AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, October 28, 2009

**LaCinta**


Lautan...adakala pasang menutupi pantai...adakala surut menerjah mentari...adakala tenang membuai rasa...adakala gelora menghempas pantai...


Itulah perumpamaan cinta...pasang surut tenang gelora...Pabila cinta singgah di hati...andai dibiarkan akan menutupi ruang hati...ibarat lautan pasang. Cinta ternoda akan menyebabkan sang pencinta hanyut...ibarat lautan dilanda tsunami...menghanyut dan merosakkan segalanya. 

"Pertama kali di landa perasaan cinta...tahun 1997...juz a memory...no heart feeling...;p Aku tak menganggapnya 'cinta monyet' krn time tu aku dah 17 tahun...da boleh kawin da...haha. Actually aku berazam nak tamatkan zaman menengah tanpa cinta di hati...but Allah is the best Planner of all. Selama setahun menjalinkan cinta...kami hanya berhubung melalui surat n telefon. At last aku minta putus...aku rasa aku tak boleh get along with him anymore. Memang aku dah lukakan hati dia...coz aku pun first love dia gak...susahnya nak develop rasa cinta time tu...memang benarlah cinta aku ketika itu ibarat lautan...mula2 pasang...tenang...akhirnya surut. Dia pun dah bahagia sekarang...alhamdulillah..:) "

Lautan yang tenang bisa bergelora andai dilanda badai... Begitu jua adanya cinta. Adakala cinta mengundang gelora di hati...menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan kewarasan fikiran. Therefore..bercintalah di atas landasan yang ada...landasan apakah??? hmmm fikirkan...everybody knows that..;) Setenang2 manusia boleh berubah disebabkan gelora cinta. Sehinggakan ada yang sanggup terjun ke 'lubang cacing' kerana cinta...;p

" Aku bertemu dgn cinta kedua semasa bekerja sambilan di LHDN Kuala Lumpur...tahun 1999...sambil2 nak tunggu result ipt...hmmm kisah ni aku namakan "BENCINTA". Time keja brother ni dok pandang2 jeling2 kat aku yg control ayu nih..ishhh sampai aku jd benci dgn dia...yelah..kalau dah tiap2 hari mcm tu..sampai susah aku nak fokus pd keja...rasa nak nangis je tau...(itulah aku...sikit2 nak nangis..cengeng!) Tahap kebencian aku pd dia akhirnya bertukar menjadi cinta...ntah mcmane aku pun x pasti...(cover line ok). So jangan benci kat orang...akhirnya kita akan suka pd dia...like me..;) Sepanjang kisah percintaan yg kedua ni...memang tidak dinafikan aku mengharapkan pengakhiran yg baik. "Luckily"...mungkin Allah menyayangi aku...akhirnya hubungan "BENCINTA" ini tamat pada bulan februari 2002...hubungan ini telah dilanda badai yang menyebabkan aku mengambil keputusan utk berundur...semoga dia berubah demi kehidupan yg lebih baik dan diredhai...dan aku juga perlu berubah agar lebih berhati2 dalam mencari cinta yg diredhai (pd ketika itu)"


Apalah gunanya cinta andai tiada nilai setia...sesetia ombak dan pantai. Apalah gunanya cinta andai bergelora sepanjang masa...lautan jua ada tenangnya. Oleh yg demikian...jadilah sang pencinta yang benar2 setia. Sang pencinta yang tetap teguh mempertahankan cinta walau berjuta halangan dan rintangan...sang pencinta yang sentiasa ada bersama di ketika susah dan senang. Lautan tenang...adakala bergelora, lautan pasang...adakala surut. (Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan)

" *Senyum seindah suria yg membawa cahaya...senyumlah dari hati duniamu berseri* tersipu2 gadis itu...malu kononnya bertentang mata dgn si jejaka yg sedang berada di atas stage. Time tu si jejaka jd performer utk satu program. Si gadis kebetulan menjadi committee for that program. * ..nak tanya sket...awak da ada yg punya ker?...*hmmm sy br jer single*...ada org nak kenal dgn awak ni* wah..berterus terangnya gadis itu...! Sape la gadis tu ek....;p maka bermula la episod kenal mengenal antara si jejaka dan si gadis. Bermula pada Mac 2002 mereka menjalin ikatan...menyulam madah...yg penuh bunga2...jiwang karat masing2!! Saling mengenal hati budi...agar tidak lg tersilap pilihan. Si gadis merasakan yg dia dah jumpa mr right...namun dugaan Allah maha hebat. Lautan yg disangka tenang akhirnya mula bergelora. Gelombang yg agak besar hingga menghempas pantai...meluluhkan perasaan si gadis. Namun kali ini si gadis sungguh kuat melawan gelombang dan badai...terus bertahan dalam derita...kerna yakin si jejakalah cinta sejatinya...berkat kesabaran dan kesetiaan maka kedua2 mereka disatukan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2005"

Kisah di atas merupakan kisah benar yg tiada kaitan dgn sesiapa...coz itu kisah antara aku dan suamiku..hehe. Semoga bahagia hingga ke syurga...amiin





 Begitulah cinta yg diibaratkan seperti lautan...tetap ia di situ walau pasang...surut...tenang...gelora. Itu adalah tafsiran cinta bagi aku. Patutlah aku suka laut...ada kaitan rupanya...:)

Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan rasa cinta yg indah ini sementara jantung masih bernadi...Terima kasih Tuhan kerana menemukan aku dgn cinta sejati...Terima kasih Tuhan kerana menyedarkan aku bahawa hanya kepadaMu cinta yg abadi...TERIMA KASIH.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...