13 November 2011....genap usia princess sulung saya 5 tahun. Tp malangnya birthday princess tak sihat on that special day. Bukan setakat Aufa Irdina je yg tak sihat, Aufa Qistina n Aufa Kashfina pun turut sama tak sihat. Lepas Baba balik dari France...Aufa mmg dah start demam. Then berjangkit pulak pd Baba...maybe Baba jetlag la kot. Isshhh...macam nak kena buat entri khas untuk tak sihat ni kot...lari topik sudaa...
Birthday Aufa hari Ahad. So, hari Sabtu kami ke bandar Melaka nak belikan hadiah untuk birthday princess. Tapi Aufa taknak ikut...maybe dia still rasa belum sihat sepenuhnya. Bila dia tak ikut...kami rasa lain sgt...teringat2 dekat dia.
Salah satu cara dalam mempamerkan kasih sayang anak2 adalah dgn memberi dorongan dan rangsangan emosi pd mereka. Inilah salah satu daripadanya...meraikan hari gembira mereka. Tak sempat nak tunggu hari Ahad...malam tu juga dah buka hadiah..heheee. And bukan Aufa sorang jer yg dpt hadiah...adik2 dia pun dapat juga....mmg 'terbang' la fulus Baba time tu...
Aufa Qistina pilih Barbie...pujuk jg minta tukar mainan lain...tapi dia ni lain sikit...tak makan pujuk!
Untuk Aufa Kashfina pun ada juga...belikan dia telefon...tp dia lebih excited main benda lain...
Tengok la tu...tiba2 jer dah masuk dalam kotak! Aduhai la budak dobot ni.....hahaha....
Aufa mmg nakkan baby...sayangnya di Jusco Ayer Keroh takde pulak brand Baby Alive...so beli la baby tu. Ok jg...siap ada buaian lg...cuma tak boleh bersuara mcm baby alive.
Esoknya...on that special day...pagi2 lg kami dah bergegas ke Hospital Pantai di Ayer Keroh. Ketiga2 Aufa muntah2...pagi2 hari Ahad takde klinik yg buka area Masjid Tanah. That's why kami ke hospital pantai. Aufa kena cek darah...doctor takut infected denggi bcoz dah seminggu demam on off. Alhamdulillah darah Aufa ok...terbang jg la 300 ringgit pagi tu..takpelah...asalkan Aufa3 sihat.
Birthday cake kami dah beli sabtu malam di SR. Ready made je...kalau nak tempah kena seminggu awal...so beli choc fudge cake saja...
Celebrate birthday dengan kakak2 n abang2 di kampung.
Mama doakan semoga Aufa menjadi insan yg terbaik kebanggaan Mama & Baba dunia akhirat...ameen
Mama bangga mempunyai puteri seperti kamu....much love!
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?