AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, January 19, 2010

*9 vs 1*

Pagi tadi..aku terima sms daripada seorang teman yg bunyinya lebih kurang begini :
"org lelaki ni kalau bab gie keja, bab gie blajo ke, mmg selalu nak on time ke kak? zaki macam tu tak?"

Bila dpt sms mcm tu dari teman yg seorang nie...mmg aku dah boleh agak...nie mesti kes bertekak dgn suami nie. Aku pun layan la masalah yg dia hadapi tu..bagi moral support n advise selagi termampu. Bila member mengadu apa2 masalah..jgn sekali2 kita simbahkan minyak pada api yg sedia ada marak. Berusahalah utk menjadi air yg boleh memadamkan api. Kita sememangnya kenal rapat dgn member kita..tapi kita tidak boleh menerima bulat2 apa yg diceritakan coz kita belum tentu kenal dan faham perangai sebenar suami/isteri member kita. Adalah lebih baik kita berusaha utk menjernihkan keadaan...menenangkan hati orang yg tengah "panas"...dalam masa yg sama bantu menyelesaikan masalah dgn memberi sokongan dan nasihat. DAN yang paling penting...kita jangan sekali2 membuka aib pasangan dengan menceritakan masalah kita pula. Cukup sekadar kita mendengar masalah member dan membantu mereka. Mudah2an apa yg kita lakukan bermanfaat dan diberi ganjaran yg baik oleh Allah Taala...:))



Sememangnya bukan mudah untuk menjadi wanita seperti yg dinyatakan dalam hadith di atas. Pelbagai ujian dan dugaan yg melingkar, menyusur dan menjalar... membuatkan adakalanya  matlamat itu tersasar. Sifat dan sikap manusia adalah kompleks. Tidak mungkin kita boleh mengenali isi hati suami/isteri dalam masa yang singkat...malah boleh dikatakan 10 tahun berkahwin pun belum tentu pasangan dapat mengenali diri masing2. Suami sebagai tunggak harus bijak membentuk rumahtangga menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Wanita yg dibekalkan dengan 1 akal tidak mungkin dapat mengawal 9 nafsu yg membuak2...melainkan dengan panduan dan bimbingan suami yang bijak mengaplikasikan 9 akal yg ada.

Teringat pula dengan lagu P Ramlee yang aku baru jer dengar baru2 ni..."Sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..buang yang keruh ambil yang jernih..baru teguh peribadi". Setakat nie aku belum pernah jumpa lagi pasangan yg tak pernah berselisih faham. Kadang2 perkara kecil pun boleh menjadi serius andai kedua2nya tegar mempertahankan ego masing2. Pada pendapat aku, adalah lebih baik sang suami yang terlebih dahulu mengalah atau cepat2 menjernihkan suasana. Bukanlah kerana wanita itu ego..ini adalah jalan yang paling selamat agar wanita tidak menyimpan dan memendam perasaan. Dengan berbekalkan 9 nafsu...mana mungkin wanita mampu untuk mengawal desakan perasaan yang bercampur baur ketika berbalah dengan suami. Maka sebab itulah aku sarankan agar suami memberi sedikit kelegaan buat isteri dengan mengalah. Mengalah bukan beerti kalah..malah satu kemenangan besar kerana berjaya menewaskan dorongan nafsu wanita yang kuat itu. Wanita pula..bila suami sudah mengalah dan memohon maaf...janganlah dipanjang2kan lagi masalah. Sama2 mengalah dan berusaha untuk menjernihkan semula keadaan yang keruh.

Aku sebenarnya sedang memuhasabah diri. Aku baru jer setahun jagung dalam dunia rumahtangga. Aku masih dalam proses pengenalan. Rajuk, rindu, tawa, tangis, suka, duka, pahit, manis...masih baru dalam dunia rumahtangga yang telah terbina selama 4 tahun 1 bulan ni. Banyak perkara yang harus aku pelajari...banyak perkara yang perlu aku perbaiki...aku masih belajar dan akan terus belajar. Aku harap andai dia baca entri nie...dapat sama2 berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...