AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, May 5, 2010

~*penyeri dunia penghuni syurga*~

Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 9 Mei ini, marilah kita sama2 menghayati beberapa keistimewaan wanita/isteri/ibu yang akan menjadi bekal di akhirat kelak:



1. Seorang wanita yang sudah bergelar isteri sekiranya dia meninggal dunia dalam keadaan suaminya masih redha terhadapnya, maka akan masuk syurga wanita tersebut. Sebab itulah dikatakan bahawa wanita ini sungguh mudah laluannya samada laluan ke syurga atau ke neraka. Dan ianya bergantung kepada ketaatan dan kepatuhan wanita terhadap suaminya.

Di sini saya ingin kongsikan sebuah cerita berkenaan redha suami terhadap isteri. Di saat kematian isterinya, semua kaum kerabat dan ahli keluarga berkumpul di rumah sang suami kerana ingin memberi ucapan takziah serta memberi kata2 semangat kepadanya di atas pemergian isterinya ke rahmatullah. Akan tetapi sang suami segera berkata kepada mereka :
"Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW :
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

2. Seorang wanita yang memandang suaminya dengan pandangan yang harmonis, penuh kasih sayang, tanpa sebarang prasangka dan curiga, maka pahalanya adalah seperti berzikir kepada Allah.

3. Seorang isteri seandainya dia memelihara anak2 dengan baik maka ia akan menjadi benteng terhadap api neraka. Sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam kata2nya :
"Anak2 adalah amanah atas ibu bapa. Jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dia dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

4. Seorang isteri sekiranya dia mandi junub kerana bersetubuh dengan suaminya, maka pahalanya seperti bersedekah 1000 ekor kambing kepada fakir miskin.

5. Seorang isteri yang hamilkan zuriat dari suaminya, maka sepanjang tempoh hamil selama 9 bulan itu dikira sebagai berjuang di jalan Allah. Dan sekiranya isteri meninggal dunia semasa hamil, matinya itu dikira seperti mati syahid di jalan Allah.

6. Doa seorang ibu merupakan antara doa yang mustajab di sisi Allah. Kata2 seorang ibu juga merupakan doa. Oleh itu wanita yang sudah bergelar ibu perlu menjaga setiap baris ayat yang ingin dikatakan kepada anak2nya walaupun pada ketika marah.

7. Seorang isteri yang meredhakan suaminya melakukan kebaikan seperti bersedekah, membantu orang yang dalam kesusahan maka dia juga akan memperolehi pahala atas keredhaannya itu.

**Info utama dalam entri ini saya perolehi daripada siri ceramah yang saya dengar  di saluran radio Melaka.fm dalam slot Permata Hati.  














Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

2 comments:

Hidier said...

sayangi ibu dan isteri dengan sepenuh hati

suri said...

wah,
selamat hari ubu utk kak jua..

tersentuh hati tika mmbacanya..

sesungguhnya ibu itu adalah satu sifat yang indah sekali..sukar utk di balas dgn ucapakn kata2 mahupun perbuatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...