AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, December 23, 2010

~*Aufa Qistina 3 years*~

comel&cute
 
Happy 3rd birthday to my 2nd lovely princess

AUFA QISTINA BT MOHD ZAKI

Actually birthday Qistina dah berlalu hampir 2 minggu...

12.12.2010

Baru sekarang nak war2kan dalam blog nie...
Maklum sajalah...blog nie kan untuk tatapan Aufa2 bila diorang dah besar nanti...
Lambat pun kena la buat juga...
"Sorry yea Adik atas kelewatan yg tak disengajakan...lately mama selalu tak sihat...luv u!!"

Sambutan birthday Aufa Qistina dibuat di rumah Wan & Tok Aa di Kedah...
Nasib baik time tu baba dah balik...
So takde rasa sedih sgt...(mamanya la yg sedih tu....;p)
Terima kasih pd Wan atas bacaan doa ringkas sebelum upacara memotong kek...
Juga terima kasih pd Tok Aa coz sudi sponsor kek birthday...
So adik tak boleh nak demand nak kek cinderella...hehe...takpe..next year kan ada lagi...Insha Allah kalau panjang umur murah rezeki.... :)

"Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan doa...semoga anak mama & baba sentiasa dalam rahmat, restu & redha Ilahi...semoga puteri mama & baba akan menjadi seorang yang terbaik dunia akhirat...ameen, kami semua sayangkan adik! jangan cengeng ya! :)"

Jom tengok gambar kenangan....

with her sister...watching Elmo's World

Choc Fudge Cake..sposored by her Tok Aa (grandmom)

excited!!!

with her cousin...Ahmad Nabil Helmi

'Shy-shy cat'...hahaha

yummy!!!

wan & tok aa

gumuks!!!! ;D





Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*jamal abdillah vs shahir*~

Dua insan seni

Dulu & Kini

Best!!!!!!

Part 1


Part 2


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, December 17, 2010

~*setia kasih*~



Dengannya...
Aku pernah merasa semua
Yang bernama perasaan
Ya...semuanya
Kasih, sayang, cinta, benci
Rajuk dan juga kecewa

Bersamanya...
Aku telah melalui semua
Yang bernama pengalaman
Ya...semuanya
Pahit dan manis
Suka dan duka

2002 (Kenal)
Baru aku tahu kewujudannya
Pertemuan dua hati yang tidak terduga

2003 (Cinta)
Semakin aku kenal siapa dirinya
Sama-sama membina keserasian

2004 (Tunang)
Semakin aku mengerti akan cintanya
Biarpun jalanannya beronak duri

2005 (Kahwin)
Barulah aku yakin setia kasihnya
Jua yakin itulah jodohnya

2006 ( 1 puteri)
Semakin teguh membina cinta
Atas dasar jujur & setia

2007 (2 puteri)
Semakin bersemi kasih yang terbina
Berkat restu dari Yang Esa

2008
Menongkah hidup bersama
Susah senang membesarkan anugerah cinta

2009
Cekal & tabah mengharung dugaan
Memupuk kesabaran dalam kesatuan cinta

2010
8 tahun berlalu
Makin memahami dan mengenali
Jua makin mengerti isi hati
Namun
Perlukan muhasabah & istiqamah
Agar istana yang terbina
Tetap indah dan bercahaya


***Entri ini adalah bersempena ulangtahun perkahwinan kami yang kelima pd 9 Disember 2010 yg lalu. Fasa perkahwinan yang memerlukan muhasabah dan istiqamah agar ianya sentiasa dalam berkat & redha Ilahi...moga ikatan ini kekal hingga ke syurga...ameen


For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
BECAUSE YOU LOVED ME


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Thursday, December 16, 2010

~*30-32 minggu*~

Alahaiiii....terpaksa la meng'combo'kan beberapa peristiwa penting dalam satu entri. Semuanya gara2 kesihatan yg sedikit terganggu lately n network coverage yg tak berapa nak ok.

3 minggu di Gurun, Kedah
Kami sefamili berangkat pulang ke Gurun, Kedah (rumah mertua) pd 28/11/2010 (Ahad). Balik dengan tujuan nak berubat n nak bersalin di sini. Maka tinggallah sy di rumah mertua bersama anak2...en suami balik semula ke Kuantan. Masa awal2 balik tu gatal2 sy memang teruk sikit..seluruh badan sakit n sembab/bengkak. Mertua cuba berubat cara kampung...takut ada gangguan makhluk halus. Sy sebenarnya takut nak jumpa bidan/bomoh nie...hehehe...tp kuatkan jg semangat sebab mertua dah ikhtiar. Bila jumpa bidan kampung, bidan tu kata kedudukan peranakan sy tak betul. N gatal2 nie disebabkan mengandung..bukan sebab gangguan makhluk haus. Fuhh lega la jg bila dengar mcm tu. Then bidan tu pegang perut untuk betulkan position baby yg melintang. Walaupun tak sakit tapi ngeri jer rasa...huhu. Bidan tu buatkan air tawar, sirih+pinang untuk dimakan n disapu pada seluruh badan. Errrr....air tawar tu sy tak minum langsung! Sirih+pinang tu sy sapu sekali jer.... Entahlah...sy bukan tak percaya pd rawatan kampung aka bomoh nie..tp sy kurang yakin+takut. Malu jg pd mertua sebab mereka dah ikhtiar...

