AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, December 23, 2010

~*Aufa Qistina 3 years*~

comel&cute
 
Happy 3rd birthday to my 2nd lovely princess

AUFA QISTINA BT MOHD ZAKI

Actually birthday Qistina dah berlalu hampir 2 minggu...

12.12.2010

Baru sekarang nak war2kan dalam blog nie...
Maklum sajalah...blog nie kan untuk tatapan Aufa2 bila diorang dah besar nanti...
Lambat pun kena la buat juga...
"Sorry yea Adik atas kelewatan yg tak disengajakan...lately mama selalu tak sihat...luv u!!"

Sambutan birthday Aufa Qistina dibuat di rumah Wan & Tok Aa di Kedah...
Nasib baik time tu baba dah balik...
So takde rasa sedih sgt...(mamanya la yg sedih tu....;p)
Terima kasih pd Wan atas bacaan doa ringkas sebelum upacara memotong kek...
Juga terima kasih pd Tok Aa coz sudi sponsor kek birthday...
So adik tak boleh nak demand nak kek cinderella...hehe...takpe..next year kan ada lagi...Insha Allah kalau panjang umur murah rezeki.... :)

"Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan doa...semoga anak mama & baba sentiasa dalam rahmat, restu & redha Ilahi...semoga puteri mama & baba akan menjadi seorang yang terbaik dunia akhirat...ameen, kami semua sayangkan adik! jangan cengeng ya! :)"

Jom tengok gambar kenangan....

with her sister...watching Elmo's World

Choc Fudge Cake..sposored by her Tok Aa (grandmom)

excited!!!

with her cousin...Ahmad Nabil Helmi

'Shy-shy cat'...hahaha

yummy!!!

wan & tok aa

gumuks!!!! ;D





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*jamal abdillah vs shahir*~

Dua insan seni

Dulu & Kini

Best!!!!!!

Part 1


Part 2


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 17, 2010

~*setia kasih*~



Dengannya...
Aku pernah merasa semua
Yang bernama perasaan
Ya...semuanya
Kasih, sayang, cinta, benci
Rajuk dan juga kecewa

Bersamanya...
Aku telah melalui semua
Yang bernama pengalaman
Ya...semuanya
Pahit dan manis
Suka dan duka

2002 (Kenal)
Baru aku tahu kewujudannya
Pertemuan dua hati yang tidak terduga

2003 (Cinta)
Semakin aku kenal siapa dirinya
Sama-sama membina keserasian

2004 (Tunang)
Semakin aku mengerti akan cintanya
Biarpun jalanannya beronak duri

2005 (Kahwin)
Barulah aku yakin setia kasihnya
Jua yakin itulah jodohnya

2006 ( 1 puteri)
Semakin teguh membina cinta
Atas dasar jujur & setia

2007 (2 puteri)
Semakin bersemi kasih yang terbina
Berkat restu dari Yang Esa

2008
Menongkah hidup bersama
Susah senang membesarkan anugerah cinta

2009
Cekal & tabah mengharung dugaan
Memupuk kesabaran dalam kesatuan cinta

2010
8 tahun berlalu
Makin memahami dan mengenali
Jua makin mengerti isi hati
Namun
Perlukan muhasabah & istiqamah
Agar istana yang terbina
Tetap indah dan bercahaya


***Entri ini adalah bersempena ulangtahun perkahwinan kami yang kelima pd 9 Disember 2010 yg lalu. Fasa perkahwinan yang memerlukan muhasabah dan istiqamah agar ianya sentiasa dalam berkat & redha Ilahi...moga ikatan ini kekal hingga ke syurga...ameen


For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
BECAUSE YOU LOVED ME


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, December 16, 2010

~*30-32 minggu*~

Alahaiiii....terpaksa la meng'combo'kan beberapa peristiwa penting dalam satu entri. Semuanya gara2 kesihatan yg sedikit terganggu lately n network coverage yg tak berapa nak ok.

3 minggu di Gurun, Kedah
Kami sefamili berangkat pulang ke Gurun, Kedah (rumah mertua) pd 28/11/2010 (Ahad). Balik dengan tujuan nak berubat n nak bersalin di sini. Maka tinggallah sy di rumah mertua bersama anak2...en suami balik semula ke Kuantan. Masa awal2 balik tu gatal2 sy memang teruk sikit..seluruh badan sakit n sembab/bengkak. Mertua cuba berubat cara kampung...takut ada gangguan makhluk halus. Sy sebenarnya takut nak jumpa bidan/bomoh nie...hehehe...tp kuatkan jg semangat sebab mertua dah ikhtiar. Bila jumpa bidan kampung, bidan tu kata kedudukan peranakan sy tak betul. N gatal2 nie disebabkan mengandung..bukan sebab gangguan makhluk haus. Fuhh lega la jg bila dengar mcm tu. Then bidan tu pegang perut untuk betulkan position baby yg melintang. Walaupun tak sakit tapi ngeri jer rasa...huhu. Bidan tu buatkan air tawar, sirih+pinang untuk dimakan n disapu pada seluruh badan. Errrr....air tawar tu sy tak minum langsung! Sirih+pinang tu sy sapu sekali jer.... Entahlah...sy bukan tak percaya pd rawatan kampung aka bomoh nie..tp sy kurang yakin+takut. Malu jg pd mertua sebab mereka dah ikhtiar...

mcm nie la sembab/bengkak + mengelupas tangan sy nie

nak genggam tangan pun rasa sakit...

