AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, August 27, 2010

~*permasalahan semasa hamil - terima kasih Dr Hamid Arshat*~

Mengandung untuk kali yang ketiga ini agak menguji kekuatan n kesabaran. Ini kerana saya kekurangan tenaga akibat kurang selera makan. Walaupun begitu, saya masih berusaha untuk menyempurnakan ibadah puasadalam keadaan yang agak lemah. Alhamdulillah masih mampu berpuasa. 

Hari Jumaat minggu lepas (20 Ogos 2010), sy pergi ke klinik utk pemeriksaan bulanan kandungan. Ada beberapa masalah pula yang timbul :

1. Berat badan turun sebanyak 2kg. Mungkin kerana sy berpuasa dan kurang selera makan. Bagi wanita hamil, berat badan merupakan elemen penting dalam menentukan kesihatan ibu dan bayi. Yang penting, berat badan perlu seimbang..tidak turun dan tidak naik mendadak. Dan hari nie...berat badan sy turun lg sebanyak 2kg!! :(

2. Tarikh jangkaan bersalin (EDD) berbeza antara kiraan mengikut tarikh akhir datang haid dengan kiraan mengikut scan. EDD yang sepatutnya adalah pada 16 Januari 2011, tapi tarikh jangkaan semasa scan adalah pada 6 Februari 2011. Lebih kurang 3 minggu beza tarikhnya...huhu

3. Terdapat glukosa dalam urin. Memandangkan mak abah sy penghidap diabetes dan darah tinggi, jadi tidak mustahil jika sy turut terkena tempias penyakit itu. Walaupun tidak teruk, namun sudah semestinya sy risau coz pengalaman mengandung sebelum ini tidak terkena penyakit diabetes ataupun darah tinggi. 


Boleh dikatakan hampir setiap hari sy mencari info mengenai masalah2 yang sy hadapi ini terutamanya mengenai diabetes semasa hamil. Sehinggalah 2 hari lepas sy tergerak hati utk merujuk masalah ini pada pakar sakit puan yang popular di Malaysia, Dr Hamid Arshat. Kebetulan sy merupakan sahabat beliau di facebook. Alhamdulillah Dr Hamid sudi meleraikan permasalahan yg sy hadapi dengan memberi jawapan yg sungguh membantu. Kamu boleh refer di link Dr Hamid Arshat untuk mengetahui tentang dunia perbidanan dan masalah2 yang berkaitan dengan kesihatan wanita. Berikut adalah soalan yang sy ajukan kpd beliau dan jawapan daripada Dr Hamid :

1. skrg sy hamil 5 bulan...baru2 nie sy buat monthly check up n berat bdn sy turun sebanyak 2kg...mungkin sebab sy berpuasa n kurang selera makan. So, pd pandangan prof perlukah sy terus berpuasa n ada effect tak pd janin?

2. kalau ikut tarikh akhir period EDD sy adalah pd 14 Januari 2011, tp bila doc scan utk pertama kali EDD sy jd 6 Februari 2011. Kali kedua scan EDD sy jd 2 Februari 2011. So, doc advise supaya ikut tarikh scan yg pertama. Bolehkah jadi mcm tu prof?

Terima kasih prof atas bantuan... :)

Jawapan

Pada kebiasaan iaitu bagi ibu2 yg tiada mempunyai apa2 masalah kesihatan waktu sedang hamil, amalan berpuasa tiada memberi apa2 kesan negatif pada ibu dan bayi. Waktu paling selamat dalam kehamilan antara 4 hingga 7 bulan. Tiga bulan pertama dan 2 bulan terakhir mempunyai risiko2 tertentu. Peringkat awal berisiko gugur kandungan. Dua bulan terakhir mempunyai berbagai2 risiko yg bolih mengancam kedua2 nyawa ibu dan bayi.

Puan sekarang hamil 5 bulan ,insyaallah selamat untuk anda dan bayi. Berat badan turun tidak menjadi masalah waktu puasa, bayi akan terus dapat bekalan makanan tapi anda akan terasa lemah kalau anda tak paksa diri makan lebih waktu sahur. Makan keroma/tamar lebih sikit waktu sahur kerana ia pembekal tenaga yg baik.

Tentang kiraan EDD atau jangkaan tarikh bersalin, hitungan perlu dibuat dari LMNP atau hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Campur 7 hari pada  tarikh dan tolak 3 pada bulan dan campur satu tahun. Tempoh penuh hamil 40 minggu atau 9 bulan 7 hari kiraan tahun mishi.

