Semalam kami tengok telefilem di astro prima..tajuknya "denai berbisik". Cerita tu mmg sedih...kisah 2 beradik yg kehilangan mak disebabkan oleh kebakaran rumah. So si abang ni yg bertanggungjawab menjaga dan membesarkan si adik yang cacat mental. Aku mmg kalah dengan cerita2 sedih nie....kadang2 sampai teresak2 nangis...punyalah menghayati cerita...hehehe..tapi kalau ada orang...control n kalau boleh taknak nangis langsung...uishhh ego!!!
Nak dijadikan cerita...Aufa2 pun khusyu' menonton cerita tu sambil makan soto. Time scene sedih...dua2 concentrate..panggil pun tak dengar....lebih2 lagi Aufa Qistina. Puas aku panggil nak suap soto....no response!!! Aku pun try la nak usik2 dia.....hmmmmmmm......rupa2nya ada titisan air mata di pipi Aufa Qistina. Aduhai la anakku....dia pun dapat rasakan kesedihan cerita tu...umur baru jer 2 tahun sebulan...terharu pulak aku...
Dulu kakaknya pun mcm tu juga...ada iklan kanak2 perempuan yg dijangkiti HIV...dia pergi ke depan tv n cakap...."jangan nangis..."...sambil usap2 skrin tv...kononnya dia pujuk girl tu...huh...Sekarang bila dia dah 3 tahun....setiap kali nampak ambulans mesti cakap mcm nie..."mama...dia sakit...dia jatuh..doakan dia ma..".
Actually...jauh di sudut hati...aku sangat bersyukur ke hadratNya...~*ALHAMDULILLAH*~...apa yg aku cuba semaikan dalam diri Aufa2 menampakkan tunas, apa yang aku cuba pupuk dalam diri Aufa2 membuahkan hasil. Aku harap nilai2 yg ada dalam diri mereka terus berbunga sehingga mereka besar. Moga Allah memperkenankan permintaan ini..begitu juga dengan anak2 yg lain..aku turut hadiahkan doa ini untuk mereka...amiin.
Aku tergerak hati nak bercerita tentang Aufa2 nie...bukan niat nak menunjuk2...na'uzubillahi min zalik...sebenarnya aku baru saja baca artikel dalam web Pa&Ma mengenai 5 tips mudah didik anak. Bila aku baca...aku bersyukur sangat2 coz kelima2 tips yang ada memang aku aplikasikan dalam mendidik Aufa2. Kiranya itulah antara bukti2 yang menunjukkan 5 tips tu memang boleh diguna pakai.
Inilah 5 tips mudah didik anak sebagaimana yang dinyatakan dalam web Pa&Ma :
1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.

Aku rasa ramai juga yang aplikasikan 5 tips ni dalam mendidik anak2. Dari hari pertama anak2 melihat dunia...kita perlu bersedia untuk mencorak mereka dengan didikan yang sempurna. Entri ni bukan untuk aku seorang...aku harap kamu juga dapat mengambil manfaat daripada ilmu yang aku perolehi pada hari ini. Alhamdulillah....:))
~~** Aufa Irdina sekarang dah pandai luahkan perasaan pada aku. "Mama...I love you"....dan aku wajib membalasnya..."I love you too"...time aku nak solat dia selalu pesan.."Mama doa Aufa tau...doa Adik..doa Baba....dan saper2 yg terlintas di fikirannya time tu. Aufa Qistina pun pandai juga luahkan perasaan...dia datang kat aku..hug aku..n suruh aku nyanyi lagu barney..."I love you..You love me..we're happy family..with a great big hug..and a kiss from me to you...won't you say you love me too".**~~ such a sweet things that i can't forget!!! Thank you Allah for the blessing...
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment