Kamu...biasa tengok tak buah yang dalam gambar nie?? Rasanya kaum hawa mmg familiar dgn buah nie...tapi sejujurnya aku mmg tak kenal sgt pun...hehe...
Nama buah nie adalah MANJAKANI. Biasa dengar kan...dan begitu sinonim dengan wanita. Buah manjakani sangat keras dan perlu diasah atau ditumbuk terlebih dahulu sebelum digunakan. Ada juga yang merebus buah ini untuk dijadikan minuman terutamanya bagi wanita dalam pantang. Berdasarkan pembacaan aku, ada yang menggelarkan manjakani sebagai herba cinta.....mungkin kerana kesaktian buah nie dalam menangani masalah dalaman dan luaran wanita...agar tampak hebat di mata suami....hahahaha....[malu...;p]
" Pengalaman aku...masa dalam tempoh berpantang anak yang sulung, mak beria2 mengasah buah manjakani, diambil serbuknya dan dilarutkan dalam air suam. Sebenarnya aku dah pesan awal2 dgn mak yang aku taknak makan or minum apa2 ubat selain pil. Tapi mak tidak mengendahkan amaran manja aku....mak kata..."nak sihat ke tak???!!!"....so aku kena akur juga la...aku cuba minum seteguk...baru nak telan aku dah rasa semacam...apalagi...bersembur keluar air tu...fuhhhh kelat teramat kelat!!! cannot go!!! At last...aku memang tak minum langsung air manjakani tu...dan mak pun dah serik agaknya...bersalin anak yang 2nd mak tak buat dah air manjakani utk aku....hehehe...aku juz bergantung harap pada jamu sendayu tinggi yang kesemuanya berbentuk kapsul...mudah dan berselera untuk aku telan!..."
Hakikatnya, buah manjakani memang mempunyai pelbagai khasiat dan rahsia yang amat sesuai untuk kaum wanita dan juga lelaki. Wanita yang belum berkahwin juga sesuai mencuba khasiat buah manjakani....gunakan tanpa was2!! hehe
Rahsia Manjakani / herba chenta :
- Awet Muda – Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini – Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
- Memulih otot dalaman faraj – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
- Mengecutkan tisu-tisu – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Merawat ulser - air manjakani mampu merawat ulser tahap kronik.
- Baik untuk gigi dan tulang - kalsium yang ada dalam manjakani mampu menguatkan gigi dan tulang
- Menyihatkan mata - Astringen mampu memperbaiki penglihatan.
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
wah... sgt berinformasi...
sharing is caring...:))
Post a Comment