AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, December 7, 2010

~*hilangkan kesakitan dengan ketenangan jiwa*~

Dah seminggu berada di Kedah...hari nie rasa sihat, happy n tenang sgt. Lupa seketika kesakitan yg dialami sehari2. Maybe sebab adanya kakak2 ipar dan anak2 sedara yg sungguh menghiburkan...membuatkan diri ini terasa begitu berharga! Wahhh!!!! macam iklan la pulak! :D

sebahagian daripada family members


en suami, kakteh, kakcik, kak chaq bersama mak abah kedah

Walaupun rasa gatal2, sengal2 badan masih belum hilang (bersalin nanti baru ok)...tapi disebabkan emosi dan jiwa nie tenang dan release....rasa mcm tak sakit jer...sungguh! Maka benarlah apa yg dinasihatkan oleh Abah kedah kpd sy via sms...kata Abah :
"...mak abah tak mahu dalam keadaan Izzan sekarang ni fikiran terganggu, KETENANGAN JIWA SEBAHAGIAN DARIPADA UBAT..."
Masa kami ber sms nie..kami berada dalam satu bumbung jer...hehehe...kesnya sy malu nak nak cakap face to face..so sy juz sms la Abah Kedah. Inilah antara nasihat yg diberikan kpd sy....terima kasih Abah. Terasa sgt bertuah, beruntung n bernasib baik kerana dikurniakan keluarga mertua yg amat prihatin, penyayang dan berhati mulia. SYUKUR ALHAMDULILLAH.....

Actually...sy rindu sangat pd en suami....hari2 yg sy lalui sepanjang berada di Kedah nie banyak bermandikan air mata kerinduan. Itu yg menyebabkan emosi dan jiwa sy sangat terganggu. Baru sy sedar yg sy amat memerlukan en suami dalam keadaan begini. Rasa sakit sgt jiwa nie menanggung rindu. Dan maybe disebabkan emosi yg terganggu itu jg kesihatan sy agak teruk jg. Terpaksa sy akui yg sy memang sukar untuk berjauhan dengan dia...dan disebabkan itu jugalah sy korbankan kerjaya demi untuk dekat dengan dia. Sy tidak sekuat n setabah orang lain kot...yang boleh survive bila berjauhan dengan suami. Emosi sy pasti akan terganggu setiapkali kami berjauhan...n selalunya sy akan jadi cepat merajuk. Kesian jg pd en suami bila sy buat perangai...ermmmm habis tu nak buat macamana....kita sedih tau bila dia takde.....tak sabar nak tunggu kepulangan dia minggu nie...walaupun dia balik bersebab...ada program selama seminggu di UUM...takpelah...janji dia dekat dah dengan sy...... :)



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...