AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, September 30, 2010

Tuesday, September 28, 2010

~*perut mengeras di usia 20-24 minggu kehamilan*~

Permasalahan ini sy ambil dari link ini :
A'kum kepada netters semua...

Saya nak mintak pendapat kengkawan yg telah berpengalaman..

Sekarang ni saya sedang mengandung anak ke 4.... dalam kiraan
kandungan sudah berusia 27 minggu..lagi seminggu nak masuk 7 bulan...

Lately saya sering merasa tak selesa...sebab kadang2 perut rasa sangat
tegang...dan keras....sedangkan sewaktu mengandung yang lepas2 saya
cuma merasa simptom ni ketika hendak melahirkan... risau
jugak..walaupun tidak ada pendarahan...

Kadang2 di pejabat...tiba2 perut ni rasa mengeras dan saya rasa
seperti sesak nafas.... tak tau lah kenapa.... Mudah2an tiada apa2...

Wassalam...


w'salam,
Pada saya, lebih baik puan segera ke klinik check. Saya dulu pun pernah terjadi perkara yang sama macam puan. semasa saya mengandungkan anak sulung saya, perut saya mengeras kemudian ok, dalam seminggu. nak tido pun tak selesa. Sebab baru first time pregnant, so saya tak tau..ingatkan biasa sebab tak sakit..just mengeras n tegang. Akhirnya saya lahirkan anak saya tak cukup bulan, 6 bulan lebih. lebih kurang 6 hari saya alami cam tu..tup-tup pagi masa saya terkejut azan subuh, ader bleeding skit n sakit. terus pi hospital n dr seluk, dia cakap anak saya dah di pintu rahim. Dia memang nak keluar so dia tolak pi labour room n sekali teran je baby tu keluar. Tapi masa dr. seluk tu lagi dia dah cakap anak saya tak dapat diselamatkan, kecil lagi. Masa tu saya menangis dan rasa nak tolak balik baby tu ke dalam (masa tu belum bersalin lagi, sblm di tolak ke labour room). Dapatlah saya tengok n dengar suara dia sekejap n terus dihantar ke nursery. Anak saya sempat hidup 1 hari n saya namakan Aisyah Umairah. Sedih jangan cerita coz anak pertama. Tapi saya redha..ketentuan tuhan. Lepas je pantang saya terus mengandung semula dan alhamdulillah sekarang saya dah pun dapat seorang lagi cahaya mata yg comel. Saya namakan dia Aisyah Insyirah berumur 10 bulan. Saya percaya setiap apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah..
Sorrylah ye..terpaksa baca panjang lebar lak citer saya ni..saya harap pun segera dapatkan rawatan..mungkin orang cakap biasa tapi setiap individu tu lain kekuatannya..tak sama.

Inilah yang sy alami sekarang...bila berjalan or berdiri jer mesti perut nie akan start mengeras. Kadang2 time tengah berehat pun jadi jg tu...biasanya perut mengeras nie terjadi bila dah sarat mengandung dalam 7-8 bulan n bila dah hampir2 nak bersalin.

Dugaan yang belum pernah sy alami semasa mengandungkan Aufa2. Puas sy cari info dalam internet..tp semuanya masih tak meleraikan kekusutan selagi belum berjumpa dengan doktor. Takut jg coz sy ada history bersalin anak pramatang...bersalinkan Aufa Qistina...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, September 26, 2010

~*imaginasi Aufa2*~

 
Aufa Irdina binti Mohd Zaki

Sangat suka berimaginasi

Dapat pen, kertas/buku

Terus senyap dan hilang dalam imaginasi

Antara imaginasi2 Aufa Irdina yg menarik perhatian sy.....

Ini pokok

Ini adalah Mak 
Mak saudara Aufa sebelah babanya...

Ini powerpuff girl

Ini budak kecil...
Tak tahu la budak kecil mana yg Aufa maksudkan... ;D

 Ini adalah baba Aufa...En Zaki...
Hahaha...lawak!!!

Ini pula Aufa masa baby...
Jauh betul Aufa dengan katil...terawang2 gitu... ;p

Yang ini gambar adik dia...Aufa Qistina

Ini adalah Ibu...
Mak saudara Aufa sebelah babanya

 sedang khusyuk berimaginasi

 yg ini..hasil pembelajaran Aufa Irdina sendiri
tp urutannya terbalik...hehe...but she improved that...



Errrrrrr

Tapi.....

Ada sorang budak tu kan...

Mana boleh dok tengok jer...

Nak bersaing juga dengan kakaknya...

Siapa lagi...


Kalau bukan si comel n si manja...