tempat yg gatal2 tu jd hitam...mcm nie la jg seluruh badan...hmmm

Disebabkan sy tak yakin dgn ubat2an bidan, mertua bawa sy jumpa O&G specialist di Putra Medical Centre (PMC) di Alor Star. Doctor Anuar Husainy namanya. Doctor kata alahan mengandung...lepas bersalin baru hilang. Hmmmm yolah!!!! dah semua kata gitu...terimalah dgn redha. Dan sabarlah jalan terbaik. Doctor scan baby....position baby dah ok...maybe sebab bidan tu dah pusingkan kot. Berat baby 1.8++kg. Masa nie sy dah 31 minggu. Doctor bagi ubat sapu n ubat makan. Alhamdulillah gatal2 beransur baik walaupun tak sepenuhnya. Tapak tangan yg mengelupas pun kembali pulih...juz gatal2 sj yg belum hilang. Terharu sgt dgn ikhtiar mertua...Gambar2 sy boleh tunjuk yg area tangan jer la yea..tempat lain tu...AURAT! tapi lebih kurang yg macam kat tangan tu. Jadi bertompok2 hitam...harap2nya hilang la lepas bersalin nanti...

12/12/2010 (Ahad)...sy pergi ke Klinik ibu&anak yg berdekatan dgn rumah mertua untuk monthy check up. Pergi sendiri seyyy....en suami still otw dari Kuantan time tu..Bila nurse check position baby...positionnya adalah transverse...melintang lg!!! Aik!!! baby sy nie mmg aktif betul! Tapi takpe..selagi belum sampai 36 minggu baby boleh berubah2 kedudukan. Kalau selepas 36 minggu baby still in transverse position...jawabnya kena c-zer a sy! Hopefully everything will be fine....

Aduh...dah pukul 5:45 petang!!! nampaknya x jadi la nak combo update!!! yg nie jer dah menjela panjangnya!! Hehhehe...lagipun sy belum solat asar lg nie....errrr sambung lain kali lah yer...nak kena edit tajuk entri nie...td sy bubuh tajuk 'combo update'..so kena fikir tajuk lain la pulak...




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, December 7, 2010

~*hilangkan kesakitan dengan ketenangan jiwa*~

Dah seminggu berada di Kedah...hari nie rasa sihat, happy n tenang sgt. Lupa seketika kesakitan yg dialami sehari2. Maybe sebab adanya kakak2 ipar dan anak2 sedara yg sungguh menghiburkan...membuatkan diri ini terasa begitu berharga! Wahhh!!!! macam iklan la pulak! :D

sebahagian daripada family members


en suami, kakteh, kakcik, kak chaq bersama mak abah kedah

Walaupun rasa gatal2, sengal2 badan masih belum hilang (bersalin nanti baru ok)...tapi disebabkan emosi dan jiwa nie tenang dan release....rasa mcm tak sakit jer...sungguh! Maka benarlah apa yg dinasihatkan oleh Abah kedah kpd sy via sms...kata Abah :
"...mak abah tak mahu dalam keadaan Izzan sekarang ni fikiran terganggu, KETENANGAN JIWA SEBAHAGIAN DARIPADA UBAT..."
Masa kami ber sms nie..kami berada dalam satu bumbung jer...hehehe...kesnya sy malu nak nak cakap face to face..so sy juz sms la Abah Kedah. Inilah antara nasihat yg diberikan kpd sy....terima kasih Abah. Terasa sgt bertuah, beruntung n bernasib baik kerana dikurniakan keluarga mertua yg amat prihatin, penyayang dan berhati mulia. SYUKUR ALHAMDULILLAH.....

Actually...sy rindu sangat pd en suami....hari2 yg sy lalui sepanjang berada di Kedah nie banyak bermandikan air mata kerinduan. Itu yg menyebabkan emosi dan jiwa sy sangat terganggu. Baru sy sedar yg sy amat memerlukan en suami dalam keadaan begini. Rasa sakit sgt jiwa nie menanggung rindu. Dan maybe disebabkan emosi yg terganggu itu jg kesihatan sy agak teruk jg. Terpaksa sy akui yg sy memang sukar untuk berjauhan dengan dia...dan disebabkan itu jugalah sy korbankan kerjaya demi untuk dekat dengan dia. Sy tidak sekuat n setabah orang lain kot...yang boleh survive bila berjauhan dengan suami. Emosi sy pasti akan terganggu setiapkali kami berjauhan...n selalunya sy akan jadi cepat merajuk. Kesian jg pd en suami bila sy buat perangai...ermmmm habis tu nak buat macamana....kita sedih tau bila dia takde.....tak sabar nak tunggu kepulangan dia minggu nie...walaupun dia balik bersebab...ada program selama seminggu di UUM...takpelah...janji dia dekat dah dengan sy...... :)



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, November 28, 2010

~*happy sunday everyone...*~

sekadar hiasan...sebab update blog via laptop en suami..so amat tertarik dgn pic ini...ketika aufa qistina berusia 8 bulan...x sabar nak dapat adik ke tu??? hehe...
Assalamualaikum....happy Sunday everyone... :)

Semalam buat monthly check up. Doctor terkejut tengok gatal2 yg sy alami. Katanya first time tengok pregnant mom kena gatal2 mcm nie. Bila sy sebut istilah PUPPP n Obstetrics Cholestasis...doc kata tak pernah dengar n tahu tentang istilah tu. Maybe doc bukan O&G Specialist...so dia pun tak tahu. N sy bukanlah specialist...hahaha...sy tahu pun selepas sy search dlm internet tentang simptom2 yg sy alami sepanjang kena gatal2 nie...so kena la refer specialist utk mendapatkan kepastian.

Baby dah 30 weeks. Semalam semasa di scan...position baby adalahh MELINTANG. Ermmmm macam2 dugaan pulak...doc kata kalau dah 36 weeks baby tak berada di position yg sepatutnya...makanya sy akan di operate! Allahu Rabbi...mohon dipermudahkan segalanya...ameen...anak mama nie aktif sgt ya! :)

Petang nie...insha Allah kami sekeluarga akan merentas dua highway...LPT & PLUS...destinasinya ke Gurun, Kedah. En suami ada program di USM Penang hari Selasa nie..so terus saja hantar sy n Aufa2 balik Kedah. Bermakna...........................................(panjangnya dot3)..................................sy akan tinggal di Kedah sehinggalah bersalin....dan akan berpantang di sana juga...............sevessssnya!!!! (nervous la maksudnya tu...;p) First time berpantang di rumah mertua....malu n segan menyelubungi jiwa...di samping perasaan sedih n rindu pastinya akan silih berganti...namun tetap bersyukur dengan apa yg dikurniakan. At least ada juga teman bila en suami out station......................

Okay lah...belum habis mengemas lg nie...saja take five nak hilangkan penat...tapi bukan take five dah nie...siap sempat update blog lg tu....hehehe....


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, November 26, 2010

~*bila rindu bertamu...*~

Assalamualaikum...

Pagi td...seawal jam 6 en suamiku yg terchenta sudah keluar rumah...kerana akan mengharung LPT selama lebih kurang 3 jam...ada meeting di Kuala Lumpur. Kemungkinan malam nanti baru sampai rumah...semoga selamat la hendaknya...

Lepas solat Subuh...sambil melayan mata yg sememangnya mengantuk...tiba2 rasa rindu yg teramat pd en suamiku....(mode mengada2!! bukannya dia pergi berhari2 pun!! ;p)...dan akhirnya perasaan rindu itu telah membuatkan sy menangis teresak2... (cengeng!!!)

Rindu itu datang ada sebabnya...sebab yang belum lg terjadi...tapi pasti akan terjadi...mampukah sy mengharung rasa rindu itu nanti??? Ya Allah...memang perit rasanya bila merindu kan??? 

We gonna miss u like crazy....baba...huwaaaaa

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, November 21, 2010

~*mc kuali & periuk belanga*~

Last week saya pergi PRK Al-Farabi
Sebab bleeding n gatal2 yang semakin teruk
Mula2 doktor check yg gatal2 nie
Doktor pun tak boleh nak bagi apa2 ubat
Coz gatal2 yg sy alami nie disebabkan oleh pregnancy hormone
Aduhhhh!!!!
Rasa nak menangis depan doktor
Doktor pun takut nak suggest apa2 ubat..takut ada effect pd baby

nie baru kat tangan....time gatal tangan nie jadi sembab...sakit sgt nak pegang apa2...

Then doktor scan perut
Nak cari punca bleeding
Alhamdulillah...uri berada di atas
Baby pun ok...berat baby 1.34kg di usia 28 minggu
Doktor kata...bleeding nie samada datangnya dari baby, ibu or mana2 sumber yg x dikenalpasti
So dalam kes sy nie..darah nie tak tahu mana sumbernya
Asalkan bukan dari baby n ibu....so taklah risau sgt
Cuma..doktor pesan jangan 'bersama' dengan suami buat sementara waktu
Errmmm okay................ :) :(  (ada 2 feeling tu...hahaha)



Doktor bagi sy mc/cuti.......
Ehhh doktor nie...sy kan suri rumah....
Doktor kata even suri rumah pu n dia akan bagi mc...
hehehe
'MC KUALI & PERIUK BELANGA'
hahaha...gelak sy dengar doktor cakap gitu...;p
walaupun dalam hati dah berbunga2
Ada chance la nak berehat n bermanja2 nie...lalalalalala

So...since that day...
En suamiku yang tersayang (bodek sikit!)
Pun memainkan peranan
Dengan mengambil alih tugas2 di dapur
Mengemas rumah, melayan Aufa2
Kalau dia tengok sy dah terbaring tak bangun2
Memang tak tahan sangat bila dah sakit
Susah nak bergerak
Pagi tadi..en suamiku buat mee goreng
Wah!!! Sodap!!!
Aufa2 tak berhenti makan jer...
Alhamdulillah...bersyukur sangat
Bila en suamiku amat memahami keadaan
Membantu mana yang patut
N rasa sangat terharu...
Terima kasih baba..
I love you...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, November 18, 2010

~*AUFA IRDINA : 4 tahun*~


13 November 2010 ( Sabtu )
AUFA IRDINA BT MOHD ZAKI
genap usianya 4 tahun

ALHAMDULILLAH
syukur ke hadrat Ilahi

Hanya doa yang selayaknya menjadi hadiah
Buat kamu...wahai puteri kesayangan
Semoga kamu bakal menjadi
Anak yang terbaik
Anak yang terdidik
Dunia & Akhirat
Ameen


wajah matang seorang kakak

inilah sebahagian daripada moment2 terindah
di hari ulangtahun kelahiran Aufa Irdina

kek barbie pilihan Aufa, color pun pilih sendiri...purple is her favorite color




happy birthday sayang!!!

orang kidal potong kek! ;D

Aufa yang penyayang

kek yang paling mahal pernah kami tempah
tapi berbaloi-baloi
RM 125
kek coklat butter
dihiasi dengan bunga2 coklat
yummy...
sodap!!!
:)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, November 11, 2010

~*manusia dan 'penyakit hati'*~



Rentetan daripada posting semalam, hari ini sy ingin berkongsi serba sedikit pendapat & pandangan sy berkenaan manusia yang mempunyai masalah dalam hati mereka; atau lebih jelas jika sy istilahkan sebagai 'PENYAKIT HATI'.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud :
“Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik,maka baik pula seluruh jasadnya dan jika ia rosak,maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati”. (HR Bukhari dan Muslim)

Hati merupakan elemen utama dalam diri manusia selain daripada akal dan nafsu yang akan menentukan hakikat manusia itu sendiri samada baik atau buruk dari segi perlakuannya.

