AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, February 10, 2012

Penangan S II

Sejak ada Samsung S II nie...kerja sy asyik la menggodek handphone ni...hehehe...sampaikan selalu jer leka..n selalu jg berebut dgn Aufa Irdina & Aufa Qistina...diorang pun dah addict dgn S II sy ni!! :-*

Kalau nak tahu.Aufa Kashfina pun sama..nak berebut jg tu...bila nampak jer handphone ni..done2 jer dia..."nak..nak!!"...nak tengok upin ipin la...twinkle2 little star la...main game talking tom la...amboi...pandai pulak tu dia touch the screen...kikiki.


Habis semua telephone Kashfina buat mcm touchscreen..adoiii la budak dobot ni! Gerrrrraammmmm!!!!

Hari ni..selain menggodek facebook...n snap gambar...ohhhh snap gambar & tengok n belek gambar adalah hobi tegar sy sejak berkurun lamanya...(wah! mcm dah lama hidup pulak kan...)..sy dok menggodek application foto funia...n inilah antara hasil2nya...have a look ya! ;-)









Sekarang ni update blog pun via S II...tapi kena sabar sikit la...tak boleh la nak compare dgn komputer...kadang2 guna galaxy tab Baba...Best gak guna tab...besar la sikit dr S II..best utk surf internet..kalau nak call or ada incoming call leceh sikit la...samada kena guna loudspeaker or earphone.

By the way...S II ni special gift from Baba...on November last year...thanks a lot Baba!



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 9, 2012

Bicara lewat malam...


Malam ni kami tinggal berempat jer...Baba ada program di De Rhu Beach Resort. As usual...perasaan takut sentiasa menyelubungi diri saya...n Aufa2 pun takut jg tu...I know...Kashfina jer belum faham lg...bukan tak biasa ditinggalkan...dah 6 tahun macam ni la keadaannya...kadang2 jer kami dapat ikut Baba...ntah bila nak berani pun tak tahulah...

Kandungan sekarang dah menjangkau usia 28 minggu or 7 bulan. Lately..perut ni kerap menegang n mengeras. Normal la kan bila dah jadi fulltime housewife...nak rest macamana la...dengan ada anak yg still need extra attention...that's why kita kena jarakkan kehamilan at least 2 tahun. Dalam kes saya ni...mission failed..that's why tak sempat nak rest dah pregnant semula. Allah is the greatest at all...subhanallah..

Actually dah hampir sebulan saya dok mengangkat berbaldi2 air dari sinki dapur ke bilik air. Nasib baik bilik air dekat dgn dapur. Dalam sehari boleh dikatakan 5++ baldi air saya angkat...fuhhh!!!! dugaan..memang dugaan sangat. Sinki tersumbat la puncanya....ntah bila nak repair tak tahulah....kenalah banyak2 beristighfar untuk menahan sabar...sebab tu la perut ni asyik mengeras jer sekarang ni...emosi pun turun naik...mudah jer nak hot tempered...penatnya takde siapa yg sudi faham...so kenalah faham2 sendiri..tiap2 hari minta Aufa2 urut kaki...heheheee...selalunya upah diorang dgn handphone ni la...suka la diorg dapat main handphone..tak pun minta Aufa2 sapukan lotion or bedak...lagi diorg suka! Takpe....asalkan ada orang tolong urut kaki Mama...thank you Aufa2 darling!



Seronok sangat bila berpeluang membesarkan anak2 dengan kudrat sendiri...

Mata dah makin layu...mau tidur dulu la...Aufa3 pun dah selamat belayar...n now its my turn...

Have a blessed night dear peeps! Sweet dream..sleep tight...

Assalamualaikum...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, February 8, 2012

Kuih keria gula hangus

Hari ni merajinkan diri...buat kuih keria. Sambil buat dok fikir...'jadi ke tidak la kuih keria aku hari ni ek???" Bukan apa...before this dah banyak kali buat kuih keria tapi tak perfect. I mean...tang sira tu asyik la tak menjadi.

For today...inilah hasilnya...


Aduh!!!! frust!!!! once again...tak menjadi lagi nampak gayanya nak menyira kuih keria ni...dah jadi macam kuih keria gula hangus la pulak! Tapi...rasanya still sama..just a bit gummy ..gulanya dah nak hangus.

