AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Monday, July 30, 2012

Pakai 'susuk'!

Hiasan kenangan...Aufas bersama Arissa, Haziq, Makanjang, Busu & Maksu



Finally

Tercapai hasrat saya nak pakai 'susuk'

Ala...tak lama pun pakai 'susuk' tu...

Valid 3 tahun jer...

:)




Semalam hari kejadian

Di tempat biasa kami

PRK MUIP

RM 450 harga 'susuk' tu



Meh la saya story serba sedikit yang saya tahu tentang 'susuk' yang saya pakai ni



'Susuk' bernama IMPLANON


Saya minta kat Doctor kotak ni...hehee..saja nak detail yg ada 

Implanon adalah salah satu cara untuk family planning

Keberkesanan Implanon hampir mencecah 100%

Akan tetapi...saya tetap percaya bahawa semuanya adalah ketentuan Ilahi

Kita hanya merancang, berusaha dan berdoa

Selebihnya...saya akur dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya

Semoga Dia merestui niat dan usaha saya ini...aameen


Saya tak pasti samada ramai yang tahu tentang family planning jenis Implant ni

Seingat saya...first time saya tahu tentang wujudnya Implanon masa saya study di UIA dulu

Roomate saya, Syukartinie namanya...ohhh I miss her very much!!

Dia dah kahwin time tu...ada seorang anak lelaki...tahun 2004

So, untuk elakkan daripada mengandung lagi sebelum grad..dia pun pakai Implanon

Seorang lagi member se-UIA saya pun pakai Implanon

Fazila namanya...
 
:)



Implant bentuknya seperti batang lidi yang disuntik di bawah kulit lengan

Ia mengandungi hormon progesteron yang akan dirembes secara berterusan selama 3 tahun untuk menghalang pengeluaran telur dan menghalang sperma daripada memasuki rahim wanita

Bagaimana ianya tertanam di bawah kulit?

Saya tak boleh nak show off kat sini...

Aurat!




Di PRK MUIP hanya ada 2 doktor saja yg expert bab nak pasang Implant

Doktor Razak dan Doktor Kamarizan

Saya consult dengan Doc Razak...bagus betul Doc ni!

Implant dipasang semasa haid hari pertama hingga hari kelima

Tapi...semalam Doc Razak bagitau...Implant boleh dipasang bila-bila masa sahaja dengan syarat tidak mengandung.

Maybe..lebih afdhal pasang masa period kot! 

Memang sah-sah la time tu kita tak pregnant kan!



Sebelum Doc nak start the procedure

Doc check BP...120/80

Ada la juga dia explain tentang Implanon ni

Kena pulak dengan saya yang banyak question mark dalam kepala ni!

Hahaaaa...drag masa sikit!



**ehhh..kalau nak tahu the detail about Implanon..do google ya! Saya malas pulak hari ni...heee



Bila Doc minta saya baring

Aduhhh!!!  Done2 nervous!

Doc Razak pulak jenis yang 'macam cagih'...kata Aufa

Suka mengusik...agaknya taknak bagi saya pressure

Implanon di pasang di lengan kiri bahagian atas yang dekat dengan bahu

Mula-mula Doc bius lengan kiri saya

Sakit la juga bila kena jarum halus tu

After a few minutes later...barulah dimasukkan Implant 

Jarum untuk nak suntik Implant...mak aih! punya la besar!

Doc kata tak payah la tengok jarum tu kalau takut...tapi saya tengok jer 

Bila dah tengok...terus saya panggil Baba!

Takutnya!!!!



Nasib baik la ada bius kan...langsung tak rasa apa-apa time Doc masukkan jarum Implant 

Lega rasanya!

But then..boleh pulak Baba tanya...lepas suntik Implant tu akan rasa sakit susulan tak..

Doc Razak dah ketawa! *ketawa nak mengusik la tu!*

"Takpe...nanti saya bagi ubat tahan sakit...jangan risau"..he said

Aduiii...


Implanon card for reference


Last sekali...Doc Razak kata

"Haaa lupa pulak nak bagitau...kena tunggu 2 minggu barulah Implant ni effective. Jangan pulak ingat dah takde apa-apa...tup2 tengok dah mengandung lagi"


Hahahahahaha...nasib baik Doc bagitau...

Kalau tidak............................................



Sampai hari ni still rasa sengal-sengal lagi lengan saya ni

Lubang jarum implanon tu pun baru jer berhenti darahnya

Lebam la juga tempat tu

Masa suntik tu terkena urat 

Lama-lama hilang la kot kesan lebam tu


Moga dipermudah urusan saya

Aameen






Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

1 comment:

Su said...

Roomate saya, Syukartinie namanya...ohhh I miss her very much!! Dah Balu, puan... Now. Sob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...