Manusia yg bersih hatinya, nescaya akan mewarisi akhlak mahmudah...yang tidak sewenang2nya mengaibkan manusia lain apatah lagi menindas manusia lain demi kepentingan diri sendiri.

Ingatlah...dalam hadith Nabi SAW ada menyatakan barangsiapa yang mengaibkan saudaranya, nescaya Allah akan membuka aibnya di Akhirat kelak. Na'uuzubillahi min zaalik...

Manusia yg suci hatinya, pasti tidak memiliki perasaan hasad dengki kepada orang lain, lebih2 lagi pada darah daging sendiri.

Jika manusia tidak mampu menjaga hati mereka dari terus menerus di serang 'penyakit hati'...maka inilah yg akan menjadi punca perbalahan, penindasan dan akhirnya membawa kepada terputusnya silaturrahim.

Kita selalu mendengar orang berkata.."pokok pangkalnya hati...". Memang sudah terang lagi bersuluh, andai hati manusia nie bersih..Insha Allah segala sifat mazmumah tidak akan beraja dalam hati.

Masih ingat lagi dengan kisah sewaktu Nabi Muhammad SAW masih kecil? Ketika Malaikat Jibrail A.S menghampiri Baginda lalu membelah dada Baginda dan mengeluarkan segumpal darah? Malaikat Jibrail A.S berkata : "Inilah bahagian syaitan yang ada pada dirimu". Lalu Malaikat Jibrail A.S mencuci gumpalan darah tersebut sebersih2nya dan meletakkannya semula di dada Baginda.

Itulah yg berlaku pada Rasulullah SAW yang maksum...dan ianya tidak berlaku pada manusia biasa seperti kita.

Jadi, sedaya upaya kita harus menjaga bahagia hati kita agar tidak menjadi sarang kepada syaitan laknatullah yang akan menyesatkan kita, yang akan menabur benih mazmumah dalam diri kita.

Firman Allah Taala :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
 
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57)
 

Apakah penyembuh atau penawar bagi 'penyakit hati' ini?
 
Firman Allah Taala :
 
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.(Al-Isra:82)
 
 
Penawar terbaik bagi manusia yang berhadapan dengan 'penyakit hati' ini adalah:

* Membaca al-Quran serta memahaminya.
* Solat wajib dan sunat (solat malam ).
* Puasa
* Zikir
* Berkawan dengan orang yg soleh
 

 
Dan yang paling penting, sentiasalah melakukan MUHASABAH DIRI Periksa diri sendiri..adakah kita terkena jangkitan 'penyakit hati'? Adakah kita telah membenarkan syaitan menjadi raja dalam hati kita? Adakah terdapat sifat2 mazmumah dalam diri kita tanpa kita sedar?

Jika anda merasakan diri anda mempunyai 'penyakit hati'...SEGERA BERTINDAK!!! kerana ianya akan membahayakan diri anda dan juga orang lain yang akan menjadi mangsa kepada penyakit anda itu...


EXAMINE & IMPROVE OURSELVES

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, November 10, 2010

~*dugaan buat mak abah*~

Di tengah2 khalayak ramai dalam sebuah majlis...tiba2 seseorang yg begitu hampir dengan anda berkata begini :
"ASYIK DENGAN KERJA2 HARIAN...BEKALAN AKHIRAT TAKNAK BUAT"
Bagaimana anda mengahadapi situasi ini? Apa perasaan anda? Apa  pula persepsi orang ramai terhadap anda? 

Adakah kata2 itu berunsurkan nasihat jika ianya dituturkan di hadapan orang ramai sehingga menjatuhkan maruah serta mengaibkan individu tertentu?

Huh....................
Inilah yg terjadi kepada mak abah di kampung...
Sebagai anak...betapa hancurnya hati sy dan adik-beradik lain bila mak abah diaibkan sebegitu rupa di hadapan orang ramai.
Sepanjang lebih 40 tahun mak abah tinggal di kampung, dah bermacam2 dugaan n ujian yg menimpa dan kesemuanya bukanlah datang dari orang lain..tapi dari darah daging sendiri.
Mungkin kerana mak abah tidak punya harta bertimbun2, maka dengan sewenang2nya mereka memperkotak-katikkan maruah mak abah.
Pernah suatu ketika di kalangan mereka melabelkan abah sebagai seorang yang tidak berjaya mendidik anak2 sehingga anak2 (kami la tu..) bersikap kurang ajar dengan orang tua.
Wallahi...setakat nie sy tak pernah tengok lagi abang2 n kakak2 sy tak hormat pada mereka, tak pernah pula memalingkan muka bila terserempak di mana2...tak pernah pula melontarkan kata2 kesat kepada mereka biarpun kami adik-beradik teramat geram dengan apa yg diperlakukan kepada mak abah.
Kami berdiam diri bukan kerana takut...tapi kami menghormati permintaan mak abah yg tidak mahu kami mengambil apa2 tindakan meskipun maruah mak abah sudah lunyai dipijak2 oleh mereka.
Malah...kami yg akhirnya mengalah dan pergi meminta maaf pd mereka..sedangkan kami sendiri tidak tahu apa sebenarnya silap kami...kami berbuat demikian demi mak abah.