Nak berguru pada siapa la...rasanya kena tengok orang lain buat dulu kot...barulah saya faham konsep nak sira kuih keria. Kena balik kampung ni...tengok mak buat...

Errmmm...tak menjadi pun...habis juga kuih keria gula hangus ni... :-*

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, February 6, 2012

Terbuku di hati...

Ingin meluahkan sesuatu....tapi tak tahu pada siapa harus diluahkan rasa hati ini. Pada Allah Taala...of course...setiap saat setiap detik...setiapkali hati ini sudah tidak terbendung lg rasa sakit...hanya pada Dia tempat saya mengadu. Saya ingin meluahkan pada yang hampir dengan saya...sesiapa sajalah...namun alangkah sukarnya untuk meluahkan...jadi saya berkira2 mahu meluahkannya di sini...di blog ini...

Bila saya meluahkannya di sini...bermakna saya sudah tidak larat untuk menanggungnya seorang...maafkan saya kepada individu2 yg mungkin terasa dirinya termasuk dalam hal ini. I have to... :(

Apa yg saya alami ini bukanlah berpunca dari diri sendiri. Bukan juga masalah yg dibuat2 atau direka2. Ianya berpunca daripada individu2 yg boleh saya anggapkan sebagai....SELFISH! So sorry for saying this. Apa yg dimaksudkan dengan selfish? Petingkan diri sendiri, tak hirau tentang hati dan perasaan orang lain, yg dia tahu...asalkan matlamat hidup dia tercapai...kehendak diri dia terlaksana...tanpa memikirkan tentang orang lain...dan tanpa menghiraukan hati dan perasaan orang lain.

Bukan sekali, dua kali atau tiga kali saya berhadapan dengan situasi begini. DAH BANYAK KALI! Sehinggakan saya rasa marah pd diri sendiri "kenapalah aku ni bodoh sangat sampai boleh bertahan lagi untuk kesekian kalinya??????". Seriously....ianya telah memberi impak yg besar dalam diri saya.Impak negatif pulak tu..dan akhirnya membawa kepada konflik diri. Sungguh!!! I can't stand it anymore...I feel like I wanna surrender...I wanna let go everything...I'm hopeless!

Seringkali saya yg dipersalahkan...kerana gagal mengawal emosi...terlalu mempertahankan ego dalam diri...menganggap diri terlalu sempurna dan mulia sehinggakan hanya kesalahan orang lain sahaja yg bermain di mata dan minda. Itulah yg kerap diulang2 kepada saya...Allahu Rabbi...hanya Dia Yang Maha Mengetahui betapa hancurnya hati saya bila dilabelkan sedemikian rupa.

Adakah saya yang bersalah kerana gagal mengawal emosi terhadap perkara yg diperlakukan berulang2 kali kepada saya? Masalah yg berlaku mengganggu perjalanan hidup saya...haruskah saya biarkan ia melingkari hidup saya sehingga memusnahkan masa depan saya? Kalaulah perkara itu hanya berlaku sekali...insha Allah saya berani jamin  rasional saya yg akan menguasai diri...sungguh! Tanyalah siapa yg mengenali saya...pasti mereka pun kan memberi jaminan yg sama. Disebabkan ianya telah berulang2 kali berlaku...membuatkan saya jadi memberontak..emosi saya melebihi rasional...namun syukur sangat kepada Yang Esa kerana masih lagi mengurniakan saya kelebihan akal untuk mempertimbangkan segala2nya. Terima kasih Ya Allah...

Salahkah saya mempertahankan sedikit ego yg ada dalam diri saya demi memartabatkan lagi maruah diri saya sebagai insan yang juga layak untuk dihargai...salahkah? Saya adalah manusia biasa...punya maruah diri...punya hak untuk dihargai...punya hak untuk membela diri. Bodohlah saya jika terus menerus membiarkan diri diperlakukan sesuka hati. Bila saya sedang marah...memang saya akan mengambil langkah berdiam diri...namun itu juga disalah ertikan oleh individu2 yang selfish ini. Individu2 ini menuduh saya sebagai ego, tidak mahu meminta maaf. Pernahkah individu2 ini terfikir..siapakah yang mencipta masalah sehingga saya bersikap begini? Tolong jangan menuding jari pada orang lain jika diri sendiri yang memulakannya! Saya juga tak selesa berkeadaan begini..kerana itu bukannya sikap saya...but I have to defend myself. Bila saya yg meminta maaf...individu2 ini tak akan sedar..malah menganggap apa yg telah dilakukan itu betul...sedangkan...hmmm...lalu akan berlaku lagilah masalah ini...

