Insha Allah malam nie kami akan bergerak balik ke kampung halaman suami di Gurun, Kedah Darul Aman. Cadangnya nak gerak sebelum berbuka puasa, tp memandangkan tol percuma di LPT hanya akan bermula pada jam 9 malam ini dan berakhir pada jam 6 pagi esok, so kami pun ubahlah rancangan. Bila lagi nak merasa tol percuma kan.....hehehe.
Persiapan untuk menyambut raya amatlah sederhana. Bukan apa...taknak membazir n kalau boleh ingin berjimat cermat. Baju raya tahun lepas masih elok dan masih suite lg dengan kami...so kami decide untuk me-recycle baju raya tersebut untuk dipakai di pagi Syawal nanti. Lagipun..tahun lepas kami beraya di Melaka...jadi baju2 tu belum 'basi' lagi la di Kedah! Heee. Lagi pulak baru sekali jer kami pakai baju2 tu..so alangkah ruginya kalau kami beli baju lain. Betul tak??? Cuma kami beli baju2 tambahan untuk puteri2 berdua tu. Itu sahaja..meriah untuk anak2 jer la tahun nie... :)
special gift for you... :)
EID MUBARAK 1431H
Disebabkan sunset, laut n langit sudah sebati dengan diriku..maka wajiblah ada satu kad yg berlatarbelakangkan keindahan ciptaan Yang Maha Esa... :)
Pastinya saya akan riiiiinnnndu bangat! pada keluarga di kampung saya di Melaka. Hanya doa dan ucapan saja yang mampu dikirimkan sebagai pengganti diri...moga Lebaran kali ini memberi seribu sinar kebahagiaan pada keluarga kami...dan kamu juga...Mohon kemaafan seandainya terdapat kesilapan dalam tuturkata mahupun perbuatan.
Ingatlah...Syawal yang datang adalah sebagai janji Allah kepada hamba2nya yang telah berjaya menempuh dugaan dan cabaran sepanjang Ramadhan. Sepertimana firmanNya dalam surah Luqman ayat 8-9 :
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan. Kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Doakan keselamatan perjalanan kami dan juga pengguna2 jalanraya yang lain. Semoga kita semua selamat tiba ke destinasi masing2. Ramadhan masih lagi berbaki 2 hari lagi..masih sempat untuk kita mempertingkatkan amal ibadah, memohon keampunan dan keredhaan Allah Taala dalam meneruskan kehidupan kita di alam fana ini. Slam ukhwah dari saya dan family.... AufaZanKi.... :)
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
selamat hari raya ijan...
semoga selamat sampai ke destinasi...
baju raya ateh thn ni 3 psg...hua hua hua..
sebenarnya bukan baju raya sgt la..baju nk gi sekolah..cuma sempat hantar kat tailor time nk ray ani..belinyer dh berkurun lama..
maaf zahir batin utk kalian berdua..jemput dtg umah raya ni ye..
selamat hari raya maaf zahir dan batin..
smoga kak sihat sslu heee
Post a Comment