AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, October 14, 2014

Sempena ulangtahun kelahiranmu...


بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم ورحمة الله وبركته



1 Oktober yang lalu...genap 33 tahun usia beliau. Syukur dilafazkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat kurniaanNya...nikmat umur yang masih panjang, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan nikmat kasih sayang...tanpa izinNya tidaklah kami mampu mengecapi semua nikmat ini...


الحمدلله...الحمدلله...الحمدلله




Sebagai isteri, tiada lain selain doa dan harapan yang dapat dihadiahkan...agar seluruh kehidupan beliau dirahmati Allah Taala, agar setiap apa yang beliau lakukan mendapat ganjaran..bukan setakat ganjaran di dunia malah ganjaran di akhirat nanti...aameen. Tiada hari yang saya lalui tanpa mendoakan beliau. Kerana beliau adalah suami...maka itulah yang selayaknya beliau perolehi daripada saya sebagai isteri.

Semoga Allah memperkenankan segala doa yang terbaik untuk beliau...semoga Allah meredhai kami sebagai suami isteri...aameen Ya Rabbal 'Alameen..




Yang ini hadiah yang tak seberapa daripada saya untuk beliau. Nampak macam budak2 kan...buat kad bagai....terimbas pulak zaman bercinta dulu...memang selalu aje buat macam ni...hehee


Nak masak yg special pun tak sempat...sebab masa tu beliau terlalu sibuk dengan program universiti. Macam biasa la..isteri dituntut untuk bersabar dan mengalah...


Birthday kali ni...beliau dapat hadiah yang sangat beerti dalam sinopsis kerjaya beliau. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkul anugerah Penasihat Kelab Terbaik sempena Hari Ko-Kurikulum UMP 2014.




 Memang berbaloi la menang...penasihat kepada lima buah kelab...n masa n tenaga memang banyak tercurah ke sana. Nak dibandingkan dengan kerjaya sebagai guru...dulu saya seorang guru..hehee....kerja di universiti ni luar biasa sibuknya. Siang malam penuh dengan aktiviti. Macam2 program...kadang2 memang tak tahan sangat sebab masa untuk kami banyak yang terkorban dek kerana program2 itu....nak buat guana...kena la hadap...


Kadang2 teringin gak nak join program2 tu...tapi....hurmm ada aje tapinya.....hahaa...dengan anak yang dah berderet2 empat orang ni...pulak tu tak boleh pulak Mama dia ni hilang dari pandangan mata...memang tak ke mana la jawabnya...


Aufas pun ada juga buatkan kad untuk Baba diorang...


Kad daripada Aufa Qistina

Kad daripada Aufa Irdina

Kad daripada Aufa Irdina lagi...


"Baba....di dunia ini kami tetap bersamamu...selagi Baba masih memerlukan kami dalam hidupmu...dan semoga Allah mengizinkan kami untuk terus bersamamu di dalam syurga nanti"

"Kasih,sayang,cinta dan rindu selamanya"

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...