Dah lama sy pendamkan hal ini...kalau boleh tidak mahu menulis yg bukan2 tentang apa yg menimpa family kami...
TAPI...kali nie sy rasa ianya sudah melampaui batas!
Apa yang mereka rasa dengki sgt dgn mak abah pun tak tahu la...adakah kerana kami sudah berjaya dgn kerjaya masing2 hingga mampu memberi sedikit keselesaan pd mak abah...jadi ada rasa PHD dalam diri mereka?? Entah la...
Jika niat mereka ikhlas ingin memberi nasihat kpd mak abah...apalah salahya jika mereka datang ke rumah atau panggil mak abah datang ke rumah mereka...talk to them privately...bukannya dengan mengaibkan mak abah di hadapan orang ramai.
Mereka kata mak abah asyik sibuk uruskan kerja2 harian...hinggakan bekalan akhirat taknak buat.

YA...di siang hari mak abah (abah especially) busy menguruskan lembu2 peliharaan. Pagi dalam jam 9 abah keluar menyabit rumput utk diberikan kpd lembu2 pd petang hari. Dalam jam 12 abah pulang ke rumah untuk berehat. Selepas Zuhur, dalam jam 2 petang abah keluar semula untuk membawa lembu2 abah meragut rumput di sawah, di ladang sekitar kampung. Dalam jam 5 petang abah akan pulang ke rumah setelah selesai menguruskan lembu2.Mak pula...dalam jam 3 petang, mak akan pergi ke kandang lembu untuk membersihkan kandang.

Adakah disebabkan kesibukan mak abah di siang hari...memberi 'lesen' kpd mereka untuk mengatakan sedemikian kpd mak abah? Perlukah mak abah mencanang2kan kpd semua tentang segala amal ibadat yg mak abah lakukan setiap hari...untuk menutup mulut mereka? So..kalau mereka sentiasa berada di rumah..adakah 24 jam masa mereka dihabiskan dengan beramal ibadat sebagai bekalan akhirat mereka? Jika itu yg mereka lakukan...sudah menjadi bonus buat mereka. Jika sebaliknya..malah sibuk mempersoalkan bekalan akhirat org lain...WHAT DO YOU THINK OF THEM???

Meh sy ceritakan kegiatan harian mak abah...jika benarlah seperti yg mereka sangkakan itu...seawal jam 5.30 pagi mak abah akan bangun dari tidur...bersiap2 untuk solat Subuh. Selepas Subuh, abah akan menghabiskan masa hingga jam 7 pagi membaca ayat2 suci al-Quran. Sementara mak akan mengikuti tazkirah pagi di televisyen. Jam 7 pagi..mak abah sarapan sambi menonton segmen "Tanyalah Ustaz" di TV9. Selepas Solat Maghrib, abah akan menyambung mebaca al-Quran. Tengah malam abah akan bangun untuk melakukan solat malam. Itulah yg sy perhatikan setiap kali sy berada di kampung. Dan mak abah akan sentiasa mengingatkan kami tentang solat dan ibadah2 lain meskipun kami sudah dewasa dan berkahwin. Abah pula ada bercerita...sambil mengembala lembu pun kita boleh beribadah...dengan berzikir...itu yg abah selalu buat.

Memang sakit hati sangat2 setiap kali fikirkan hal nie. Sampaikan bab amal ibadat mak abah pun mereka nak pertikaikan. Sedangkan mereka tak tahu apa2pun...terus nak tuduh yg bukan2. Mak abah bukanlah jenis yg suka menunjuk2...takkanah segaa amal ibadat nak dicanang2kan kpd mereka...takkanlah setiap langkah mak abah wajib dilaporkan kpd mereka.

Manusia begini biasanya ada masalah dengan hati. Selagi mereka tak cuci hati mereka sebersih2nya..selagi itulah perasaan dengki, khianat dan takbur akan menjadi makanan kpd hati mereka. Sentiasa meninjau2 kesilapan orang lain...sedangkan secara tak sedar mereka telah mempertontonkan kesilapan diri sendiri. 

Menganggap diri sebagai alim ulama..tapi sebenarnya tak ubah seperti ULAR DALAM SEMAK!!!

Semoga mak abah terus tabah dan sabar menghadapi ujian2 dunia ini. Dan kami yakin mak abah memang cukup sabar..cuma yg kami risaukan adalah takut2 kesihatan mereka akan terganggu akibat diasak dengan tohmahan demi tohmahan yg tidak berasas dari darah daging sendiri....

