Makhluk yang bergelar manusia penuh dengan emosi. Pelbagai emosi yang mewarnai hidup manusia bermula dari saat dilahirkan hingga ke saat dimatikan. Dan emosi ini merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Sang Pencipta, Allah Taala. Bagaimana agaknya rupa manusia andai hanya mempunyai akal namun tiada emosi...begitulah hebat dan sempurna ciptaan Yang Maha Esa...Subhaanallah...
Dan sebenarnya...aku berada dalam situasi emosi yang bercampur baur...atau lebih senang aku ungkapkan sebagai GANGGUAN EMOSI. Adakalanya aku rasa nak marah tanpa sebab yang munasabah...kadang2 rasa nak nangis tanpa sebarang alasan yang konkrit...dan selalu saja nak merajuk tanpa segan silu. ~~Allah...biasa la tu...perempuan kan....dah nak sampai masa 'tu' la agaknya tu...((aku rasa mungkin ini yang sedang berbisik di minda kamu kan...i know...)) *sigh*....actually aku sungguh tidak selesa beremosi seperti ini...aku tidak mahu menjadi orang yang gagal..kerana orang yang cemerlang atau berjaya adalah orang yang berjaya mengawal emosinya sendiri.
Alhamdulillah...setiap kali GANGGUAN EMOSI ini menerjah ruang fikiran dan perasaan...aku sering mengamalkan beberapa cara/tips untuk menenangkan diri sendiri...secara tidak langsung orang2 tersayang pun tidak menjadi mangsa...hehe...
1. Aku akan tarik nafas dalam2....tahan sekejap...then lepaskan....
2. Aku akan beristighfar...kalaupun tidak terlafaz di bibir...aku akan beristighfar dalam hati...sambil buat kerja...
3. Aku berdiam diri...coz kalau banyak bicara kan boleh mengundang kemarahan...
4. Aku bayangkan yang aku berada di tepi pantai...menyaksikan langit merah di saat matahari mahu menenggelamkan dirinya...kemudian kelihatan kapal terbang merintangi lautan...oh alangkah tenangnya hati ini....
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment