AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, May 25, 2010

~*blank!*~


Aku tenang di sini






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, May 16, 2010

~*luka dilukai*~

Adakala luka yang kecil mampu meninggalkan parut yang kekal sekiranya tidak diubati. Hari ini aku terasa seolah2 ada luka di hati...aku cuba bersendirian untuk menenangkan diri sambil memuhasabah diri atas luka yang telah tercalit itu. Mungkinkah ianya atas salah silap aku sendiri atau mungkin aku perlu memaafkan dan membiarkan saja ia sembuh lalu meninggalkan parut..aku bingung seketika.


Lalu aku titipkan sesuatu di dalam facebook, dengan tujuan ada kata2 semangat yang akan aku perolehi daripada sahabat2...
"hari nie...hati ini amat terluka...SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD..."

Dan aku begitu tertarik dengan kata2 semangat atau motivasi yang dititipkan oleh Ahmad El-Muhammady, sahabat yang aku pernah kenal sejak belajar di UIA Gombak...tapi beliau tak kenal aku pun..., pada ketika itu beliau memang seorang mahasiswa yang dikagumi oleh ramai mahasiswa dengan karisma dan kebijaksanaan yang beliau miliki. Ahmad berjaya membuka minda aku untuk meneliti semula rasa luka yang aku alami dengan memberi pendapat yang sungguh bernas :

1. Luka mesti ada hikmahnya, kerana ia menyebabkan kita ingat kepada yang Esa. 

2. Kita akan menghargai kebahagiaan/kesenangan yang kita alami sekarang. Sekiranya tiada kesedihan kita tidak akan mengenali apa itu kebahagiaan. 

3. Luka menyebabkan kita mengenali diri kita dgn lebih mendalam, kelebihan dan kekurangannya. 

4. Luka menyebabkan kita mengenali siapa sahabat yang sejati.

5. Luka mengajar kita supaya tidak melukai orang lain. 

6. Luka menyebabkan kita insaf sekejap dan mengenang kenikmatan yang kita kecapi sebelum itu. 

7. Luka itu bukti kita sebagai insan yang sejati, bukan seorang yang keras hatinya. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahmad El-Muhammady yang sudi berkongsi ilmu dengan kata2 yang sungguh bermotivasi. 

Ya...aku benar2 akur dengan ketentuanNya. Setiap apa yang aku alami, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin ingin mengingatkan aku, menegur sikap aku atau mungkin juga ingin menguji kesabaran aku. Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana aku masih lagi disayangi...alhamdulillah...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, May 15, 2010

~*errrmmm*~

Assalamualaikum dan salam penuh ceria...

Mood untuk mengarang dan memerah idea sungguh tidak ada semenjak berada di kampung. Ditambah pula dengan line broadband yang makin teruk...mcm siput! agaknya di kampung nie banyak pokok2 yang tinggi  dan rendang, mengganggu signal coverage...pandai2 buat andaian sendiri! hehee. Kampung saya nie bukanlah kawasan pedalaman, lebih kurang 5 minit dah sampai Pekan Masjid Tanah. Saya akan berada di kampung sehingga pertengahan bulan Jun untuk membantu apa2 yang patut sempena perkahwinan kakak pada 12 Jun nanti..insha Allah. Ya...saya langkah bendul bak kata orang dulu2...bukan satu bendul yang saya langkah, dua bendul!!! Tapi itu hanyalah adat dan kepercayaan orang dulu2...jika mengikut syariat Islam, tiada masalah atau tiada istilah langkah bendul nie. 

Huh!! Semasa saya sedang mengarang entri ini, saya amat terkejut dan sedih dengan kematian kucing yang selalu menceriakan suasana rumah di kampung. Kucing nie asyik bergaduh dengan kawan2 dia..mungkin berebut awek kot! hehe...tu yang sampai luka2 n jatuh sakit. Saya berhenti mengarang untuk membantu mr zaki "kebumikan" arwah kucing di bawah rimbunan pokok pisang di belakang rumah mak. Yang lucunya, anak2 siap suruh letak bunga n bacakan doa macam baca talkin tu. Untuk tidak menghampakan mereka, saya sedekahkan juga al-Fatihah buat 'arwah' di depan 'pusara'nya. Errrmmm...