mcm nie la sembab/bengkak + mengelupas tangan sy nie

nak genggam tangan pun rasa sakit...

tempat yg gatal2 tu jd hitam...mcm nie la jg seluruh badan...hmmm

Disebabkan sy tak yakin dgn ubat2an bidan, mertua bawa sy jumpa O&G specialist di Putra Medical Centre (PMC) di Alor Star. Doctor Anuar Husainy namanya. Doctor kata alahan mengandung...lepas bersalin baru hilang. Hmmmm yolah!!!! dah semua kata gitu...terimalah dgn redha. Dan sabarlah jalan terbaik. Doctor scan baby....position baby dah ok...maybe sebab bidan tu dah pusingkan kot. Berat baby 1.8++kg. Masa nie sy dah 31 minggu. Doctor bagi ubat sapu n ubat makan. Alhamdulillah gatal2 beransur baik walaupun tak sepenuhnya. Tapak tangan yg mengelupas pun kembali pulih...juz gatal2 sj yg belum hilang. Terharu sgt dgn ikhtiar mertua...Gambar2 sy boleh tunjuk yg area tangan jer la yea..tempat lain tu...AURAT! tapi lebih kurang yg macam kat tangan tu. Jadi bertompok2 hitam...harap2nya hilang la lepas bersalin nanti...

12/12/2010 (Ahad)...sy pergi ke Klinik ibu&anak yg berdekatan dgn rumah mertua untuk monthy check up. Pergi sendiri seyyy....en suami still otw dari Kuantan time tu..Bila nurse check position baby...positionnya adalah transverse...melintang lg!!! Aik!!! baby sy nie mmg aktif betul! Tapi takpe..selagi belum sampai 36 minggu baby boleh berubah2 kedudukan. Kalau selepas 36 minggu baby still in transverse position...jawabnya kena c-zer a sy! Hopefully everything will be fine....

Aduh...dah pukul 5:45 petang!!! nampaknya x jadi la nak combo update!!! yg nie jer dah menjela panjangnya!! Hehhehe...lagipun sy belum solat asar lg nie....errrr sambung lain kali lah yer...nak kena edit tajuk entri nie...td sy bubuh tajuk 'combo update'..so kena fikir tajuk lain la pulak...




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, December 7, 2010

~*hilangkan kesakitan dengan ketenangan jiwa*~

Dah seminggu berada di Kedah...hari nie rasa sihat, happy n tenang sgt. Lupa seketika kesakitan yg dialami sehari2. Maybe sebab adanya kakak2 ipar dan anak2 sedara yg sungguh menghiburkan...membuatkan diri ini terasa begitu berharga! Wahhh!!!! macam iklan la pulak! :D

sebahagian daripada family members


en suami, kakteh, kakcik, kak chaq bersama mak abah kedah

Walaupun rasa gatal2, sengal2 badan masih belum hilang (bersalin nanti baru ok)...tapi disebabkan emosi dan jiwa nie tenang dan release....rasa mcm tak sakit jer...sungguh! Maka benarlah apa yg dinasihatkan oleh Abah kedah kpd sy via sms...kata Abah :
"...mak abah tak mahu dalam keadaan Izzan sekarang ni fikiran terganggu, KETENANGAN JIWA SEBAHAGIAN DARIPADA UBAT..."
Masa kami ber sms nie..kami berada dalam satu bumbung jer...hehehe...kesnya sy malu nak nak cakap face to face..so sy juz sms la Abah Kedah. Inilah antara nasihat yg diberikan kpd sy....terima kasih Abah. Terasa sgt bertuah, beruntung n bernasib baik kerana dikurniakan keluarga mertua yg amat prihatin, penyayang dan berhati mulia. SYUKUR ALHAMDULILLAH.....

Actually...sy rindu sangat pd en suami....hari2 yg sy lalui sepanjang berada di Kedah nie banyak bermandikan air mata kerinduan. Itu yg menyebabkan emosi dan jiwa sy sangat terganggu. Baru sy sedar yg sy amat memerlukan en suami dalam keadaan begini. Rasa sakit sgt jiwa nie menanggung rindu. Dan maybe disebabkan emosi yg terganggu itu jg kesihatan sy agak teruk jg. Terpaksa sy akui yg sy memang sukar untuk berjauhan dengan dia...dan disebabkan itu jugalah sy korbankan kerjaya demi untuk dekat dengan dia. Sy tidak sekuat n setabah orang lain kot...yang boleh survive bila berjauhan dengan suami. Emosi sy pasti akan terganggu setiapkali kami berjauhan...n selalunya sy akan jadi cepat merajuk. Kesian jg pd en suami bila sy buat perangai...ermmmm habis tu nak buat macamana....kita sedih tau bila dia takde.....tak sabar nak tunggu kepulangan dia minggu nie...walaupun dia balik bersebab...ada program selama seminggu di UUM...takpelah...janji dia dekat dah dengan sy...... :)



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...