AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, September 24, 2010

~*keliru : 20 atau 24??*~

Last Monday sy pegi Klinik al-Farabi di Jaya Gading untuk monthly check up (minggu ke-23). Klinik nie waktu malam pun still ramai orang...jenuh juga la nak tunggu turn. Kadang2 kesian dengan Aufa2...gelisah jer sebab tunggu lama sgt..suruh tunggu dalam kereta tak nak pulak tu...katanya nak tengok baby. 


GLUKOS lagi...
Alhamdulillah darah ok..berat pun naik sekilo...jer...yea la last month dah turun 2kg kan. Protein dalam urine ok...yang tak ok...ada glucose lg dalam urine...sama mcm last month. Berdebarnya hati masa tu...doktor nak confirmkan lg then check darah pulak. Resultnya 6.6. Normal...tp doktor  minta sy buat ujian MGTT...kena minum air gula...oh tidakkkk!!!! Memandangkan suamiku teramat busy minggu nie..makanya ujian MGTT dipostpone ke minggu hadapan. Doktor pun tak kisah sebab result darah normal. Harap2 janganlah sy muntah bila minum air glukos tu...isshhh


EDD berubah...
Tiba masa untuk scan baby. Yang excited nak tengok baby...siapa lg kalau bukan Aufa2. Siap tarik tangan baba diorang lg...sebok sgt! Hehehe. Ini pun satu masalah jg...EDD berubah sebab saiz baby kecil.

nampak tak? hehehe..sj nak jadikan bahan bukti walaupun x clear...
yg sebelah kanan tu kepala baby... 
yg sebelah kiri tulang peha baby...
tarikh scan: 20/09/2010

Umur baby boleh diketahui melalui scan; dengan mengukur saiz kepala n panjang tulang peha baby. Berdasarkan result scan di atas, saiz kepala baby atau BPD (biparietal diameter) adalah 43.6mm. So umur baby dianggarkan dalam 19 minggu 1 hari. Manakala saiz tulang peha baby atau FL (femur length) adalah 33.2mm. Umur baby dianggarkan dalam 20 minggu 3 hari. 

Berdasarkan kedua2 saiz yg telah diukur, EDD (estimated due date) adalah pada 8 Februari 2011. Alhamdulillah perkembangan baby pada bulan nie positif..cuma yang membimbangkan sy adalah perbezaan EDD. Jika berdasarkan EDD tarikh akhir period adalah pada 16 Januari 2011. Kebiasaannya beza antara kedua2 EDD (scan & period) adalah sekitar1-2 minggu sahaja. Tapi perbezaan EDD period sy n EDD scan menjangkau 3 minggu! Kalaulah sy menghidap diabetes semasa hamil...baby sy mesti besar. Doktor advise...jgn risau apa2 selagi perkembangan baby positif. Tapi sy confuse berapa sebenarnya usia kandungan nie...20 minggu atau 24 minggu? 5 bulan atau 6 bulan? Hari2 sy dok search info...selagi tak dapat jawapan yg betul2 memuaskan hati. Bukan apa..risau jg bila mengenangkan penerangan pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat sepertimana yg pernah sy ceritakan dalam entri ini. Tambahan pula skrg sy sedang mengambil produk Salindah...jika diikutkan sy perlu bertukar kepada botol  kedua (B2) yg diambil ketika kandungan berusia 24 minggu atau 6 bulan.


DETAILED SCAN... 
Sy bercadang ingin membuat detailed scan bagi meleraikan segala kekusutan. Alhamdulillah cadangan sy diterima baik oleh kesayanganku en Siput Sedut (nickname di FB). Insha Allah by next week dia free..boleh a kami pergi jumpa pakar. Kos utk detailed scan agak mahal..harap2 ianya tidak sia2. Jika ada yg masih belum jelas tentang detailed scan, bolehlah refer di portal kehamilan malaysia


DOAKAN SY... 
Of course sy risau selagi kekusutan ini tak terlerai. Setiap saat setiap detik sy berdoa moga segala2nya dalam keadaan baik dan selamat. Kamu jg...tolong doakan sy yea. Terima kasih.... :)
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

3 comments:

desperate mama said...

insyaALLAH, semuanya akan baik baik saja.... yang penting, ijan jgn stress tau.... take care...

desperate mama said...

satu lagi, kalau di wy co, tak sampai rm 220.... cuma seratus lebih je... dengan cd sekali...

AufaZanKi said...

thanx fidza for da support...mmg pan nak pergi klinik dr ko...doakan sy yea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...