 'manja' gelaran yang diberikan oleh Aufa 

teman sepermainan


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, May 7, 2010

~*mak saya*~


Masa saya kecil2 dulu, mak saya garang dan suka berleter. Pantang silap sikit memang akan kena marah, kalau nasib malang akan ada bonus...cubit pastu kena leter. Mak seorang yang cukup berdisiplin, tepati masa, pembersih dan rajin. Kalau tak percaya..kamu datang la kampung saya,  tanya jiran2 merangkap sedara mara saya. Hehehe..betul...saya tak tipu dan yang amat saya kagumi, sampai sekarang mak saya masih begitu..tidak berubah! Tabik spring kat mak!!

mak sedang kacau dodol

Errrmm meh saya sertakan bukti. Setiap hari mak akan bangun tidur seawal jam 5 pagi...sampai sekarang. Mak akan masak air, buat lempeng (menu wajib setiap hari sepanjang tahun...hinggakan Aufa2 pun dah pandai minta lempeng!). Lempeng mak buat memang sedap..kalau tak takkanlah arwah Pak Anjang sanggup datang rumah mak pagi2 sebab nak makan lempeng yang mak buat. (Al-Fatihah buat arwah Pak Anjang...). Sambil2 tu mak akan kemas dapur, kemudian mandi dan tunggu azan Subuh dan solat. Setiap hari mak akan tunaikan solat sebaik saja azan berkumandang di radio, 5 waktu sehari semalam..serius! Sekarang nie, bila balik kampung saya perhatikan mak ada rutin tambahan. Selepas solat Subuh, sambil masak lempeng mak akan dengar tazkirah di TV9 dalam slot "Tanyalah Ustaz". Sambil2 tu mak akan minum kopi..haaa kalau nak tahu, kopi yang mak saya buat pun lain..dan minuman rasmi mak setiap hari sepanjang tahun. Lebih kurang dalam jam 6:30 pagi, mak akan buka semua tingkap. Agaknya mak masih percaya pada petua dulu2...yang mana rezeki mudah masuk. Itulah rutin awal pagi mak setiap hari. Sungguh berdisiplin...puntual...susah betul saya nak ikut perangai mak. Mak pernah cerita...masa kami adik-beradik kecil2 dulu...kami akan mandi, makan dan tidur pada masa yang sama setiap hari. Dan saya perhatikan, mak buat perkara yang sama pada cucu2 yang mak pernah jaga.

Mak seorang yang sangat rajin dan pembersih. Daripada cerita di atas nie pun sudah terserlah kerajinan mak. Saya nak buktikan lagi kenapa saya katakan mak saya sangat rajin dan pembersih. Bila hari dah siang, mak akan sapu sampah dalam rumah, kemas yang mana patut, kemudian sapu sampah kelilling rumah, buang sampah dan bakar. Setiap hari begitu tanpa penat dan jemu. Mak tak boleh tengok rumah bersepah dan kotor...nanti mak akan cakap macam nie " berdurik kaki elah pijak simen (lantai) nie, tak sapu ker??"...dalam nada orang Melaka area pantai. Tak pasal2 kena leter nanti...Oppsss 'elah' adalah ganti nama yang mak guna untuk diri mak, tak tahu mana dapat nama tu sebab nama sebenar mak adalah 'Hazizah'...ada antara cucu2 mak yang mamanggil mak dengan panggilan 'nenek elah'. Sekarang nie saya perhatikan mak akan tadah air basuhan baju untuk membasuh lantai koridor. Kalau kamu nak tahu...mak saya akan basuh lantai koridor setiap hari atau dua hari sekali. Pembersih kan???

Kalau jiran2 ada buat kenduri, sesudah Subuh mak akan pergi ke rumah jiran tu untuk membantu apa2 yang patut. Dan takkan balik rumah selagi kerja tak habis (maksudnya mak bukan jenis yang suka cengelat!). Setiap petang mak akan tolong abah di kandang lembu (itupun kalau abg lim ( abg saya) ada urusan lain di sekolah. Mak akan tolong bersihkan kandang dan sediakan makanan dan minuman lembu sementara abah membawa lembu2 pergi bersiar2 (hahahaha...lembu moden macam tu la kan...). Mak kata...mak jarang tidur pada waktu siang kecuali kalau terlalu penat.

