Aku rindu kat mak abah....teramat rindu....:((
Pagi tadi aku call mak...bercampur baur perasaan nie...aku tahu mak pun cuba menahan rasa sebak...terdengar ada getar pada suara mak. Aku macam biasalah...cuba nak create happy mood..walaupun....aku pun sedih sgt2 time tu....Alhamdulillah mak abah sihat..tangan mak yg patah tu pun bertambah baik. Yelah kan..kalau tak baik..macam mana mak nak siang ikan..(time aku call mak tengah menyiang ikan..katanya). Abah takde kat rumah...pergi menyabit rumput untuk lembu2 kesayangan abah tu...bulan julai 2010 nie abah sudah menjangkau usia 71 tahun..tapi kudrat abah masih lagi teguh...still nak mengembala lembu. Kesian tengok abah..tapi nak buat macam mana lagi..abah taknak berehat. Mak pulak bakal berusia 68 tahun julai 2010 nie.
Walaupun aku dah berkahwin..tapi tahap manja dan mengada2 aku nie masih tak berubah. Aku still nak kan perhatian mak abah...bila dah lama tak jumpa mak abah automatik aku akan rasa sepi..kosong..sedih....macam yang aku sedang lalui lately. Kalau boleh aku nak tinggal sekali dengan mak abah. Tapi aku harus utamakan suami...coz syurga aku sekarang terletak di bawah telapak kaki suamiku.
Sekadar luahan untuk menghilangkan rasa rindu terhadap mak abah. Kadang2 rindu nak tengok reaksi mak bila diusik/disakat oleh kudik..adik bongsu aku. Dia mmg suka usik mak...n aku happy sgt bila tengok mak happy.
mak & kudik
Mak bahasakan diri dengan gelaran "elah"...nama asal mak Hazizah, tapi orang panggil Leha...jauh betul beza!! Hehe...sampaikan ada anak sedara yang panggil mak..."nenek elah"...Walaupun mak orang pantai..tapi bahasa mak tak seperti orang pantai. Maksud aku...biasanya orang melaka yang tinggal di kawasan pantai..bahasanya agak kasar...kamu sure tahu kan macam mana orang melaka cakap...kasar la sikit berbanding orang negeri lain. Mak tak pernah bercakap kasar...dan melarang keras anak2nya dari bercakap kasar...hatta perkataan bodoh pun tak boleh cakap...nanti kena cili!! Hehe.....how I really miss my mak....
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment