Lepas Subuh pagi tadi...godek2 facebook...terjah wall Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ...satu-satunya pakar motivasi yang sangat berpengaruh dalam hidup saya. Kata-kata motivasi yang lahir dari buah fikiran Dato' Fadzilah Kamsah sangat bermakna dan boleh dijadikan panduan hidup.
Dr Fadzilah Kamsah & Pak Lah...dua tokoh kesayangan saya |
Di blog ini...saya ingin mengabadikan koleksi motivasi Dato' yang dicoretkan dalam facebook beliau.Moga kita sama-sama mendapat ilmu dan manfaat daripada koleksi motivasi ini...Insha Allah...
>> Utk tambat hati pasangan: Cuci hati, syukur ada psgn, cinta berteraskan iman, sygi seadanya, jadikan dia kwn paling akrab, puji & hargai, rawat hati dgn kemaafan, kenangan manis sbg ubat, sentiasa sangka baik, pandai bual & mendengar, berterusan baiki diri, jadikan konflik utk berubah lebih +ve, hormati pdngannya walau kita tak setuju (selagi tak ingkari Allah), sebut syg sekerap mungkin, elak lakukan kebenciannya, bentuk sifat yg boleh d banggakan, sentiasa didik mendidik, berlapang dada bila d tegur, hapuskan EGO, tolak ansur, patuhi Allah & selalu tanya diri: apa lagi yg boleh aku beri kpd pasangan ku ini?
>> Moga hari Jumaat ini membawa keberkatan yg melimpah ruah. Jika menghadapi sebarang masalah dlm kerjaya atau rumahtangga, kita ada 3 pilihan: 1. berhenti atau bercerai, 2. tak buat apa2 & sengsara, merungut, komplen, mengumpat; 3. ubah diri luar & dlm n hidup bahagia n bermakna. Pilihan ke3 terbaik. So hari ini, jgn merungut atau mengeluh, ubah diri secara bersepadu spt yg di bincangkan dulu n hidup dgn lebih bermakna, ceria n cemerlang. Buat terbaik hari ini, mana tahu ini hari terakhir.
>> Anak yg soleh sentiasa patuh kpd wasiat ayah & ibunya. Kenapa kita yg nak jadi soleh ini sering ingkar kpd WASIAT RASUL SAW? Walhal, Nabi lebih tinggi kedudukan berbanding ibubapa kita! Nabi berwasiat: dirikan solat, keluarkan zakat, berbuat baik kpd ibubapa, bersedekah, jaga lidah, bantu org yg perlu bantuan, SEMUA ORG ISLAM BERSAUDARA, dsbnya. Malangnya ramai yg tak solat, 50% tak keluar zakat pendapatan, ramai kedekut, mengumpat n fitnah termasuk d FB & Blog berleluasa, melayan sesama Islam mcm musuh. Kenapa ingkar WASIAT NABI? Mari sama2 kita insafi.
>> Mengumpat & memfitnah adalah d antara dosa2 besar y amat d murkai Allah & pasti masuk neraka jika tidak di maafkan org yg teraniaya. Org mengumpat & memfitnah adalah org yg sakit rohani, hati kotor, lemah iman, penakut, rendah diri & byk kelemahan diri yg nak d tutup dgn menjatuhkan org lain. Mrk sengsara d dunia n bankrap d akhirat! Mempertahankan maruah diri hukumnya wajib. Jika mati dlm membela diri insya Allah mati syahid! Justeru, jika kita di aniaya, cari jln utk bela diri d samping berterusan berdoa. Buat laporan Polis & tuntut keadilan jika fitnah mencemar maruah, keluarga & keimanan kita. Moga Allah rahmati kita.
>> Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita. Allah Maha Adil n Maha Penyayang. Moga Allah jadikan kita org yg bersyukur n redha.
>> Moga hari ini bawa cemerlang, ceria & cahaya iman. Allah Maha Adil. Kita semua adalah SAMA tapi TAK SERUPA. Semua org PANDAI tapi ramai TAK BIJAKSANA. Org pandai TAHU, yg bijak AMALKAN. Yg pandai SIMPAN yg bijak SAMPAIKAN. Yg pandai MUDAH MELENTING, yg bijak RESPON DGN HIKMAH. Yg pandai belajar drp silap SENDIRI yg bijak belajar drp silap ORG LAIN. Yg pandai pentingkan diri, yg bijak pentingkan org lain. Yg pandai hebat d dunia, yg bijak hebat dunia & akhirat. Org bijak tahu: dgn bantu org utk berjaya, kita juga akan berjaya. Bantuan Allah dtg kpd org yg bantu org lain dgn ikhlas. Mari sama2 kita jadi org yg BIJAKSANA.
>> Ramai shbt yg minta tip tangani pasangan yg baran. Syukur n redha u d jodohkan dgn dia, doa agar u n dia sentiasa sabar, baca doa pelembut hati- fatehah, ayat qursi, surah Ta Ha: 1-5, surah al hasyr:21-24 n hembus ke badan, makanan, gambar; bila nak cakap baca dlm hati Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir utk mudah dia dengar; sentiasa puji n peluk dia; elak lakukan apa yg dia benci, kerap lakukan apa yg dia suka; beri sebelum d minta; gunakan gerak batin utk baca fikirannya, manjakan dia, kurangkan mkn daging merah n byk makan ikan n ayam, mkn buah sblm makan nasi, bermaafan sblm tidur, diam bila pasangan marah, bincang masa tenang.
>> Org yg terbaik ialah yg sentiasa ingat mati & segera bertaubat bila buat dosa. Org yg sakit jiwa ialah yg sangka dia aje yg betul, semua org lain salah! Ramai suami yg sering salahkan isteri & tak sedar salah sendiri menyebabkan ramai isteri derita dlm diam. Hari ini sebut & pamer syg kpd yg tersyg, maafkan & mohon maaf drp mrk, sedekah kpd yg perlu, bertanya kpd yg tahu, ingatkan kpd yg lupa, doakan utk semua, bayar hutang yg ada, pulangkan yg di pinjam, halalkan apa di beri. Mana tahu kita mati hari ini.
>> Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yg gelap! Justeru, mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. Spt biasa kita cuci hati dgn jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan org, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang spt kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir...
>> Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah: 1.Jaga solat 5 waktu 2. Solat taubat n istighfar 70X sehari 3.Qada' solat yg tertinggal 4.Baca Quran 5.Maafkan org n mohon maaf 6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid 7. Berkwn dgn org2 +ve 8. Sedekah kpd yg memerlukan 9.Beri binatang makan 10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan 11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya 12.Kekalkan wudu' 13. Puasa sunat 14. Sentiasa ingat mati 15. Hidupkan sunnah harian 16. Seru org ke arah kebaikan 17. Tunaikan hj n umrah. Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat.
>> Petanda penyakit rohani termasuklah: 1. Malas beribadah, 2. Malas bekerja 3. Tumpul daya fikiran 4. Kurang peka ttg kesusahan org lain 5. Gelisah n risau 6. Liar terhadap kebenaran 7. Sering bersangka buruk 8. Suka mengadu domba 9. Suka isteri atau tunang org 10. Malas atau lupa berdoa 11. Tak rasa bersalah bila buat dosa 12. Sukar utk buat kebaikan. Semua masalah d dunia bermula dari penyakit rohani. Mari kita hisab diri kita n rawat rohani kita agar selamat d dunia n akhirat.
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
1 comment:
share ye..tq
Post a Comment