kan...semalam...
Punya la kuat jeritan Kashfina
Masa duduk atas penimbang tu ok lagi
Bcoz Baba jer ada kat situ
Bila doktor datang dekat dengan dia
Nak ukur lilitan kepala
Terus menangis macam la doktor tu nak apa2kan dia
Aduh la Kashfina...
Sy pujuk pun tak jalan gak...
Actually Kashfina agak takut dengan lelaki
Itu yg sebenar2nya...

Alahai budak manja sorang ni....

Terpaksa la sy take over pegang Kashfina untuk injection
Dengan perut yg dah membesar ni...susah juga sebenarnya
Kashfina still tak berhenti menangis
Selagi tak keluar dari bilik doktor

Alhamdulillah
Kashfina tak demam lepas kena inject
Selsema jer tak ok lg...
Syafakillah...

Cantik tak lipstick color hijau? kikiki...makan spirulina

Ada talent dah ni nak tolong Mama jaga baby...

Bibir pecah sikit..jatuh tersembam ke lantai..nak larikan diri dari dikejar oleh kakak...kan dah terjatuh...

Kakak & Adik

Doa kami
Semoga Aufa Kashfina terus membesar dengan sihat, cemerlang dunia akhirat...ameen

WE LOVE YOU SO MUCH!!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...