Bila dah jadi macam ni...individu2 ini menganggap saya merasakan diri terlalu sempurna dan mulia. Tidakkah individu2 ini terfikir bahawa dengan melabelkan saya seperti itu sedikit sebanyak telah menampakkan kelemahan diri indidvidu2 ini. Bila saya cuba menyingkap kesalahan2 yg telah dilakukan...dengan harapan individu2 ini akan sedar dan berubah, bila saya mengambil langkah mempertahankan ego...dengan harapan individu2 tidak tegar mempergunakan saya...individu2 ini beranggapan saya telah menganggap diri saya sebagai seorang yang sempurna dan mulia. Saya akui kesilapan saya...dan saya tak pernah menganggap diri terlalu sempurna dan mulia. Saya jadi begini pun...siapa yg memulakannya dulu? Siapa yg telah mengguris hati dan perasaan saya?  Siapa yang telah merampas ketenangan yg pernah menjadi milik saya? SIAPA???? Ya..saya juga ada kesilapan saya sendiri. Saya silap kerana masih terus bertahan dengan individu2 ini. Entahlah...

Hanya doa yang mampu saya panjatkan kepada Yang Esa...semoga masalah ini bertemu noktahnya. Semoga saya dapat mengembalikan ketenangan diri saya. Semoga individu2 ini sedar kesilapan2 yg telah dilakukan terhadap saya dan mungkin orang lain. Semoga individu2 ini positif untuk berubah. Usah terus-menerus mencipta masalah demi masalah hingga mengganggu kehidupan dan ketenangan orang lain. Sesungguhnya doa orang yg dizalimi itu mustajab...renung2kanlah. Apa lagi yg kita ingin dambakan di dunia ini..jika hasil tuaiannya sedikitpun tidak menjamin keselesaan kita di akhirat kelak.

Baru lepas baca artikel Bilakah doaku akan dimakbulkan di laman ilmu favorite saya, http://www.iluvislam.com/. Doa memang menjadi senjata ampuh bagi setiap insan tak kira apa jua agama yg dianuti. Bagi kita yg beragama Islam, doa merupakan penghubung yg paling utuh antara kita sebagai hamba dengan Allah Yang Maha Esa sebagai yang memakbulkan doa kita itu. Semogaa saya, individu2 itu dan kalian memperoleh hidayah dan inayah dari Ilahi..ameen. Ingtlah...dunia umpama ladang, tempat kita menyemai benih dan menabur baja...smoga hasil tuaiannya mencukupi untuk kita tegap berdiri di padang mahsyar nanti. Insha Allah...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, February 4, 2012

Itu ini begitu begini

ECZEMA?


Mula2 tumbuh kat pipi kiri jer...
Tak lama lepas tu...naik pulak ke pipi kanan...
 Time tu Kashfina nampak sangat comot
Kesiannya laaa
Time tu just sapukan minyak kelapa dara
Tapi still tak ok

Sampailah ada satu hari tu..
Kami jalan2 di Alamanda Putrajaya
Terjumpa dengan cream ni


Dah lama tahu pasal cream ni
Tapi bila dah ada depan mata
Tergerak hati nak try
Mana la tahu Kashfina pipi Kashfina akan ok nanti



Alhamdulillah
Lepas beberapa kali sy sapukan cream buds di pipi Kashfina
Makin lama makin hilang ruam merah  tu
Dan sekarang pipi Kashfina kembali licin n gebu
Syukur sangat
N cream buds tu sy bagi Auni (anak  kakak) guna
Kesian dia


LIGAMEN KOYAK
(16/12/2011)

Baba ada show silat time tu di Pasir Gudang
Sempena Festkum (Festival MAKUM)
Tengah syok2 bersilat
Sampai terjatuh dari stage
Lutut terhentak di lantai
Mula2 Baba ingatkan takde apa2
Esoknya boleh drive lagi dari Pasir Gudang ke Melaka
Sampai jer rumah terus collapse
Esoknya saya ajak dia buat x-ray
Kami terus refer ke orthopedic doctor at Hospital Pantai for advise
Bila doktor check...katanya no need for x-ray
Becoz problem hanya pada ligament
Ligament lutut kanan Baba koyak!






