AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, January 30, 2011

~*kami happy sangat!!*~


Sepanjang minggu nie

Saya...Aufa Irdina...Aufa Qistina

Happy sangat!!!

Rasa macam nak melompat2!!!

Tapi nasib baik tak boleh...hehehe

Tak pasal2 terberanak terus nanti!!!

Hati jer la yang melompat2 kegirangan...ahakz!



Kami happy sangat!!!

Sebab......

Cinta hati kami sentiasa ada bersama kami

Sepanjang minggu nie

Walaupun tak dapat keluar berjalan2

Dah 2 hari hujan tak berhenti2

Tapi.....

Kami tetap happy

Melompat2 tau happy!!!

Hahahaha

Kan best tiap2 hari boleh berkepit

Dah macam takde kerja lain pulak kan!

Alhamdulillah...inilah yang dinamakan anugerah 

Anugerah terindah buat kami...


Errmmm....

Tetiba lepas maghrib nie hujan dah berhenti pulak...

Ada chance la nak keluar nie....

Kaki dah 'gatal' jer nie...;p

Anyway...happy holiday to all my friends....
(bagi yang dah start bercuti la yea...)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 26, 2011

~*AUFA & 'SELEKOM'*~

Aufa Irdina kan.....

Selalu jer request from her mama....

"Mama...nanti belikan Aufa punya SELEKOM"

And her mama was very coriuos!!!!

"Benda alah apakah SELEKOM itu???"

Maka......

Aufa Irdina pun dengan penuh semangat

Give an explanation what is SELEKOM

"Mama belilah Aufa punya SELEKOM...nanti Aufa nak sembahyang sama dengan mama"


Ooooooohhhhhhh!!!!

Barulah mamanya faham......

Aufa nak TELEKUNG rupanya....

Hahahahahaha
 
alkisahnya...Aufa pernah tengok 'selekom' kanak2 dalam katalog...tu yg minta belikan tu...
 

Ingatkan dia nak telefon ker...

Coz logo Celcom tu dia dah kenal n cam...

Kalau terjumpa di mana2 logo tu

Confirm dia akan cakap

"Mama...itu SELEKOM mama"

Coz mamanya pengguna Celcom!
 
Aduhai la anak.....hehehe
Aufa2 sedang solat Zuhur...;p
Lepas solat zuhur terus mengaji

Aufa2 nie suka ikut apa yg mama diorg buat

Itulah sebabnya.......

Sama la dengan kanak2 lain yg sedang giat meneroka




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*setia*~


SETIA itu hanya bermakna pada mereka yang mengerti akan nilainya

SETIA itu hanya akan beerti pada mereka yang memahami akan kuasanya

SETIA itu hanya akan berfungsi pada mereka yang berjaya membuktikannya


~****~
 
Andai SETIA sudah tiada nilainya
 
Andai SETIA sudah hilang kuasanya
 
Andai SETIA sudah lenyap buktinya
 
Maka
 
...........
 
 
CURANG itulah gantinya
 

 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 23, 2011

~*hujung minggu*~

Antara aktiviti hujung minggu bila en suami pulang ke kampung adalah membawa Aufas berjalan2, bersiar2 n bermain2....release tension setelah seminggu terperap di rumah. So mamanya pun tumpang dua belah kaki la...even tak larat sebenarnya nak berjalan2 nie....tapi kugagahkan jua....hehehe

Antara tempat2 yg menjadi pilihan Aufas jika berada di Melaka adalah Jusco baru yang terletak bersebelahan dgn Tesco. Di Jusco ada kid zone...RM8 per entry...tu yg diorg seronok sgt. Last week boleh dikatakan jenuh juga la nak menunggu diorg...bila dah puas main diorg painting pulak. Satu set painting tu RM12 ada..RM15 ada..Nasib baik babanya rajin melayan. Dah puas painting nak main lagi...nak ajak makan pun susah.

Kadang2 bawa Aufas pergi laut...tapi tak mandi la...santai2 jer di tepi pantai. Asalkan diorg happy...

