AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, October 20, 2010

~*keluhan cik mata*~

dah jam 2 petang
tapi cik mata  sungguh tidak bermaya
seperti mahu berehat sepanjang hari
tanpa sebarang tugas

 haip!!!
mana boleh gitu cik mata
kalau kamu ingin berehat
kena la bertugas dulu
then berehatlah sepuas hati

semuanya kerana
cik mata tak cukup rehat di waktu malam
dah la siang tak rehat langsung
malam pulak jam 12 belum tentu direhatkan
sebab
cik puan mata kena tunggu anak2 dia tidur dulu
then
jam 3-4 pagi cik mata kembali melapur diri
lantaran cik puan mata akan terjaga
setiap kali tibanya waktu ini

haih
kesian cik mata 
kesian juga cik puan mata
apa nak buat
itulah antara ragam2 mengandung
yang harus dilalui

tapi
cik puan mata tak sia2kan peluang
bila cik mata melapur diri
terus cik puan mata bangun
dan mengambil wudhu
nak bagi cik mata segar 
so that cik puan mata boleh solat
solat tahajjud, solat taubat, solat hajat & solat witir
selalu juga cik mata diganggu
oleh makhluk yang sentiasa menggoda
namun
cik puan mata terus memberi semangat
agar cik mata terus berkhidmat
biarpun digoda


selepas cik puan mata solat subuh
cik mata semakin tidak bermaya
berkali2 meminta izin untuk berehat
nasib baik cik puan mata prihatin
maka
berehatlah mereka seawal pagi jam 7 
hingga selewat2nya jam 11 pagi
tapi
cik mata nie
macam tak cukup rehat jer
layu selayunya
cik mata...cik mata...
kesian kamu!




((apa yang aku mengarut nih????))


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...