kesian Baba...bertongkat dah...
 Doktor bagitau...it will take times to recover
Maybe dalam sebulan...or 2 bulan...or even a year
Untuk pulihkan ligament yang dah terkoyak tu


Sekarang...dah sebulaan lebih
Baba still tak boleh nak lipat kaki kanan
Solat pun duduk atas kerusi
Rasanya macam nak kena buat MRI scan la
Takut ada problem lain yang kita tak tahu
Sebab tak nampak kan...
Hmmm


FIRST TIME KE SALOON
(18/12/2011)

Saja nak ubah selera
Asyik potong sendiri jer kan
At first diorang takut sebenarnya
Especially Aufa Irdina
Takut auntie tu terpotong telinga ke.....?
;p
Aufa Qistina steady jer..
Dia pulak yg lebih berani compared to her sister
So, dia dulu yg potong rambut



Baba tak bagi Adik potong rambut sebenarnya...
Becoz rambut Adik agak cantik la juga
Kalau dibiarkan panjang lagi cantik, katanya...
Tapi
Kakak & Adik mesti nak sama-sama
Ikutkan aje la...
Lagipun diorang kan nak sekolah dah..
Senang sikit nak urus kalau rambut pendek


After that turn Aufa Irdina pulak
Takde la takut2 lagi
Bila dia tengok Adik tak kena potong telinga kot!
Kikikiki...sorry Aufa...just joking!
;p


rambut Aufa tebal sikit n more curly
Ok, dah siap potong rambut
 Tadaaaaa

tak berkenan dengan rambut depan Adik ni...pendek sgt Auntie tu potong...but she still look cute & sweet...bak kata Makanjang dia..."Adik potong rambut macam ni memang nampak sgt mcm princess"...haaa ye la tu... ;p
Aufa new look...auntie tu kata rambut Aufa cantik..macam Barbie doll bila potong layer...suka la dia!

Terima Kasih Ummi bawa kami pergi saloon


DAGU TERBELAH!
(18/12/2011)

Alkisahnya
Niat baik...nak panggil Abang Ariff Fahmi masuk rumah
Sebab dah maghrib
Tapi malang tak berbau...
N biasalah...maghrib2 ni kan syaitan banyak berkeliaran
(Bila2 waktu pun memang berkeliaran ajer makhluk Allah ni)

"Adik nak pergi panggil Abg...dah Maghrib...mana boleh main kat luar lagi"

Time tu saya tengah makan tomyam
Melompat dari kerusi bila tengok dia masuk rumah dengan darah mengalir....banyak pulak tu!
Cemas seyyy!!!
Panic pun iye jugak!
Nasib baik ada Ummi (kakak sy yg Aufa3 panggil Ummi...ummi abg Ariff)
Ummi yg tolong bersihkan darah
Mula2 tu sapukan minyak gamat untuk berhentikan aliran darah dr keluar


Ummi kata dagu Adik terbelah
Aduhai...dah la Baba takde time tu
Baba pegi cari guard untuk lutut dia
So, terus minta Baba belikan plaster
Sebelum bawa dia ke klinik

Hari Ahad pulak time tu
Hampir semua klinik tutup
Nasib baik la adaa satu jer klinik yg buka di Pekan Masjid Tanah
Polikilinik Masjid Tanah
Kami tak pernah lagi pergi situ
Emergency punya pasal...redah jer la

Mula2 doktor kata kena jahit
Tapi takut Adik tak tahan sakit pulak karang...
So doktor just plaster jer
tengok dalam tempoh tiga hari
Kalau tak bercantum baru fikir alternatif lain

Berjanggut la Adik...
Dah la plaster tu tak boleh kena air
Nak gosokkan gigi dia pun kena hati2

the next day...baru bangun tidur...belum tercabut lagi plaster tu

menjelang waktu petang...plaster ni dah tercabut! Adoi la Adik...lasak betul! Tak padan yg kecik pun...