Ya Rahman Ya Raheem
Kau restuilah kedua ibu bapa kami
Kau rahmatilah kehidupan mereka
Ya Aziz Ya Jabbar
Kau kurniakanah kesihatan yang terbaik buat mereka
Kau berikanlah ketenangan dalam diri mereka
Kau panjangkanah umur mereka
serta
Kau lindungilah mereka
Dari fitnah manusia durjana
Ameen..Ameen..Ameen


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 8, 2010

~*Shahir AF8*~


Selain Dato Siti Nurhaliza
Saya memang mengkagumi anak muda ini
AHMAD SHAHIR BIN ZAWAWI
Juara Akademi Fantasia 8

Saya meminati Shahir bukan kerana dia hensem (walaupun hakikatnya tak dapat dinafikan lagi kehenseman dia..hehe)

Tapi kerana keperibadian dia, suara dia yang unik serta kematangan & kebijaksanaan dia membawa diri dalam dunia seni tanahair

Saya paling suka dengar/baca jawapan yang Shahir berikan setiapkali ditemuramah oleh wartawan

Bagi saya, jawapan2 yang Shahir berikan sudah cukup menggambarkan siapa dirinya yg sebenar dan sejauhmana dia pandai meletakkan diri dia di tengah2 kemeriahan n godaan dunia seni

Kata2 Shahir ini saya petik daripada 2 akhbar ( Berita Minggu & Pancaindera ) :
*Berita Minggu, 10 Oktober 2010
" Sy tidak perlu takut berdepan dengan masyarakat krn lambat laun mereka akan nampak kebenarannya. Alhamdulillah jika masyarakat melihat sy sebagai contoh. Sy jg ingin tegaskan, sy ikhlas berada dalam bidang ini (seni) untuk mencari rezeki dan tidak pernah terfikir mencipta kontroversi. Niat ikhlas itu yg memberi sy semangat utk terus menyanyi "
 " Setiap apa keputusan yg dibuat, restu ibu bapa penting. Sy mencari kebekatan dalam hidup dan berusaha untuk tidak melukakan hati mereka "
 " Sy serahkan jodoh kepada Allah. Tidak guna sy mencari di sana sini kerana apabila tiba waktunya, sy percaya Tuhan akan menghadirkan wanita terbaik dalam hidup sy, siap jg jodoh..sy terima "

*Pancaindera, 7 November 2010

" Ini semua minat sy. Bila kita ada minat sudah pasti kita akan berusaha untuk mendapatkan apa yg kita hajati. Asalkan sumber wang yg digunakan adalah halal ia sudah cukup baik. Yg penting kita kena berusaha untuk mendapat apa yg kita hajati "
 " Kadangkala bila dah sakit macam ni barulah sy dapat merenung kembali apa yg sy dah lakukan selama ini. Mencari di mana salah dan silap yg dilakukan tanpa sedar "
 " Apa yg bermain di fikiran adakah sy telah berubah. Sy tak mahu berubah menjadi org lain sedangkan org sekeliling sy yg mendoakan kejayaan sy selama ini "
 " Bagi sy restu ibu bapa itu amat penting. Kalau mereka redha dan merestui perjalanan kita, pasti tak ada masalah untuk terus hidup sebagai manusia yg berjaya "
 " Pada sy nikmat dunia terbahagi kpd dua. Pertama masa lapang dan kedua kesihatan yg baik. Kalau salah satu tak ada sudah pasti kurang bermakna hidup kita "

 Moga Shahir terus berjaya dalam bidang yg diceburinya...dan yang paling penting, dia tegas mempertahankan pendirian n prinsip dirinya...selama itulah sy akan menyokong dia.. :)

Malam nie Shahir bersaing dalam semi final Muzik2...wish him all the best!!




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*27 weeks of pregnancy*~



I'm now 27 weeks pregnant....1 week to go before I approach the final stage of pregnancy...sooo nervous!

From what I read, my baby now  can now open and close her eyes, sleeps and wakes at regular intervals, and may suck a finger or thumb... what a cute baby!!!! :)

Although she still immature, my baby's lungs will function with some medical help, if she's born prematurely. I wish n I hope for this pregnancy...I'll deliver my baby normally based on the due date  (6th February 2011).

Some experts said that babies begin to dream by week 27. If so, what does my baby dream about? hehehe...of course about her family rite??? she can't wait to see us... ;D 

For sure her brain is certainly active. The characteristic grooves on her brain's surface is starting to appear and more brain tissue is developing. 

About my health...I juz feel discomfort with the thrush n fungus infection...itchy all around the body...huhu








Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, November 6, 2010

~*BABY & TOYS CONTEST*~


Join contest nie...
BABY & TOYS CONTEST
anjuran blog http://feaza.blogspot.com

Ada banyak foto yang dirasakan layak, dan ini yang dirasakan paling sesuai....

baby doll baru beli...so masing2 berebut2 nak susukan baby...including their baba...;p
AUFA IRDINA BT MOHD ZAKI [13 NOVEMBER 2006]
AUFA QISTINA BT MOHD ZAKI [12 DISEMBER 2007]


Tentang gambar:

*baby doll tu sebenarnya milik Aufa Qistina..tapi kakak Aufa Irdina yang beria2...hehe, sebabnya mainan Strawberry Shortcake dia tak boleh buka di situ...banyak sangat aksesorinya...
*baby doll nie special...boleh minum susu (siap ada sound effect lg! ), boleh kencing bila dah minum susu, boleh nangis, boleh ketawa sambil gerak2kan tangan n kaki...hehe, tu yang tak sabar masing2 nak main...tak sempat balik rumah dulu! hehehe


Nak tag siapa ek????
Errmmm antara syarat contest nie kena tag  3 orang member...
So...dengan penuh rasa rendah hati...
Sy nak tag....





Member2 yang lain
Jom la join sekali
Yang takde anak lagi pun boleh join
Asalkan gambar yg korang ada tu berkaitan dengan contest
Okey la
Salam...
:)




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*SHOPPING WITH KIDS CONTEST*~

Nak join contest...
SHOPPING WITH KIDS CONTEST
:)

Contest nie anjuran blog http://aiqhil.blogspot.com

Jika kamu semua berminat nak join contest nie...
Boleh klik di banner ini yea...
Jom la join...
:)



Gambar yang dirasakan layak untuk contest ini adalah.....


