AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, August 1, 2012

Bila mereka berpuasa : 3 hari OFF!


Hari ni 12 Ramadhan 1433H

Rasanya seperti baru belajar puasa pulak

Collapse!

Sahur tadi terjaga pukul 5:20

Aduh! memang tak sempat la nak masak nasi

Patut la ada hint malam tadi...

Aufa Irdina asyik menanya..."Mama..esok Aufa nak makan apa masa sahur? Takkan Aufa nak makan nasi jer...lauk takde ke? Aufa nak makan sardin"

Sudahnya...hanya sempat rebus frankfurter n makan dengan roti

Minum hohoho horlicks!

Kesian Aufa...memang nampak lesu jer dia hari ni

Senyap2 dia seludup frankfurter atas meja

Nasib baik saya perasan!

N nasib baik dia tak sempat makan lagi frankfurter tu!

Kalau dia betu2 tak larat nanti barulah izinkan dia berbuka puasa

Sekarang ni dia boleh bertahan lagi...katanya


terbaring lesu...




Back to the main topic

Alkisahnya 3 hari OFF tu

Aufa Irdina la punya kisah ni....

3 hari berturut2 tak puasa!





Hari Sabtu baru2 ni...kes tak bangun sahur juga la...saya tersedar pukul 5:46...dah azan Subuh dah time tu

Kecewanya rasa...alarm pukul 4:30 tak dengar langsung!

Kadang2 ringtone phone saya ni jadi slow bila Aufa2 dok main game..tu yg tak dengar tu!

Pagi tu..Aufa kata dia pening...cepat2 saya suruh dia makan

So,  selamat la hari Sabtu tak puasa!



Kes hari Ahad...menyeludup minum susu HL!

Hahaa...tak boleh blah Aufa Irdina

Dalam pukul 11-12 pagi...

Time tu saya tengah sibuk ampai baju dekat luar

Bila saya masuk...Aufa macam berlari dari dapur

Saya senyap jer...takde la nak syak apa2

Tak lama kemudian...saya buka peti ais

Saya tengok penutup susu HL tak ditutup dengan betul

Memang sah la ni!

Bila tanya Aufa Irdina...lambat jer dia nak jawab...

"Aufa haus..." dengan muka seposen!

Hangus puasa hari Ahad!



Tazkirah Ramadhan



Hari Isnin pulak...kes terliur tengok Aufa Qistina makan koko krunch

Agaknya dah lama aim...si Adik ni dok makan depan dia

Mana boleh tahan kan...'rapuh'..bak kata Jep Sepah dalam Karoot Komedia X!

Errrmmm patut la tiba2 jer Aufa datang kat saya and said.."Mama...Aufa puasa tau"

Saya...apa lagi kan...tiba2 bertukar jadi investigator!

Haaa ambik! Saya pun tanya Qistina

"Kakak tak puasa...dia minta koko krunch dekat Adik"

Habis! kena la sedas-dua bom leteran daripada Mama dia ni!

Aduhai...betul2 dugaan!









Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...