Disebabkan Adik ni lasak
Sy juzt pakaikan hansaplast yg jenis transparent tu ajer
Sakit...sakit juga...kecaantikaan harus maintain!
Hahahaha..tak boleh blah
Tak bawa pun dia ke klinik semula
SEbab dalam tempoh 3 hari luka dah bercantum
So..takde problem la kot
Alhaamdulillah sekarang just tinggal parut jer

lihat daguku...ada parut kan! huahuahua

KOLEKSI BARBIE/PRINCESS AUFAs


Sepanjang bulan November-Disember 2011
Inilah dia koleksi Aufas

From France...Snow White & Aurora Baba beli...Corrine & Pony org France bagi

Barbie..Cinderella..Barbie..Barbie...dan baby Barbie

Beg Barbie...katanya nak pergi airport! ;p, laptop Barbie...baru beli dah hang! ada org pijak...sapalah yg pijak tu kan...aduiii 100++ Baba beli tu...boleh guna adapter tp bei belum carri lg...next tea set princess...mini laptop & telephone tu Kashfina punya...

Kalau di totalkan semua koleksi2 Aufa ni
Errmmmmmmmmmmmm
Boleh cecah ribuan ringgit!
Dah sekolah ni
Stop la beli benda2 ni semua
Dah takde budget untuk itu...
Sorry yea sayang2ku 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, February 2, 2012

Caring&Concern

9 hari lagi

Genap setahun usia anugerah cinta kami yang ketiga

Aufa Kashfina bt Mohd Zaki


Alhamdulillah

Setakat hari ni sangat mudah menguruskan dia

(Tu yang dia boleh dapat adik tu...dah senang sgt nak jaga! Hehehehehehe)

Dah pandai jalan dah...since usia dia 10 bulan lg

Happy betul dia dapat explore merata tempat tanpa perlu merangkak

Dapat join kakak2 main di luar rumah

Semua orang penat bila Kashfina dah jalan...penat nak control dia...


Makan pun ok...tak memilih...semua pun dia makan

Spirulina dikunyah gitu jer...tak macam kakak2 dia... ;p

Berapa KG la Kashfina ni agaknya kan...

Tapi badan dia nampak susut sikit

Tak dobot macam dulu

Maybe sebab dia dah jalan..kena la ringan sikit nak balancing! ;p

Dalam gambar ni Kashfina nampak dobot pulak! bulat2 semuanya! ;p

Kesian Kashfina...dia alah pd protien susu lembu

So sekarang ni dia minum soy based milk, Isomil lactose free

Satu tin 900gram boleh tahan seminggu jer

Harga setin Isomil RM66...hmmmmm

Lepas Kashfina stop bf...sy bagi dia Anmum

Badan naik ruam, cirit-birit selama hampir sebulan

Bila try bagi Isomil...ada perubahan la sikit

Tp sy risau...soy based milk kurang sikit kalsium berbanding susu lembu
(menurut pembacaan sy dalam beberapa artikel)

Try bagi Similac..susu yg kakak2 dia minum masa kecik2 dulu

Pun tak boleh juga...

So sampai sekarang dia minum Isomil lactose free

Umur setahun nanti tak tau la nak bagi dia minum susu apa pulak

Any suggestion?



Kashfina tak boleh kena marah

Yelah...kadang2 tu  bila dah naik temperature ni memang kena juga Kashfina ni bila dia buat perangai

Tapi..............

Body jer gagah...hati taklah segagah mana pun!

Baru 'haippp' sikit dah mencebik...terus bergenang air mata

Kalau kena 'pekk' kat peha yg gebu tu...menangis teresak2 macam kena teruk sangat!

Kita pulak yg takut tengok dia nangis macam tu...

Kashfina...Kashfina....Kashfina...

Manja sangat dia...dengan Mama...Baba...n dengan kakak2 dia

Alhamdulillah...kakak2 Aufa pun pandai memanjakan Kashfina

Sejuk hati Mama tengok anak2 Mama yg caring&concern


Orait!

Cer tengok gambar2 ni pulak





Kashfina pun dah ada ciri2 kakak yg caring&concern

Dia lebih berminat dengan baby doll...berbanding barbie doll

Bagus la tu...taklah 'kopak' nanti... ;p

Bukannya murah barbie doll tu....hmmm

Well done Kashfina! 

Practise makes perfect!

Ada la yg boleh tolong Mama nanti...time kakak2 pergi sekolah

Moga terus membesar menjadi yang terbaik

Dunia akhirat...ameen

caring&concern

bersama barbie & princess
bersama maksu & arissa
WE LOVE YOU SO MUCH!

