AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Sunday, February 28, 2010

~*jahil & kejam*~

Sebelum nie..aku akan mengelak untuk membaca mahupun melihat sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan terhadap insan yang masih kecil samada bayi mahupun kanak-kanak. Pun aku tak boleh tengok penderitaan yang dialami oleh mereka akibat penyakit, kesusahan, mangsa peperangan dan sebagainya. Teramat pedih hati nie bila mengetahui kesengsaraan mereka akibat kejahilan dan kekhilafan manusia yang bertopengkan syaitan dan bernafsukan iblis!!!

Actually bila berkumpul dgn adik-beradik...tetiba jer diorg dok bercerita tentang Syafia Humaira, kanak2 berumur 3 tahun mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Argghhhh!!!! kenapa????kenapa????kenapa???? aku terlalu kecewa bila dengar cerita macam nie. Kanak2 yang baru membesar, belum pun mumayyiz, masih perlukan pemerhatian dan pengawasan ibu bapa....disepak, ditendang, diperlakukan seperti bola. Bila aku dengar cerita2 macam nie...hati aku sangat tidak tenteram...pedih dan sedih sangat mengenangkan penderitaan kanak2 yg bernama Syafia Humaira ini. Jika ingin menyelami kisah sebenarnya...sila baca di sini, di sini dan di sini.


Manusia makin hilang keperimanusiaan, makin pudar rasa kasih dan belas sesama insan, makin membenarkan amarah iblis dan syaitan menguasai diri hingga sanggup merampas hak insan lain untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jika di zaman Firaun hanya bayi lelaki yang akan dibunuh kerana bimbangkan kelahiran Nabi Musa yang akan mengganggu-gugat kedudukan Firaun. Jika di zaman jahiliyyah, mereka akan menanam hidup2 bayi perempuan kerana bimbang bayi itu akan mendatangkan aib kepada keluarga. Di zaman ini, bayi akan ditamatkan riwayat hidupnya tanpa mengira jantina kerana malu dengan perbuatan mungkar mereka sendiri. Bayi bukannya ditanam, tetapi dicampakkan ditempat yang kotor seperti tong sampah, lubang tandas  dan di merata2 tempat agar perbuatan mereka tidak dapat dikesan oleh orang lain.

SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM???

SIAPAKAH YANG LEBIH JAHIL???

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

3 comments:

1tomyam said...

jawapan saya....sudah pastinya orang zaman moden yang mengakubijak dan pandai ni yang jahil dan kejam....huhuhu

AufaZanKi said...

sahih!!! kenapa la diorg kejam sgt...org yg dah kahwin berusaha nak dpt anak..diorg senang2 jer nak buang...kejam!!!

suri said...

mrka ni berhati busuk.otak pulak letak kat bawah kaki..

nth apa jenis manusilah mrka ni..

binatang pun pandai sykan anknya..huhu

kesal dgn sungguh dgn isu pmbuagan bayi yg smkin mjdi2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...