Last week...after having fun at Jusco..bawa Aufas ke Taman Rempah. Before this kami dah pernah naik cruise...kali nie Aufas request nak naik cruise lg..tp mamanya dah tak larat. So biarkan mereka naik motor control jer la...so layan la klip nie yea.....


video
Aufa Irdina
Lawak la Aufa nie...penakut!


video
Aufa Qistina
Steady jer dia.... :)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, January 22, 2011

~*38 minggu sudah...*~

Salam hujung minggu...hari nie kami berehat di rumah saja...takde transport la nak meround... Lagipun baba Aufa2 tak dapat balik...UMP ada program...

Pagi tadi ada rajin sikit...offer diri nak masak...selalunya kakak yg masak...hehehe, tp senang jer menu hari nie...sardin! Mak pulak buat pencuk...haaaa kamu pernah dengar tak menu tu??? Sy pun tak sure apa nama lain bg pencuk...nak buat pencuk sonang ajo...juz sediakan taugeh, timun (potong panjang2), tauhu...campurkan semua bahan2 tu n gaulkan dengan kuah lada. Macam tauhu sumbat tapi pencuk nie digaulkan semua sekali dalam satu bekas. Taugeh bagus untuk jantung tau...so makanlah taugeh banyak2 yea.... ;)

Shut up not shut up (diam tak diam)...dah 38 minggu usia kandungan sy nie...bermakna bila2 masa saja boleh deliver. Dalam tempoh menunggu masa jer....berbaur2 perasaan nie..takut ada...tak sabar pun ada. Tapi sentiasa berdoa moga semuanya selamat n dipermudahkan. Perut sy nie dah bulat macam buah tembikai...baby pun aktif jer...ok la tu kan...

Apa lg nak story ek...mood pun terumbang-ambing jer 2-3 hari nie...entahlah.....okay la..nak layan raja lawak...terhibur sikit hati nie layan lawak sengal Johan n Zizan...bye! :)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 19, 2011

~*en suamiku yang berbakat*~

Tajuk entri yang tak boleh blah!!!! hahahaha
Bila lagi nak puji cinta hati....n sapa lagi yg nak puji kalau bukan isteri...tak gitu???

Tengoklah klip nie dulu...



video
17 Januari 2011 @ Selamat Pagi Malaysia RTM1
volume tak clear...ada klip yg dah diedit volumenya..tp cannot be uploaded...


Dah tengok ke klip kat atas tu??? 

Kalau belum tengok lagi...cepat tengok sekarang!!!!! :D (paksa nie...hehehe)

Itu adalah antara bakat 'terendam' en suamiku....yg saya pun actually macam tak percaya pulak dia mampu mendeklamasi puisi sehebat itu....

Eh!!! hebat apa...ala2 profesional gitu!!! "WAHAI ANAKKU..."

Invitation from RTM tu bersempena dengan program  Puisi Riong anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kiranya promotion la tu....(agaknya). Itu jer yg boleh sy explain...nak tahu lebih lanjut silalah ke website UMP yea.... :)

Before this...en suami sy pernah jg masuk TV...masa tu dia MPP di UIA..tahun 2003 kalau tak silap sy... ada invitation utk program Bicara Siswa...di TV1 juga. Time tu kan belum halal lagi...so nak tengok pun malu2 jer...coz mak abah pun sama2 menonton bakal menantu mereka nie berhujah....hehehe

Masa first time kami kenal pun...masa tahun 2002...dia menyanyi...hehehe..."Senyum seindah suria yang membawa cahaya...Senyumlah dari hati duniamu berseri". Itulah lagu yg cinta hati sy nyanyikan dan jodoh kami bertemu pada hari itu...alhamdulillah... :)

Masa sekolah menengah dulu pun...berbakat dalam tilawah al-Quran...sampai peringkat negeri tu....hebat betul la! (berbakul2 puji2an nie!)

Itu semua anugerah Tuhan buat cinta hati sy...bakat yang ada yang dimanfaatkan sebaiknya. Sy pun takde bakat macam tu...tahniah la diucapkan...tak semua orang dianugerahkan bakat dan kelebihan sepertimana dia...

Yang paling penting bagi sy...dia mampu menjadi Imam kepada saya dan anak2...itu sudah cukup dan yang terbaik! 


