AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Monday, March 31, 2014

Mencari yang Hilang : MH370


بسم الله الرحمن الرحيم
!السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Hampir sebulan menyepi dari blog...bukan kerana tiada cerita dan idea...adalah kerana kemalasan melanda..

Cehhh...sangat berima irama kata-kataku! 

Apa yg paling hot sepanjang bulan Mac ni...tak lain dan tak bukan...tragedi MH370...

Bermula pada pagi 8hb...saya dapat tahu daripada facebook. Then, terus layan berita..Astro Awani...inilah hikmah yg tersembunyi untuk saya...kalau tidak..memang liat nak ambil kisah pasal hal2 negara...bukan malas...tak minat! Espcially hal politik...huh...tapi ada juga yang nak kaitkan tragedi MH370 ni dengan politik...sangat tidak patut dan sangat tidak relevan! 

Tapi...takpelah...masing2 ada hak bersuara dan kemukakan pendapat...terpulanglah kepada penilaian orang yang membacanya...ye ke idok???

Macam biasa...facebook is too mainstream...to me la kan...so banyak dapat info dari situ ajer...macam2 versi spekulasi dan andaian...saya baca semuanya...M.O.J....Mak.Ok.Jer...

Dalam banyak2 spekulasi dan andaian...ada seorang individu ni yg saya rasa pendapat dan idea beliau sangat tepat dan ada fakta...bukan rekaan semata-mata. So, saya memang follow setiap buah fikiran beliau samada di facebook ataupun di blog beliau. Siapa orangnya...biarlah rahsia...hehee...bukan apa...saya taknak mempengaruhi fikiran orang lain..biar diri sendiri yang menentukan berdasarkan pengetahuan masing2...ok?


My very first status update about MH370

Ini bukan main2 punya risau...bukan ikut trend punya risau...macam2 yang saya fikirkan...sampai ke hari ni...dah masuk hari ke-24...inilah yang menjadi core subject saya sekarang.

Simpati yang teramat pada mereka yang terlibat...family mereka...especially para isteri dan anak2 kecil...yelah...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul beban.

Dugaan yang hebat dari Allah...saya doakan semoga mereka semua tabah dan cekal untuk menghadapinya. Itu sahaja yang saya ada...sebagai tanda kasih sayang dan prihatin sesama insan.

Pernah...selang dua tiga hari selepas tragedi MH370...saya menangis lepas solat bila saya membayangkan seandainya yang terlibat itu adalah Baba atau salah seorang dari kalangan ahli keluarga saya. Itu baru bayangan...dah terasa sangat sedihnya. ALLAHU RABBI...BERILAH KEKUATAN KEPADA MEREKA...AAMEEN

Baba pulak...dah dua kali bertanya..."Kalau abg salah seorang penumpang flight tu macamana? Apa yang syg nak bagitau pada anak2?"...soalan yang jawapannya hanyalah linangan air mata...tak sanggup rasanya..Allahu Rabbi...


Ujian adalah tarbiyyah dari Allah...Adakah kita kan sabar...ataupun sebaliknya...




Bila PM DSN umum lokasi terakhir MH370 di selatan Lautan Hindi...ramai termasuk media massa menggunakan istilah terhempas. At the first time saya dengar DSN kata "ended" saya dah start confuse...apa sebenarnya ingin dimaksudkan...selagi tak jumpa sebarang bukti sahih seperti bangkai pesawat, serpihan pesawat  mayat or what so ever that is related to MH370..then barulah boleh diguna pakai istilah 'crash' atau 'terhempas'.

Rumit kan? Pihak atasan pun dah usaha sebaik mungkin...kita pulak mengharapkan yang baik-baik saja...sudahnya...kalau tak tahu diam...bak kata Hattan..."tak tahu tanyo dulu, jangan gomar memandai-mandai"...hee


Dato' Hishammuddin...first impression saya terhadap beliau adalah positif. Ya...memang sebelum ni saya tak ambil tahu apa2 pun tentang beliau dan politik beliau...sejak tragedi inilah baru nak berkenalan...hehe...saya siap google lg ttg DSH...tapi takde yg negatif pun yg saya jumpa...kecuali pasal dia bawa keris tu..ntah...bagi saya ok je kot...org je suka lebih2...

Malam tadi ada terbaca kat facebook..media barat puji DSH handle kes ni...pastu saya baca komen2...nak tengok feedback orang ramai...siapa yg sama dengan saya? Saya susah nak terima bulat2 satu berita or info..kena ada sokongan baru boleh terima..tu yg kena baca komen org lain...hurmm...ada yg cerita...masa DSH jadi Menteri Pelajaran beliau pernah pergi sendiri tempat game tu..ntah apa namanya...done2 lupa istilah! Beliau sendiri tangkap student ponteng sekolah kat situ. Pastu beliau panggil owner tempat tu n suruh owner tu baca satu2 notis yg mengatakan pelajar dibawah 18 tahun tifak dibenarkan masuk. Punya la strict! Tapi..memang itulah tanggungjawab beliau..kan?

Saya rasa DSH ni ada potensi untuk jadi PM...one fine day...insha Allah...who knows...but Allah knows everything..ehhh tetiba terciter pasal DSH pulak...heheh..selingan...


Haaa...nak cerita tentang surah al-fatihah pulak. Maklum la...dah sebulan tak update...macam2 cerita nak share...yg ni saya copy paste dr facebook somebody yg saya follow hasil nukilannya...



Al-Fatihah....

Fatihah itu ertinya pembukaan. Fatihah bukan bererti pengakhiran. Ramai orang salah anggap bahawa Fatihah hanya dibacakan jika ada orang mati atau meninggal dunia. Mereka tidak faham konsep Fatihah dibacakan. 

Kenapa kita harus membaca Fatihah kepada orang yang sudah mati/pergi? Kerana.... Kita seharusnya membantu orang yang dalam kesusahan. Orang yang sudah mati telah terputus roh dari jasadnya. Maka dia sudah tidak punya kekuatan untuk membaca Fatihah.

Kita sebagai yang masih bernyawa haruslah membantu orang yang sudah pergi itu membacakan Fatihah kepadanya agar terbuka jalan yang bersih lagi cantik buatnya ketika dia baru menjengah alam barunya, iaitu alam Barzakh atau alam Kubur atau alam Mayyit. Salah satu daripadanya harus kita lalui sebaik sahaja nyawa kita dicabut.

Maka, bacakanlah Fatihah pada mangsa MH370 yang berugama Islam. Tak kira mereka sudah mati atau masih belum disahkan mati. Apapun, bacaan Fatihah itu, kita niatkan juga agar dengan membacanya, kita dibukakan jalan yang bersih lagi terang benderang di masa akan datang dalam menghadapi liku-liku fitnah akhir zaman.

Al-Fatihah.... tsumma ila jami'ie muslimina wal muslimaat min masyaariqil Ardhi ila Maghaaribiha. Wa Na'uzubika minal fitani maa zahara minha wa maa bathan.

Maksudnya: Al-Fatihah... kemudian kepada seluruh muslimin dan muslimat dari timur bumi hingga ke baratnya. Dan kami berlindung daripada fitnah yang zahir padanya dan juga yang tersembunyi padanya.


Sekian dulu untuk setakat ini. Kita sambung next time ok..bagi yg sudi baca coretan saya ni...terima kasih banyak2...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...