AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, November 9, 2014

AufaZanKi's chicken grill


Sebagaimana korang rasa seronok bercerita ttg kerjaya korang...sama la juga dengan saya...rasa best bila dapat share secebis kejayaan dlm kerjaya sbg suri rumahtangga...well....confident tu penting...walaupunnnn....

Sepanjang hari ni Aufas merengek nak keluar jenjalan. Sekarang ni...asal petang je hujan, asal hujan je mesti waktu petang. So, pergerakan tu agak terhad. Rasa malas makin berleluasa...sampai la ke maghrib kami masih lg kat rumah. Ada yg dah tarik muka....alahaiiii...nak pergi mana la hujan2 ni...

Tunaikan jg hajat Aufas nak jenjalan...lepas maghrib kami keluar. Tapi tak ketahuan arah tujuan. Baba tanya nak ke mana...saya pun takde idea..juz bgtau yg saya teringin sgt nak makan ayam...chicken grill... yg saya buat sendiri...tak sangka pulak baba pun sama dgn saya...wahh!! Sehati sejiwa gitu!! 

Kami pun terus pergi pasaraya...beli ayam...n patah balik rumah. Hehee..

Aufas.....kami umpan dengan aiskrim n vitagen utk mengelakkan diorg merajuk n mengamuk sebab tak jadi nak jenjalan. Alhamdulillah...diorg suka! 

So, inilah hasilnya....puas hati makan hasil air tangan sendiri. Jemput tengok ye kengkawan...hee




Cerita kat atas ni malam td punya cerita...hehee..copy from facebook n paste it here. Kerja senang! 

Chicken grill ni dah jadi menu wajib kami...sedapnya....perggghhh!!! Tak jumpa dekat mana2 restoran baq hang! Hehee...but actually its more to air tangan la....air tangan sendiri la katakan....


RESEPI??? 


Ayam - saya guna whole leg. Boleh saja nak guna anggota badan ayam yang lain...

Dah siap cuci...lumurkan dengan secubit garam, serbuk lada hitam, sos cili. Ini resepi yg paling simple untuk ayam tapi rasanya sedap...sebab nanti kita nak makan dengan gravy sauce kan...so takyah la heavy sgt nak perap ayam...boleh je nak campur bahan2 lain like oyster sauce..kalau dah masukkan oyster sauce tak perlu bubuh garam...sebab sauce tu dah sedia ada masin. Boleh jg nak lumur ayam tu dengan bbq sauce or blackpaper sauce. Semuanya terpulang kpd citarasa sendiri. 

Perap ayam tadi semalaman untuk rasa yg sangat best! Kalau jenis tak menyempat macam saya ni..perap setengah jam pun ok...or kadang2 tak perap langsung! Memang tak semenggah! Hahaaa..

Bakar dalam oven dgn suhu 230° selama 30-40 minit. 


Ayam ni saya tak perap tapi rasanya tetap sedap!



Next, kita buat gravy sauce pulak yea...


Sediakan bahan2 berikut :

*bawang holand/bawang besar - sebiji
*mentega - 2 sudu besar
*tepung gandum - 2 sudu besar
*air - 1 liter
*kiub ayam - 1 ketul
*oyster sauce - 2 sudu besar
*chili sauce - 2 sudu besar
*kicap - 1 sudu besar
Serbuk lada hitam - 2-3 sudu besar



Mula2, kupas bawang n potong dadu. Panaskan mentega then masukkan bawang. Goreng hingga layu (bukan garing yea). Masukkan tepung gandum n kacau sehingga kekuningan or kecoklatan. Masukkan air dan kacau. Masukkan juga segala jenis sauce yg saya mention kat atas...termasuk kiub n lada hitam. Kacau n tunggu la sehingga kuah sedikit pekat. Jangan pekat sangat sebab bila dah sejuk nanti ia akan pekat dengan sendirinya. 

Ok done!


What's next?????


Suka makan kentang? Nak buat ok..taknak buat pun takde sapa nak marah...hehee...dah makan protien nak tambah sedikit carbo apa salahnya kan...tak gemuk aih!! Hahahaaa...




Sebelum ni saya biasa buat mashed potato...tapi sejak saya dengar kata2 chef joe dalam masterchef...mashed potato ni bukan hidangan five stars! Terus saya tukar menu...hahaha...saya buat kentang yg macam kat gambar tu...apakah namanya???

Nak buat pun mudah sangat. Kupas beberapa biji kentang n potong ala2 dadu besar. Rebuskan hingga empuk n bubuh sedikit garam dalam air rebusan.

Bila dah empuk...toskan. Then boleh la dicampur dengan mayonis n susu pekat manis. Sukatannya adalah sesedap rasa.


Orite!!! Rasanya ayam pun dah masak...boleh la dihidangkan dalam pinggan bersama potato n salad. Jangan lupa bubuh gravy sauce atas ayam.

Silakan menjamu selera....






Last but not least..saya hidangkan senyuman Amnina...senyuman ulcer namanya...hehee




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...