Tarikh EDD akan berubah2 ikut ukuran kepala bayi. Pembesaran bayi ada turun naik kalau beza satu minggu kedepan atau belakang, itu biasa. Jika perbezaan melebihi 2 minggu , ini menandakan sesuatu masalah, samaada bayi terencat pertumbuhan sebab masalah gangguan fungsi uri atau jika melebihi dua minggu bermakna bayi terlalu besar yg bererti ibu itu mungkin mengidap Diabetes

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, August 24, 2010

~*berbuka puasa di tepian pantai*~

Best jg berbuka puasa sambil menikmati keindahan pantai...ciptaan Yang maha Esa. Betul...kalau x percaya silalah cuba try test!! hehehe...Dah beberapa kali kami berbuka puasa menghadap ombak laut china selatan. Paling best kalau ada kapal terbang membelah langit lautan..hahaha...sy kan fanatik dgn kapal terbang..fuhh..memang mendamaikan. Rasa tenang jiwa...bahagia sangat...suami dan anak2 pun seronok. Nasib baiklah kami nie bukanlah jenis berbuka sampai makan masa setengah jam..paling lama pun lima minit jer kami berbuka..selepas tu terus rushing balik rumah untuk solat maghrib. Terapi minda dan jiwa..... :)

 belakang mini zoo taman teruntum, kuantan...air surut

budak tak poce!!! :D

gurau senda pengerat kasih sayang..sementara menunggu waktu berbuka

apa yg baba tengok tu?? dun worry..perutmu sudah kempis!
Aufa tengah feel...

taman gelora, kuantan

terapi minda kanak2 jg nie...best!



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...SELAMAT BERSAHUR...SELAMAT BERBUKA PUASA...SELAMAT BERIBADAT

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, August 17, 2010

~*award : i'm happy*~

Actually sy dapat award

Dari Fidza, mama Sumayyah yang comey

So entri nie pun kena la ikut style fidza

Hehehe

inilah awardnya... thank you fidza... :))))

Adakah anda happy sekarang?
ALHAMDULILLAH


Kenapa anda happy?
BANYAK SEBAB..
1. BULAN RAMADHAN (SYAITAN KENA IKAT)
2. PREGNANT
3. SUAMI & ANAK2

Apa benda yang boleh membuatkan anda happy?
BENDA??? APA EK...AL-QURAN KOT..COZ LEPAS BACA AL-QURAN CONFIRM AKAN RASA TENANG N HAPPY


Pernah menerima tag?
YUP


Nyatakan warna yang anda sukai.
PUTIH & UNGU


Beritahu 9 orang yang anda akan tag











Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag

SURI - RAKAN BLOGGER YG SENEGERI (MELAKARIAN) & MASIH BELUM ADA REZEKI UTK BERSUA MUKA...ORGNYA PERAMAH & MUDAH MESRA (SEKEPALA DGNKU)

FADZILAH - KENAL MASA DI UIA LG..TP RASANYA SKRG LG CLOSE DGN DIA BERBANDING DULU... :)
HUSNI - JIRAN SEMASA DI UIA..HEHEHE..RINDUNYA KENANGAN ITU!
DIYANA - SKRG BERADA DI NEW ZEALAND! BERSAMA2 MEMPERJUANGKAN NASYID CLUB UIA...TP DIYANA 'ORG BESAR AKU ORG KECIL..KAU IBARAT GAJAH..KU HANYA SEMUT MERAH'...HEHEHE

ATEH MIES - ONE OF MY BEST FRIEND...BANYAK KENANGAN BERSAMA...

AINI - SUAMINYA ARTIS KUMP NASYID KEGEMARANKU, INTEAM...SHE'S SO FRIENDLY N NAMA ANAK KAMI SAMA...AUFA... :) KAMI PUN BELM PERNAH BERTEMU...

NINIE - NAMA ANAKNYA SY SUKA..ATHEEF...COMEY PULAK TU! GERAM!!! PIPINYA SAMA MCM UMMINYA...HEHEHE
ADIK SYUHAIRAH - MY LUVLY COUSIN...DAH RASA MCM ADIK SENDIRI... :)
WAI : MOGA HIDUPNYA SENTIASA BAHAGIA & CERIA...ERRMMM MCM SEDANG INGIN BERCINTA YA??? :))



Adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?

ALHAMDULILLAH..CUMA INGIN LEBIH BERJAYA LG...DAN MURAH REZEKI


********************************************************


orait!! siap jg akhirnya task nie...kpd sesiapa yg telah sy tag tu..maka jatuhlah hukum HARUS untuk menyempurnakannya...hmmm

sudah penat...mahu berehat...esok kena bangun jam 4.30 pagi...mau masak utk sahur..planning nak masak sayur sawi putih masak lemak...bestnya sayur...sy mmg pencinta sayur2an...n buah2an...yummyy...





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, August 11, 2010

~*ramadhan semasa hamil*~

free from devil laknatullah 'alaih...


Ramadhan Kareem buat sahabat2 yang dihormati n disayangi. Mari sama2 kita mengumpul sebanyak mungkin ibadah...moga2 diberkati dan diterima segala ibadah kita...ameen. Hari ini hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan, ujian dan dugaan yang mendatang silalah hadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

Berpuasa semasa hamil...sebenarnya mempunyai banyak kelebihannya samada kepada ibu atau janin. Sebagaimana yang kita ketahui, puasa dapat mendidik seseorang menjadi seorang yang sabar, tabah dan cekal disamping dapat memenuhi santapan rohani dengan ibadah2. Secara tidak langsung akan memberi tempias kepada janin yang dikandung...moga2 bakal melahirkan anak yang boleh dijadikan khalifah yang sebenar2 khalifah dan mendidik janin untuk mengenal Penciptanya.