**Petang semalam...cinta hati sy a.k.a en suami balik semula ke Kuantan setelah mengambi cuti rehat pd hari sehari. Hari nie rasa sedih n sayu tu lebih sikit...sampai tak tertahan air mata nie. Kalau boleh sy nak dia sentiasa dengan kami...kerana dialah sumber kekuatan dan semangat kami. Apakan daya...ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...tanggungjawab terhadap kerjaya. Yang menjadi penyebab air mata nie mengalir...bila Adik Aufa Qistina berkata begini bila melihat kereta baba mereka berlalu pergi....
"Adik rindu baba...baba tak payah balik"...slow jer kata2 tu keluar dari mulut mungil dia...dalam nada sedih pulak tu...

Then kakak Aufa Irdina pun ulang ayat yang sama macam adiknya. Allahu Rabbi....sayu sangat...Aufa2 memang rapat dengan baba mereka...coz baba mereka sangat sporting n sangat penyayang...(compared to their mama..;p). Sambil mengarang nie pun rasa sedih tu stil tak hilang...n setiapkali teringat pasti akan menangis dibuatnya....WE MISS U A LOT BABA!!!!!!!!

Perpisahan itu amat menyakitkan..walaupun sementara...

MY ALL

**Hari nie...Adik Aufa Qistina pulak demam....agaknya rindukan baba kot....kesian....


cepat sembuh yea sayang....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, January 14, 2011

~*imaginasi Aufa2*~

Nak bercerita tentang Aufa2...
As other children...Aufa2 pun punya macam2 imaginasi yang kadang2 sangatlah melucukan...
Sebagai mama...saya layankan aje...;p
 

agak2nya apa imaginasi Aufa2 tentang gambar ini???

Gambar di atas adalah gambar kami zaman muda2 dulu....that's why nampak ada shape lg muka masing2...;p
Baru2 nie Aufa2 tengok gambar nie...dan drama pun bermula...
Aufa Irdina: Mama n Baba kat mana nie?
Mama: Kat dalam kereta....
Aufa Irdina: Aufa ikut tak?
Mama: Ermmm Aufa takde lagi masa nie....
Aufa Irdina: Aufa ada...Aufa duduk belakang
Aufa Qistina: Adik pun ada...Adik duduk belakang Mama...Adik tengah merajuk kan? Kakak duduk belakang Baba...
(Dalam terpaksa...Mama pun mengiyakan saja...maka drama pun tamat. Kalau tak diiyakan...akan bermula pula drama air mata!)
-----------------------------------------------------------

Hujung minggu lepas, saya membantu abang mencabut bulu ayam kampung peliharaan mak yang baru disembelih. Dah lama tak buat aktiviti nie....dulu2 kalau nak makan ayam, kena sembelih n proses sendiri. Sekarang nie semuanya dah siap. Aufa Qistina pun menyibukkan diri untuk melihat kami mencabut bulu ayam kampung itu....Selang beberapa hari, Aufa Qistina pun memulakan dramanya...
"Mama...kenapa Mama cabut bulu ayam? Nanti ayam  takde bulu...."

Alahai...jenuh nak explain....;D

--------------------------------------------------------------


Aufa Irdina kata...belon nie ada dua...macam Mama & Baba....;p



 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*aku...kau...berbeza, aku...kau...istimewa*~

LELAKI BUJANG (BELUM BERKAHWIN) akan menanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh.
 
 
PEREMPUAN BUJANG (BELUM BERKAHWIN)..dosanya akan ditanggung oeh bapanya.


LELAKI BERKAHWIN akan menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
 

ANAK LELAKI wajib bertanggungjawab terhadap ibunya terutama anak lelaki yang sulung.
 
PEREMPUAN hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya isteri berbuat baik kepada suami maka dia akan mendapat pahala, sekiranya isteri berbuat tidak baik maka dosanya akan ditanggung oleh suaminya.
 
 
 


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 9, 2011

~*R.I.N.D.U*~

"ku ada kamu"

Sesungguhnya rasa ini

Rasa yang sungguh menyakitkan

Rasa yang membuatkan diri ini terasa kehilangan

Rasa yang menyebabkan air mata ini mengalir tanpa sedar



Aku rindu.................

Rindukan semua yang ada pada dirinya

Sentuhannya, belaiannya, kasih sayangnya

Rindukan kemeriahan dan kegembiraan

Tatkala bersamanya dan anugerah cinta kami

much love!!!!!