Selepas solat maghrib secara berjemaah dengan Abah, mak akan baring depan TV sambil nak tunggu waktu Isya'. Bila dah selesai solat Isya', mak akan makan malam..mak makan tak banyak..sekadar alas perut. Kemudian mak tonton TV sampailah jam menunjukkan pukul 9:30 atau 10 malam. Waktu macam tu mak akan masuk tidur dan akan bangun pada jam 5 keesokan harinya.

Demikianlah rutin harian mak saya...yang saya tahu sejak kecil lagi begitu, tdak berubah tapi ada penambahan. Dalam usia mak sekarang...68 tahun...mak masih kuat dan gagah melaksanakan semua kerja2 yang telah saya sebutkan di atas tanpa jemu. Biarpun tangan kiri mak sakit akibat jatuh, namun mak sentiasa menafikan malah masih mahu mengangkat barang yang berat2.


Dan yang paling mengharukan saya, mak masih melayan dan memanjakan saya seolah2 saya masih kecil dan belum berkahwin. Malah ada ketikanya saya rasakan ianya lebih special. Itu yang menyebabkan saya selalu terfikir...bagaimanalah keadaan saya jika Allah ingin mengambil semula mak pulang ke pangkuanNya. Bagaimana saya akan hadapi situasi itu kerana saya belum ada pengalaman berhadapan dengan kehilangan orang2 yang paling saya sayang.

Saya sentiasa merasakan doa yang mak sering panjatkan seolah2 sampai kepada saya. Saya rasakan seolah2 diri ini sentiasa dirahmati dan direstui...dan saya yakin itu adalah berkat doa yang mak saya kirimkan buat saya. Sebab itulah saya sedaya upaya untuk membalas kembali doa2 mak saya dengan menitipnya kembali setiap kali solat mahupun setiap ketika. Saya ingin mak saya juga turut marasai apa yang saya rasa bila ada doa yang dikirimkan.
mak bersama Aufa2 & Ariff Fahmi

Ya Rahman Ya Rahim...tolong restui mak dan abah saya. Tolong panjangkan umur mereka dan berkatilah kehidupan mereka..di sini dan di sana. Amin Ya Rabbal 'alamin...


SELAMAT HARI IBU MAK....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, May 6, 2010

~*imaginasi lucu Aufa2*~

Ada sekumpulan cicak sedang bermain2 di dinding kedai di stesen minyak Shell. Aku pun mengajak Aufa2 melihat n memerhati aksi cicak2 itu. Tiba2 Aufa Irdina berkata: "Ma..tengok tu Ma! Cicak tu nak jumpa cikgu dia. Dia nak peluk cikgu dia!". Sambil menahan rasa ingin ketawa, aku pun mula melayan imaginasi Aufa dan berkata : "yeke..mana?". Jawab Aufa: "tu..." sambil menunjuk ke arah cicak2 tersebut. Aku pun kongsikan kisah lucu ini di facebook. Wah! kawan2 di facebook pun sama macam aku...siap suruh tanya guru besar cicak ada tak...hahaha. Aku pun saja nak uji Aufa dan bertanya : "Aufa, cikgu besar cicak ada tak tadi?"..(kalau aku cakap guru besar confirm dia tak tau).Nak tau apa Aufa jawab???? "Cikgu besar takde..dia pegi isi minyak".selamba jer dia jawab macam tu, aku nie sakit perut menahan gelak coz kalau boleh taknak la tunjuk depan Aufa yang aku sedang ketawakan dia..nanti dia rasa tak yakin pulak! Kemudian aku tanya lagi, cicak tu bawa kereta apa. Dia jawab "cicak tu bawa kereta ummi". (Ummi tu kakak aku, dia bawa kereta persona). Haaaa cuba kamu bayangkan macamana cicak tu drive...sepanjang jalan malam tadi aku dok bayangkan macamana la cicak nak drive...steering pun berganda2 besar dari size badan cicak! hahahaaa lawak betul!!!!