AUFA IRDINA BT MOHD ZAKI, 3 TAHUN
AUFA QISTINA BT MOHD ZAKI, 2 TAHUN


Tentang gambar:
*Candid photo sewaktu membawa Aufa2 shopping di Berjaya Megamall, Kuantan Pahang.
*Memang agenda pada hari tersebut adalah hari shopping Aufa2, so hanya membiarkan Aufa2 memilih apakah barang yang ingin dibeli tanpa sebarang sekatan....(time ada duit boleh la buat macam nie... ;D)
*Barang yang menjadi pilhan hati Aufa2 adalah aksesori2 seperti spek mata, klip rambut, cekak...yang dibeli di Sinma...(nasib baik murah! hahaha)
*Antara agenda wajib bila bertandang ke Megamall nie..adalah naik 'horse'...walaupun bukan horse...hehe...sekali naik kena bayar RM2...
*Disebabkan 'horse' nie teratak betul2 di hadapan restoran Kenny Rogers & Pizza Hutt...so memang kena isi perut juga la...
*As long as they're happy...we'll allow them to do whatever they wanna do...but everything is under supervision... :)


Okehhh
I'm done my part
So...kamu tunggu apa lagi...
Jom la...jom la...jom la...
JOM LA JOIN CONTEST NIE
Juz for fun...
:)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, November 4, 2010

~*bosannya bila lapar......*~


apa lagi nak buat malam nie....
kalau dah bosan sgt
inilah keja sy
selongkar semua foto2 yg ada
dalam lappy nie
nak selongkar album gambar
tak pasal2 ada pulak yg join sama nanti
errrmmmm
kalau diorang dah join...........
memang bertambah2 la keja sy
huhuhu

foto kat atas tu
hasil kreativiti my cousin
cik nur fatihah bt asman
lama dah foto tu
saja nak tayang kat sini
hehehe
sy memang belum ada ilmu lg
nak buat macam tu
tak sempat nak tuntut lg
;D

haihhh!!!
awat la bosan sgt malam nie
en suami????
dia ada....
tapi dia dalam mode 'DO NOT DISTURB'
tengah study..........
TV????
cerita cartoon memanjang!
FB????
malam nie banyak status member2 yang dikomen, di'like' n digodek2
Blog????
dah terjah banyak blog
tapi masih lagi bosan.....

errrmmmm
adakah kebosanan ini disebabkan oleh................
rasa lapar????
hehehe
memang sy tengah lapar sekarang nie
tadi dah makan McD
maghrib tadi...
aduhhhh
laparnya...................
kalau makan yogurt...
boleh kenyang tak????
nak makan yogurt la kejap lagi....
arrgghhh
bosannya bila lapar
??????
;) ;D

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, November 3, 2010

~*good try*~


pagi tadi
lepas jer mandi
memang rutin harian Aufa Irdina
menulis, melukis & berlakon
bila ada something yg menarik
confirm dia akan tunjukkan pada sy

inilah salah satu yg menarik
actually
Aufa dalam usaha belajar tulis nama sendiri
dah excited nak sekolah tu
tapi
pagi td baba gerak suruh bangun pegi sekolah
selamba jer dia cakap 
"Aufa ngantuk...tak payah pegi sekolah"
isshhh
nie belum lagi sekolah
hehe

ehhh
melalut pulak sy
errr tengoklah foto tu
baca apa yg Aufa tulis 
hehe
AFUA
huruf2nya ingat...juz susunan jer yg tunggang terbalik
nasib baik still ada bunyi lg
hehe

but
its very good for her
n very good try
she eagers to learn 
THUMBS UP!!!!!

this coming 13th November 2010
she will turn to 4 years old




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, November 2, 2010

~*update resume*~

resume
apakah itu???
ala....semua pun tahu kan...
setiap kali nak minta keja confirm kena ada resume
kecuali la kalau guna SPA
nak apply jawatan guru ker...
confirm resume tak diperlukan

isshhh
sy memang cukup lemahhh nak update resume
bukan apa...
pengalaman bukannya ada pun
juz jadi guru jer
takde experience keja lain
tapi
sy memang teringin sgt nak bekerja di opis
jadi officer la maksudnya tu...
memang dah lama pendam cita2 nie
hopefully tercapai la hendaknya

sy update resume
based on resume en suami
copy paste resume dia
then sy juz edit
masukkan info2 sy pulak
kalau resume en suami ada 6-7 pages
resume sy maybe juz 2-3 pages jer
takpe lah
sedar diri...huhu

actually
tgh mengupdate resume nie
berhenti sekejap
boring la pulak!
hehe

doa2kan la sy dimurahkan rezeki
dapat kerja di opis
jadi officer
hehe

errr
agak2nya
dengan perut yg makin membulat nie
kalau pegi interview
kena reject awal2 tak???
mana la tahu kan...

 ada gaya seorang Puan Officer tak??? ;D
saat berangan di opis en suami



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, November 1, 2010

~*terkini*~

TERKINI 1

*kandungan sudah 26 minggu
*latest check up...confirm girl! :)
*kena jangkitan fungus pulak dah...macam2...doctor kata tak boleh nak buat apa2 selain bersabar n sapu krim pd tempat yg terkena fungus. Jangkitan disebabkan hormon semasa mengandung. Even lepas deliver nanti cannot do anything because I'll breastfeed the baby. So for this time being...juz recover dengan krim Elomet yg berharga RM30++ dan hanya mampu bertahan 2-3 hari. Harus bersabar!!
*berat pun makin tak cantik...kena jaga makan la lepas nie...taknak la gumuk!!!