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, January 29, 2012

CNY 2012 : I-CITY Shah Alam

Satu lagi tempat yg tak plan pun nak pergi sempena cuti CNY 2012. Actually sepanjang hari tu sy collapse...terbaring jer atas katil. Tak tau la kenapa...rasa pening ada...mual ada...sepatutnya kami balik Kuantan dah hari tu. Disebabkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan..Baba terpaksa ambil cuti. Bila tiba waktu malam...masing2 dah resah gelisah. Dan dengan tak semena2...atas suggestion adik ipar...kami pun bersetuju nak pergi ke I-City...dalam keadaan sy yg taak sihat tu...can you imagine? Bak kata adik saya.."Kak Ijan kena berjalan..baru la sihat"...ooooo macam tu ek???? ;p

So, around 9.30 pm..sewaktu orang lain sedang bersiap sedia nak landing atas tilam..kami bersiap2 nak ke I-City. Time tu..berbelah bagi sebenarnya bila memikirkan kesihatan yg agak terganggu...at the same time mengenangkan Aufa2 yg selalu teringin nak pergi ke tempat yg ada snow a.k.a salji. Nak bawa diorang holiday ke tempat2 yg ada salji..of course la over the sea tempat2 macam tu...bajet lari....n kalau tak pergi this time.mana la tau snow world di I-City tu dah ditutup...kan kempunan namanya...so redah jelah!

Kami sampai di I-City around 11 pm...masha Allah...ramainya ummat Muhammad yg belum tidur rupa2nya. Kami menuju ke snow world dulu...unfortunately Kashfina tak boleh masuk sebab tak cukup umur...takpelah...dia pun tengah tidur time tu...sy pulak tengah ting tong lg...plus kaki kiri sakit akibat kejang...sy stay kat luar jer la...harga tiket untuk 3 orang RM65...RM25 untuk dewasa..RM20 untuk kanak2.

"waaa...ada fairy's wheel...nak naik! nak naik!"...macam la dapat naik..hehe..mama tgh pening ni...

cantik...

ramai kan pengunjung even dah tengah malam...memasing jadi pungguk! ;p

pose dulu sebelum masuk snow world
lena Kashfina tidur...

while waiting...snap gambar sendiri...heee

Seterusnya..jom layan gambar2 yg lain...semasa Baba n Aufa2 berada dalam snow world...Baba kata sejukkk sgt macam kat Belgium..ye la..orang pernah pergi obersee kan...

sejukkkk


Adik suka sgt pose mcm tu...

comelnya la dia!

Aufa tak tahan sejuk!

Time ni Aufa pakai diaper..hehe...

tak mampu berposing sakan dalam ni ei...

Adik memang berani! selamba jer pegang ais tu...

Aufa snap gambar ni...tak menjadi pulak sebab kejap2 orang lalu..mengganggu betul

Mama & anugerah cinta terindah

Seterusnya moh layan gambar lg....

Aufa Irdina yg semakin membesar sebagai juara...

tak boleh duduk kat situ sebenarnya..tp dah Adik nak duduk sgt...bagikan aje...kikiki

pegang apa tu???


eeee geram tengok budak ni!!!!


berposing sakan masing2



Lepas ke snow world...turun ke bahagian mainan pulak...nak naik train...



Kat situ ada jual makanan...kami pun beli la apa yg berkenan...nak gelak pun ada bila beli keropok lekor 3 keping RM1...mak aihhh!!! betul2 nak untung peniaga ni...geleng kepala...baru2 ni di pasar Jaya Gading, Kuantan...keropok lekor seringgit dapat 9 keping. Sy tanya.."kenapa tak genapkan 10?"...senyum aje peniaga tu...macam2...

Next, kami pergi ke bahagian pokok2 lampu..hehehe..tak tau nak panggil apa. Letihnya berjalan...dah la tak makan dari pagi.

kami park kat sini...duduk sambil makan keropok lekor & jagung 

syukur sgt...Kashfina sgt behave..sepanjang kami bawa dia berjalan2 tak pernah lg dia meragam..even mengantuk pun takde nak mengamuk or meragam...thank you sayang...

bersama balloon angry bird

Add caption

time snap gambar ni..sy kena cubit dgn Aufa2...punya la diorg tak bagi kami bergambar berdua...aiyooo

Actually kami tak habis berjalan dalam I-City tu...gara2 sy dah tak larat sgt! Next time boleh pergi lg...

Sekian saja laporan bergambar dari I-City Shah Alam...tepat jam 12.30 malam kami pun pulang....masing2 dah kepenatan....

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...