Boboi adalah nama yang diberikan kepada anak kura2 peliharaan kami. Malangnya umur Boboi tak panjang, Jumaat lepas ia mati. Lalu Mr Zorro pun nak tanamkan Boboi di belakang rumah Mak Melaka. Sebelum itu Mr Zorro memanggil Aufa Irdina untuk bersama2 mengiringi upacara pengebumian jenazah Boboi dan melihat Boboi buat kali terakhir..;D. Aufa Qistina tidur..jadi tidak sempat memberi penghormatan terakhir kepada Boboi. Tiba2 Aufa Irdina meminta dari Mr Zorro untuk bersalaman dengan Boboi sebelum jasad Boboi disemadikan. Opppsss!!!!


 Lembu2 atuk nak masuk kandang...

Ketika sedang beristirehat di petang hari, aku sengaja mengusik Aufa Qistina, "Adik, itu nenek siapa?". Aufa Qistina yang selalu perasan yang dia masih baby dan selalu mengaku yang dia tu baby pun menjawab. "tu nenek Adik!". Boleh dikatakan semua orang dia yang punya...Mama dia, Baba Aufa. Uda dia, Ummi Aufa. Pandai pulak nak bahagi2kan orang...isshh macam2 hal kan..seronok melayan diorg nie..Kemudian aku tanya lagi, "Tu atuk siapa?". Aufa Qistina jawab, "tu atuk lembu". Hahahaha..tau tak kenapa dia cakap macam tu??? Errrmmm sebab atuk dia bela lembu...n setiap kali nampak lembu mesti akan dikaitkan dengan atuk diorg! ;))


 Hamster kesayangan Aufa2..yg putih tu comel, yg tompok2 tu comot





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, May 5, 2010

~*penyeri dunia penghuni syurga*~

Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 9 Mei ini, marilah kita sama2 menghayati beberapa keistimewaan wanita/isteri/ibu yang akan menjadi bekal di akhirat kelak:



1. Seorang wanita yang sudah bergelar isteri sekiranya dia meninggal dunia dalam keadaan suaminya masih redha terhadapnya, maka akan masuk syurga wanita tersebut. Sebab itulah dikatakan bahawa wanita ini sungguh mudah laluannya samada laluan ke syurga atau ke neraka. Dan ianya bergantung kepada ketaatan dan kepatuhan wanita terhadap suaminya.

Di sini saya ingin kongsikan sebuah cerita berkenaan redha suami terhadap isteri. Di saat kematian isterinya, semua kaum kerabat dan ahli keluarga berkumpul di rumah sang suami kerana ingin memberi ucapan takziah serta memberi kata2 semangat kepadanya di atas pemergian isterinya ke rahmatullah. Akan tetapi sang suami segera berkata kepada mereka :
"Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW :
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

2. Seorang wanita yang memandang suaminya dengan pandangan yang harmonis, penuh kasih sayang, tanpa sebarang prasangka dan curiga, maka pahalanya adalah seperti berzikir kepada Allah.

3. Seorang isteri seandainya dia memelihara anak2 dengan baik maka ia akan menjadi benteng terhadap api neraka. Sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam kata2nya :
"Anak2 adalah amanah atas ibu bapa. Jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dia dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

4. Seorang isteri sekiranya dia mandi junub kerana bersetubuh dengan suaminya, maka pahalanya seperti bersedekah 1000 ekor kambing kepada fakir miskin.

5. Seorang isteri yang hamilkan zuriat dari suaminya, maka sepanjang tempoh hamil selama 9 bulan itu dikira sebagai berjuang di jalan Allah. Dan sekiranya isteri meninggal dunia semasa hamil, matinya itu dikira seperti mati syahid di jalan Allah.

6. Doa seorang ibu merupakan antara doa yang mustajab di sisi Allah. Kata2 seorang ibu juga merupakan doa. Oleh itu wanita yang sudah bergelar ibu perlu menjaga setiap baris ayat yang ingin dikatakan kepada anak2nya walaupun pada ketika marah.

7. Seorang isteri yang meredhakan suaminya melakukan kebaikan seperti bersedekah, membantu orang yang dalam kesusahan maka dia juga akan memperolehi pahala atas keredhaannya itu.

**Info utama dalam entri ini saya perolehi daripada siri ceramah yang saya dengar  di saluran radio Melaka.fm dalam slot Permata Hati.  














Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...