 biarlah chubby...asalkan cantik...hahaha

*urine ada sedikit kotor..sebabnya sekarang adalah musim sejuk...(macam kat oversea pulak kan!)...so sy kurang minum air kosong at least 8 glasses per day. 
*kena selalu rest...sebab perut sy kerap mengeras. So kena jaga2...sy ada history deliver prematured baby


TERKINI 2

*dalam proses nak pindah rumah
*en suami dilantik sebagai Felo di UMP, so we have to stay in campus...
*barang2 satu pun tak packing lg...n kat mana pulak nak letak segala perabut yg ada nie...coz rumah felo tu full furnished...


TERKINI 3

*makin rajin memasak...esp buat kuih
*petang semalam buat kuih keria kentang...sedap juga...sebab takde keledek.
*pagi tadi buat kuih kaswi...tapi bertukar jadi kuih bingka! hahaha...rasanya tak salah pun ikut resepi dalam magazine. Entahlah...bagi Aufa2 rasa kuih kaswi-bingka tu..nak tau apa diorag cakap...huhu kesian mama..."eeee tak sedaplah mama.." terus pergi buang kuih tu dalam tong sampah! Sy memang tak suka kuih bingka..so lagi la tak boleh nak makan...sudahnya...sampai sekarang tak berusik langsung...frust!!

 selalu tengok mak buat letak air kapur...tapi resepi magezine nie tak letak kapur...
sebab tu la x jadi kot! hehe...taknak mengaku tak pandai buat! ;D

*petang nie sy buat bubur kacang hijau...plan asal nak buat kuih rengas...bila dah rebus kacang...tiba2 kemalasan melanda...so buat yg paling mudah n ringkas jer la...bubur kacang...sy suka yg kurang manis...belum makan lagi...kejap lg kot :)
*after this..maybe nak try buat puding jagung n tepung pelita.....hopefully menjadi...


TERKINI 4

*29 Oktober lepas my cousin, Azwa selamat delivered her 2nd baby boy @ GH Melaka, jam 10:05 pm baby seberat 3.7kg
*kesian baby...admit nursery sebab muntah2 n taknak menyusu. 
*rupa2nya ada jangkitan pada usus baby...kesian sungguh...
*Azwa cerita...mencabar betul bersalin yg kedua nie. Baru buka 7cm dia dah minta pada doctor nak teran..sebab dah tak tahan sakit. Takutnya....
*Nasib baik suami Azwa ada bersama sepanjang proses bersalin tu...ada juga penguat semangat.
*sama2 kita doakan semoga Azwa n baby selamat n cepat sihat...ameen

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*AufaZanKi: setahun jagung*~

sedar tak sedar...
sudah setahun sy berkecimpung dalam dunia blog
bermula dengan hanya sekadar menjadi silent reader
loyal visitor kepada beberapa blog
akhirnya
sy terbuka hati untuk memiliki blog sendiri

3 Oktober 2009 (terlepas tarikh...)
AufaZanKi diwujudkan
bersempena nama puteri2 kesayangan sy
Aufa Irdina & Aufa Qistina
juga bersempena nama sy
Izzan
dan nama en suami sy
Zaki

setakat hari ini
sy sudah menghasilkan 139 posting
taklah banyak sangat
sebab sy tak update tiap2 hari
update bila ada mood jer
errr seronok juga berblog nie kan

setakat nie
tujuan utama blog AufaZanKi diwujudkan
adalah sebagai tribute kepada puteri2 sy
juga sebagai luahan emosi dan pendapat sy
tentang apa yg sy suka
tentang apa yg berlaku di sekeliling sy
tentang perjalanan hidup sy

errmmm
tak tahu la sampai bila minat berblog ini akan kekal
makin hari makin banyak yg sy belajar
dan akan terus belajar
seronok sangat!
so
sapa2 yg belum ada blog
cubalah create blog sendiri
;)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, October 29, 2010

~*trimester ketiga kehamilan*~

MINGGU KE-28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
 
 
 
MINGGU KE-29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.
 
 



MINGGU KE-30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.



MINGGU KE-31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.



MINGGU KE-32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.



MINGGU KE-33
Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.



MINGGU KE-34
Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm. 

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.


MINGGU KE-35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm. 

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet.
Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.



MINGGU KE-36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


MINGGU KE-37
Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin. 



MINGGU KE-38
Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.



MINGGU KE-39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm. 

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.


MINGGU KE-40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, October 27, 2010

~*secebis memori*~

lately
asyik sangat layan video lama2 Aufa2
zaman diorg kecik2 dulu
dah takde keja sgt la tu
hehe

jom layan antara video2 yg ada...




20/08/2008
masa nie kakak baru 2 tahun
adik baru 8 bulan



03/06/2009
masa nie kakak 2 tahun 7 bulan
adik 1 tahun 6 bulan
hari nie Aufa Irdina berjaya juga
tulis nama sendiri
mama juz sebut huruf2nya saja
kalau tak bantu
nanti dia akan tulis begini


so
mama sebut huruf
Aufa tulis
inilah hasilnya
hari nie 'U' Aufa mcm 'V' pulak
well done darling!!! 
lukisan tak boleh tinggal
itulah dia...AUFA IRDINA

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...