AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, June 27, 2014

Surat cinta daripada Aufa2


Saya rasa happy sangat setiapkali dapat surat/kad/memo atau apa2 sajalah daripada Aufas

Terasa diriku begitu berharga gitu! Hee....

Walaupun biasa2 je....guna kertas biasa je....saya tetap hargainya...dan bagi saya, that's the way how they wanna express their love n feelings towards me..

Alhamdulillah 'ala kulli haal...



Kad ni saya dapat daripada Aufa Qistina masa tengah malam kelmarin. Dia nak saya yg ambil dia n kakak dia masa balik sekolah..hahaa...ikut suka dia nak guna ayat macam gitu kan....jenuh Mama dia nak memahamkan... :p :p








Yang ini pulak coretan Aufa Irdina masa dekat sekolah td...katanya ada cikgu tak datang..so boleh buat kerja sendiri...hurmmm bergenang air mata baca coretan Aufa...walaupun struktur ayat agak 'ke laut cetek' sikit...ianya sampai...menusuk ke hati Mama...


Dan bila Aufa Qistina nampak kakak dia bagi buku ala2 diari tu...apa lagi...dia pun bagi satu lg kad dekat saya....hehee




Tqvm Aufa2 kesayangan Mama...

Nanti....lagi dua Aufa tu dah besar...mesti ikut rentak kakak2 ni...

Ohh I can't wait!!!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, June 24, 2014

Macam-macam Amnina!


Suka benar dia makan makaroni...


Minggu ni banyak betul gambar n video budak kenit yang manja lagi mengada-ngada ni...

Maklum la kan...usia dalam tumpuan n perhatian orang...best la dia kan...

Memang...time umur anak kita setahun hingga la 4-5 tahun...syok sgt layan keletah diorang...kelakar sangat!

Dekat rumah ni ada dua budak manja....Kashfina n Amnina...but actually semua dalam rumah saya ni manja2 belaka...termasuk la Mama n Baba sekali...hahahaaa...nak buat guana...kami golongan anak bongsu.... :p


Nak pergi sekolah kengkononnya....


Amnina baru je 2 tahun 2 bulan...tapi...sama naik dengan kakak2 dia! Apa yg kakak2 buat dia pun nak buat juga...nasib baik la semua gegirl...minat n hobi pun sama aje semuanya....barbie, playdoh, buku,alat tulis, n frozen...itu je la dunia diorg... ohhh one more thing...diorg suka berlakon! Hahahahahaha













Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, June 17, 2014

34 tahun : Hidup adalah belajar!


!السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Seminggu sudah berlalunya hari istimewaku...

Hari di mana aku selamat dilahirkan di dunia...

Ianya pada 34 tahun lalu...

Pada tarikh 10 Jun 1980 jam 9:15 malam...

Ianya pada malam ulangtahun bersejarah Isra' wa Mikraj...




Terima kasih yang tidak terhingga buat Mak yang telah bertarung nyawa ketika itu...dan terima kasih kepada Mak Abah yang telah membesarkan serta mendidik aku sehingga aku menjadi seorang insan seperti hari ini...

Alhamdulillah 'ala kulli haal...


HIDUP ADALAH BELAJAR!


Itulah frasa atau ungkapan yang paling memberi motivasi kepada aku setakat ini. Terima kasih kepada insan yang mencetuskan idea bernas ini. Sungguh! Ianya memberi impak maksima kepada aku!




Hidup aku yang sekarang, bukanlah sepertimana yang aku impikan. Aku pernah punya cita-cita...namun aku korbankan demi memenuhi kehendak kehidupan berkeluarga yang sempurna. 

Aku pernah simpan impian, namun ianya tidaklah seindah yang aku impikan. Hanya cukup sekadar untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu bersenang-lenang dan bermewah-mewah.

Aku pernah susun rancangan, namun ianya tidak menjadi seperti yang direncanakan. Aku hanya perlu mengikut dan akur.

Pernah aku menangis, terasa ingin memberontak demi kerana apa yang diimpikan dan apa yang dirancangkan tidak kesampaian. 


Sedikit luahan penuh emosi daripada aku...tak perlu sinis tak perlu kritis....aku juga manusia biasa yang sentiasa diuji dengan emosi. 


Bersyukur kerana aku masih lagi bergantung harap dengan Dia yang sedang menguji aku. Dialah Allah Yang Maha Esa. Di setiap ujian yang diberikan...adakah kita tidak bersyukur kerana kita sentiasa dalam perhatian Dia? 

Di setiap ujian yang dicampakkan...apakah ganjaran yang bakal kita perolehi? Itulah dia ganjaran kesabaran...dan jua kebenaran. Sudah disebut dalam surah al-'asr..




Aku juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa membuatkan aku berfikir dan bersabar tanpa beliau sendiri sedari. Beliaulah juga yang sebenarnya mengajar aku betapa perlunya redha dan bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Beliau yang sentiasa memanjakan aku dengan sikapnya yang penyayang. Beliaulah juga yang sentiasa mendidik aku untuk memaafkan  dan melupakan yang pahit. Terima kasih suamiku sayang...




Kita tak pernah sedar bahawa insan2 di sekeliling kita sebenarnya yang banyak memberi pelajaran dan pengajaran. Walaupun mereka masih kecil, Aufas adalah insan terpenting dalam hidup saya yang telah berjaya mendidik saya untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Dalam saya beremosi marah...Aufas la yang akan mengingatkan saya bahawa marah itu tidak baik. Dalam saya merungut dan mengeluh..Aufas juga la yang akan mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur. Dalam kita mendidik...kita sebenarnya turut terdidik! Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? Dah termaktub dalam surah ar-Rahman...bersyukur sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan anugerah cinta terindah dan terhebat dalam hidup kami...terima kasih puteri2 kesayanganku....


Mereka yang pernah mengecewakan aku...yang pernah menuduhku tanpa usul periksa...yang pernah menuding jari kepadaku seolah2 baru mengenaliku sehari dua...kesemuanya telah aku maafkan. Dan aku berharap agar aku juga diberi kemaafan sekiranya mereka merasakan akulah yang bersalah. Aku belajar kesemuanya...aku akur bahawa manusia sememangnya dikalangan makhluk yang suka membantah. Sudah termaktub dalam surah al-Kahfi...


Dengan apa yang aku ada sekarang, aku belajar....

Aku belajar dan berusaha untuk memperbaiki nilai diriku, belajar untuk mempersembahkan yang terbaik kepada mereka yang aku sayang, dan yang paling utama.. aku belajar dan berusaha menjadi seorang hamba Allah yang mendambakan syurga. 

Segalanya dengan izinMu dan redhaMu....

Terima kasih Ilahi...


Aku di usia 34 tahun...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...