Pada satu malam yang sungguh hening...si panjang sudah menyinggah di angka 11...manakala si pendek semakin menghampiri angka 12.........seorang mak yang kelihatan sungguh layu matanya membebel sendirian di dalam hati,
"Anak2 aku nie tak reti nak tidur ker...aku nak layan sinar nie...macamana aku nak buat ek"
Si kakak dan si adik sedang asyik menonton rancangan 'Venom Er' di Animal Planet...sambil si kakak menutup kedua2 telinganya kerana takut melihat aksi ular yg hendak mematuk tupai. Tiba2 si kakak bersuara,
"Mak...tukar mak...tukar"
Si emak dengan gembiranya terus menekan channel 857...dan cuba mengadu domba dengan si kakak dan si adik,
"Alamak! kenapa TV nie...takde gambar la...macamana nak buat nie...kakak tahu tak?"
Si kakak pun berkata,
" TV dah rosak...kakak tak tahu"
Si emak meneruskan misi mengadu dombanya,
"Adik tahu tak nak buat macamana?"
Si adik yang sebenarnya tak faham dan tak tahu apa2 dengan pelatnya berkata,
"Adik tak tahu..."
Si emak cuba mengawal keadaan yang agak konfius itu dengan berkata,
"Kalau TV dah rosak...tak dapatlah nak tengok cartoon"
Nampaknya...hati emak berbunga2 keriangan kerana dapat melayan Sinar.fm sampai ke pagi. Tiba2 si kakak mencelah,
"Nanti bapak beli bateri. Bateri TV dah rosak. Esok bapak beli bateri baru"
Si emak rasa hendak tersembur gelak bila mendengar kata2 si kakak. Bila masa pulak TV guna bateri....takpe2...layan jer imaginasi dia. Rupa2nya si kakak cuba mencari jalan penyelesaian. Si emak cuba menduga akal si kakak,
"Bateri tu nak letak kat mana yea kakak?"
" Letak kat belakang TV...bateri besar"
Ha ha ha ha.......emak menahan gelak...takut si kakak terasa hati.Akhirnya...mereka sama2 melayan alunan lagu di Sinar.fm.
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
hehehehe... comelnya.... tv pakai bateri... kat mana la nak beli bateri tu ye...
itulah...imaginasi kanak2....hehe
Post a Comment