Puasa semasa hamil...errmmm memang satu ujian buat saya. Masa mengandungkan Aufa Irdina, sebulan saya tidak berpuasa...masa tu kandungan sudah 8 bulan membuatkan saya lemah longlai. Belum pun sampai tengahari dah muntah kerana perut masuk angin. Masa tu saya tinggal berdua dengan suami, jadi suami risau sgt takut2 saya pengsan masa dia di pejabat. Tapi...ada jg wanita mengandung yang masih larat untuk berpuasa walaupun sudah sarat...macam kakak saya. Kuatnya dia...

Masa mengandungkan Aufa Qistina...alhamdulillah saya larat untuk berpuasa biarpun ketika itu kandungan sudah pun menjangkau usia 7 bulan. Masa tu saya berpuasa di kampung...setiap petang wajib pergi bazar Ramadhan lagi! Hehehe...bertenaga jugalah waktu tu...kantoi 3 hari jer kot...Larat juga untuk bangun melakukan solat tarawih dan qiyamullail...

Puasa kali ini...semasa hamil 4 bulan...semasa diri masih belum stabil...selera makan yang tidak menentu...Insha Allah akan berusaha juga untuk menyempurnakan 30 hari puasa. Cabaran n dugaan tu biasalah...dengan karenah 2 puteri yang semakin bijak nie...penat la juga...sekejap2 nak kena buat susu, tukar diapers, buatkan makanan...harap2 la ada tenaga yg mencukupi hingga ke waktu berbuka. Alhamdulillah malam tadi dapat juga sempurnakan solat tarawih 8 rakaat di rumah...n berazam untuk khatam 30 juzuk al-Quran..insha Allah..untuk pagi nie dah sampai mukasurat 10...


Antara tips yang boleh diamalkan agar sentiasa segar semasa berpuasa adalah:

* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air suam pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, August 3, 2010

~*aku yang teraniaya...*~

Petang tadi...sedang enak bersantai2 sambil melayan facebook dan TV...2 in 1 okayy...seseorang telah menegur saya di ruangan chat di facebook....salam takde tanya khabar pun tidak....terus jer minta saya klik satu link nie...uissshhh!!! tertanya2 juga...nak promote apa pulak nie..or ada jawatan kosong ker...hehehe...

Saya pun yang agak lurus bendul nie..terus jer klik link tu tanpa prasangka negatif...maklumlah...seseorang tu cukup hampir dengan saya...takkanlah saya nak fikir yang bukan2....

Fuhhh rupa2nya langit tidak selalunya cerah!!! Dalam diam dia ingin mengenakan atau menganiaya saya yag lemah ini....sungguh tidak kusangka rupa2nya buah cempedak bertukar jadi nangka! Hampir gugur jantung saya tau!!!


Silalah klik link ini jika ingin mengetahui apa isi kandungan link itu...memang jahat itu orang!! ♫ jahat budak jahat ♫ bak kata stacy...takpe2...ada hairi ada la si abas...ada hari pasti akan kubalas!...

inilah 'jahat budak jahat' tu...tak berani nak bertentang mata la tu!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, August 1, 2010

~*aufa irdina mengaji Iqra'*~

kematanganmu terserlah...


Alhamdulillah syukur sangat2...Aufa Irdina dengan rela hati nak ikut saya mengaji. Dalam minggu nie bila dia tengok saya mengaji al-Quran, dia pun terus ambil kitab Iqra' dan tudung.

Awal2 nie nak ajar memang kena banyak sabar n perlahan2...yea lah...baru baca sekejap dah penat...hehehe...baru sekali baca mukasurat 1 dah nak alih ke mukasurat 2...macam2...

Tapi saya rasa sangat bersyukur dengan perkembangan positif Aufa Irdina...makin lama makin terserlah kematangannya (matang level kanak2 la)...

Setakat hari nie..dia baru pass mukasurat 1 & 2...good for a beginner like her...faham2 jer la kalau mengaji dgn parent memang macam2 ragam....kenalah banyak bersabar....

1 more...Aufa Irdina nie kalau nak keluar pergi jalan2 mesti nak pakai tudung...memanglah bagus tapi kadang2 tu rasa mcm tak sesuai pulak peringkat umur dia yang baru nak menjangkau umur 4 tahun tu (bulan 11 nie). Saya ada juga tanya kenapa dia nak pakai tudung...katanya dia malu n nak ikut macam mama...errmmm harap2 sampai ke besar la istiqamah dengan tudung nie...sama2 kita doakan...

Okay la..kejap lagi nak keluar mencari makanan.......babai...assalamualaikum...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...