"Ya Allah...Kau kurniakanlah kesejahteraan kepada isteri dan anak2 ku...ameen, abang baru sampai, baru lepas solat, menitis air mata abang...teringat sayang n anak2...R.I.N.D.U..." - 8.00 pm/ahad/9 Januari 2011




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, January 7, 2011

~*menghitung hari*~

diriku yg sedang sarat mengandung...pucat jer kan...kali nie malas nak berhias2...

my baby @ 34 weeks...so chubby!! muncung lg tu!!! ;D

Hari nie usia kandungan saya adalah 35 minggu 5 hari. Sekarang nie dalam tempoh menghitung detik dan hari...semoga semuanya akan selamat dan dipermudahkan...itulah yang sentiasa saya doakan...

Last week, 30.12.2010 saya 'dipaksa' oleh pihak klinik kesihatan Masjid Tanah untuk melakukan ujian diebetes (MGTT)...sebab mak saya ada diebetes. So prosedur klinik kerajaan memang begitu..akan buat MGTT pada ibu mengandung ketika usia kandungan 16 minggu dan 28 minggu. Ingatkan dah terlepas coz semasa check up di klinik swasta..mereka refer pd previuos pregnancy history..kalau tak pernah ada kes...n darah pun ok...diorg tak buat ujian MGTT. So, pagi2 lg saya dah tercegat di klinik...registration caunter pun tak buka lg time tu...hehe

Mula2...nurse ambil darah setelah saya berpuasa bermula jam10 malam sebelumnya. After that, saya kena minum air gula yg teramatlah manis!!! N kena tunggu selama 2 jam then baru ambil darah lagi. Kiranya 2 kali la ambil darah. Selama 2 jam tu saya n sesiapa yg senasib dengan saya dilarang keras untuk makan dan minum...kiranya belum boleh berbuka puasa la...nasib baik ada my cousin, Azwa. Kebetulan dia nak bawa anak dia untuk monthly check up...so takdelah rasa apa2 sebab khusyuk berborak...dah lama tak jumpa macam2 cerita la kan...;p

Selepas ambil darah kali kedua...kena tunggu lg...kali nie tunggu result pulak. Tapi takdelah rasa boring n stress sebab dah boleh makan! Hehehe....lapar seyyyy!! Result MGTT saya...jeng3...hahahha..macam la suprise sangat! Dah basi pun...;D
Sebelum minum air gula : 4.2 mmol/L (3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L) 
Selepas 2 jam : 6.8 mmol/L ( less than 7.8 mmol/L)

Alhamdulillah...terlepas dari penyakit diebetes semasa hamil.

Within this week...ada juga rasa contraction...tapi taklah kuat sangat...juz braxton hicks contraction. 

Cuma...dah 2 hari kena leg cramps. Aduhai...sakitnya bila nak berjalan. Maybe sebab sejuk n saya tak pakai stokin...tu yang sakit tu. Malam nie kena pakai stokin...wajib!!! Tapi saya jenis cepat rimas...dalam pantang pun tak disiplin..esp waktu siang...selalu jer tak pakai stokin...for the first 2 weeks jer berdisiplin..lepas tu...hmmmm faham2 jer la....;p

Tapi kali nie berazam nak berdisplin...nak jaga betul2 masa dalam pantang...hopefully takde apa2 halangan dan rintangan.

please pray for me ya! thanx....
With love!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, January 5, 2011

~*memori di Pusat Matrikulasi UIA, PJ*~

Bagi sesiapa yang meminati nasyid, lagu ini maungkin sudah biasa n tidak asing lg. Lagu 'Puteriku Sayang' dendangan Kumpulan Hijjaz...sungguh merdu n puitis.

Lagu ini sebenarnya ada kaitan dengan saya....amboi...statement!!! hehehe

Actually...semasa belajar di Pusat Matrikulasi UIA, Petaling Jaya....tahun 1999 (kalau tak silap)...sy pernah menyanyikan lagu ini...masa tu hostel tempat saya menginap...Khadijah College...ada menganjurkan pertandingan kesenian. Ada macam2 persembahan yang dipertandingkan seperti lakonan, pertunjukan fesyen, tarian sufi, nasyid dan....ntah tak ingat dah....;D

Oklah...cuba dengar lagu nie dulu....


video
lagu ini dinyanyikan semula oleh kumpulan mestikal

Then...cuba tengok gambar nie.....

yg mana satukah saya??? heeeeeeee


Gambar tak clear la...takde scanner...juz snap guna handphone...tapi sebab nak jadikan sebagai bahan bukti...."ada aku kisah???".....hehehehe

Yang pegang microphone tu.....saya la.....masa tu sy jadi solo nyanyikan lagu 'Puteriku Sayang' dan  "pergi Tak Kembali'...Hehehe...daripada seorang gadis yang pemalu yang amat...boleh naik stage n jadi solo lagi tu!! Saya nie semangat jer yg kuat...yg lain2 sebab penakut n pemalu jer....walaupun banyak bakat terpendam n terendam nie....;D

Rasa macam tak percaya jer bila kumpulan kami berjaya memenangi tempat kedua dari banyak2 persembahan yang ada. Tempat pertama dimenangi oleh kumpuan tarian sufi. Kalau tak percaya...cuba tengok gambar ini pulak...walaupun tak clear...;p

yg belakang..kiri sekali..itulah saya...


Kiranya....merdu juga suara saya kan???? Yelah...sampai dapat tempat kedua....boleh jadi artis nie....hahaha.....usah bermimpi di siang hari! ;D

Dah lebih 10 tahun berlalu....suara pun dah tak semerdu dulu...ehhh...yeke....or maybe bertambah merdu???? ;D

Oklah.....nak makan tengahari.....bye!!!! :)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, January 4, 2011

~*errmm...kesian Aufa Irdina...*~

Semalam bermula sesi persekolahan untuk tahun 2011...selamat bertugas buat para Murabbi, selamat belajar buat semua anak didik. Errmmm dah hampir 3 tahun saya tinggalkan dunia perguruan...sekarang nie hanya menjadi guru kepada anak2 sendiri sahaja...itu lebih bermakna... :)

Dan sepatutnya semalam adalah hari pertama Aufa Irdina bersekolah. Tapi....disebabkan kami berada di Melaka dan saya sedang menunggu masa untuk bersalin, maka terpaksalah ditangguhkan dulu persekolahan Aufa sehinggalah kami pulang semula ke Kuantan selepas bersalin nanti.

Nak tumpangkan Aufa di mana2 taska area Masjid Tanah...ada  masalah dengan transport pulak...plus takde orang yg boleh hantar n ambil Aufa nanti. So, terpaksalah dia berkorban demi mamanya yang tersayang....hehehe.

Nasib baiklah Aufa tak mendesak or menangis2 nak sekolah...bila explain pada dia, Alhamdulillah dia faham n dia akan cakap begini..."tunggu baby keluar dulu...baru Aufa sekolah". Good girl!



So for this time being...Aufa Irdina hanya belajar di rumah sahaja dengan mamanya yang ala2 garang juga...;D Time dia rasa nak belajar...saya akan duduk dengan dia n ajarkan apa2 yg patut. Kebetulan baba diorang ada belikan laptop mainan masa di Kedah hari tu...so belajarlah Aufa dengan laptop n buku2 yg ada.


video
4 Januari 2011

video
3 Januari 2011


Belajar kat rumah dulu yea Aufa...mama dulu tak pergi sekolah tadika pun...pandai jugak! Oppsss!!!! ;D

Yang lawaknya si Aufa nie...bila dia dah boring n taknak belajar..mula la create macam2 reason. Laptop dia tu pulak bila dah 5 minit tak guna or tekan apa2..automatik akan say 'babai"...lagi la kukuh reason Aufa nak stop. Dia akan cakap gini..." Laptop dah babai...dah habis belajar dah mama"...hahaha macam2 budak sorang nie!

Apa pun...kesian Aufa Irdina...kecik2 lagi dah kena berkorban....

Terima kasih sayang....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, January 3, 2011

~*2011*~

2010 berlalu dengan pelbagai kisah...semuanya terpahat kukuh dalam ingatan...kekal menjadi memori



2011 bertamu dengan sambungan episod 2010...semoga semuanya dapat diperbaiki dan diperhalusi...agar warnanya lebih ceria dan tenang...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...