AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, February 9, 2010

~*boboy or gegirl*~

Ini adalah antara hidden agenda aku...sebagai rujukan aku...untuk mempermudahkan urusan aku...dalam mencari maklumat....berkenaan...............nak anak lelaki ke......perempuan lagi??? weeeee~~~~

Semoga info yg aku dapat nie...memberi manfaat buat kamu juga....yg belum kahwin pun boleh belajar....;))

"ALL FOR ONE..ONE FOR ALL"....kamu tau tak tagline sape tu??? Hehehehe....malam tadi aku join Aufa2 tengok movie "Barbie & The Three Musketeers".....nampaknya aku pulak yg lebih concentrate tengok drpd Aufa2........[aku jatuh cinta dgn Barbie....macamana nie...hehehe]

Orait...back to our main topic...hmmm kamu bacalah dgn teliti yea petua2 yg ada tu...n kalau ada addition...share la dgn aku yea.....[kak nita saaaayang semua..].....;p

****************************************************

info : http://alkiram.net/salam/2007/03/20/petua-mendapatkan-anak-lelaki-perempuan/


Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.


Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging

2. Banyakkan makan yg berasid

3. Amalan minuman kurang manis


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama  “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)


Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.


 

Tips ini hanya untuk kaum wanita yang mempunyai kitaran period yang tetap, kalau berubah-ubah tu mungkin susah nak apply. OK tengok calender di atas ni.
OK katakan period isteri tu bermula pada 7hb setiap bulan, dan biasanya haid akan stop selepas 7-8 hari, kebiasaanya lah. Jadi persetubuhan seawal habis period kebarangkalian untuk mendapatkan anak perempuan adalah lebih besar kerana di waktu ini ovum isteri hanya menerima kromosom X, iaitu perempuan. So, ini lah masa yang sesuai untuk mendapatkan anak perempuan,  masa ini juga lah kalau bersetubuh isteri tu shoot , jangan tersasar . Kalau tidak bercita untuk dapatkan anak or anak perempuan shoot to luar ok, nop elaborate lebih-lebih kan….pandai2lahh

OK selepas hari yang ke 15, masuk hari yang ke 16 lakukan hubungan kelamin di waktu ini lebih besar kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki sebab selepas hari ke 16 ovum isteri hanya menerima kromosom Y, iaitu lelaki.

****************************************************************************************
info : http://www.hamidarshat.com/merancang-jantina-informasi-75.html


Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.


Merancang anak perempuan


Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
 
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

      3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam     sebelum persetubuhan dilakukan.

**************************************************************

PESANAN PENAJA :

Kita hanya mampu merancang....kuasa untuk merealisasikan perancangan itu hanya ada pada Yang Esa

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

3 comments:

lizaismail said...

tq for the info... bole cuba nnti... sbb aku nk bb girl lps nih... bile tuh taktau lg la

Musliyana said...

wa..kak ijan..untuk next ke? bile tu?

AufaZanKi said...

liza: ok...try n error...hehe

dyn: akak sj jer letak kat blog...nanti senang nak refer...bila tu...belum tahu lg...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...