Aufa Qistina binti Mohd Zaki

Jom kita saksikan imaginasi si comel ini...

 Ini tangga...hehehe
Yg bawah tu moon...katanya... ;p

Ini adalah nombor satu...

 bersaing secara sihat kan dik...
takpe..mama bagi full support... :)

Yang ini pun tangga jg...
Layan jer la kan... :)


Walau bagaimanapun..

Mereka berdua ibarat isi dan kuku

Bagai aur dengan tebing

Sukar untuk dipisahkan

Ke mana2 pasti ingin berdua




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, September 24, 2010

~*keliru : 20 atau 24??*~

Last Monday sy pegi Klinik al-Farabi di Jaya Gading untuk monthly check up (minggu ke-23). Klinik nie waktu malam pun still ramai orang...jenuh juga la nak tunggu turn. Kadang2 kesian dengan Aufa2...gelisah jer sebab tunggu lama sgt..suruh tunggu dalam kereta tak nak pulak tu...katanya nak tengok baby. 


GLUKOS lagi...
Alhamdulillah darah ok..berat pun naik sekilo...jer...yea la last month dah turun 2kg kan. Protein dalam urine ok...yang tak ok...ada glucose lg dalam urine...sama mcm last month. Berdebarnya hati masa tu...doktor nak confirmkan lg then check darah pulak. Resultnya 6.6. Normal...tp doktor  minta sy buat ujian MGTT...kena minum air gula...oh tidakkkk!!!! Memandangkan suamiku teramat busy minggu nie..makanya ujian MGTT dipostpone ke minggu hadapan. Doktor pun tak kisah sebab result darah normal. Harap2 janganlah sy muntah bila minum air glukos tu...isshhh


EDD berubah...
Tiba masa untuk scan baby. Yang excited nak tengok baby...siapa lg kalau bukan Aufa2. Siap tarik tangan baba diorang lg...sebok sgt! Hehehe. Ini pun satu masalah jg...EDD berubah sebab saiz baby kecil.

nampak tak? hehehe..sj nak jadikan bahan bukti walaupun x clear...
yg sebelah kanan tu kepala baby... 
yg sebelah kiri tulang peha baby...
tarikh scan: 20/09/2010

Umur baby boleh diketahui melalui scan; dengan mengukur saiz kepala n panjang tulang peha baby. Berdasarkan result scan di atas, saiz kepala baby atau BPD (biparietal diameter) adalah 43.6mm. So umur baby dianggarkan dalam 19 minggu 1 hari. Manakala saiz tulang peha baby atau FL (femur length) adalah 33.2mm. Umur baby dianggarkan dalam 20 minggu 3 hari. 

Berdasarkan kedua2 saiz yg telah diukur, EDD (estimated due date) adalah pada 8 Februari 2011. Alhamdulillah perkembangan baby pada bulan nie positif..cuma yang membimbangkan sy adalah perbezaan EDD. Jika berdasarkan EDD tarikh akhir period adalah pada 16 Januari 2011. Kebiasaannya beza antara kedua2 EDD (scan & period) adalah sekitar1-2 minggu sahaja. Tapi perbezaan EDD period sy n EDD scan menjangkau 3 minggu! Kalaulah sy menghidap diabetes semasa hamil...baby sy mesti besar. Doktor advise...jgn risau apa2 selagi perkembangan baby positif. Tapi sy confuse berapa sebenarnya usia kandungan nie...20 minggu atau 24 minggu? 5 bulan atau 6 bulan? Hari2 sy dok search info...selagi tak dapat jawapan yg betul2 memuaskan hati. Bukan apa..risau jg bila mengenangkan penerangan pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat sepertimana yg pernah sy ceritakan dalam entri ini. Tambahan pula skrg sy sedang mengambil produk Salindah...jika diikutkan sy perlu bertukar kepada botol  kedua (B2) yg diambil ketika kandungan berusia 24 minggu atau 6 bulan.


DETAILED SCAN... 
Sy bercadang ingin membuat detailed scan bagi meleraikan segala kekusutan. Alhamdulillah cadangan sy diterima baik oleh kesayanganku en Siput Sedut (nickname di FB). Insha Allah by next week dia free..boleh a kami pergi jumpa pakar. Kos utk detailed scan agak mahal..harap2 ianya tidak sia2. Jika ada yg masih belum jelas tentang detailed scan, bolehlah refer di portal kehamilan malaysia


DOAKAN SY... 
Of course sy risau selagi kekusutan ini tak terlerai. Setiap saat setiap detik sy berdoa moga segala2nya dalam keadaan baik dan selamat. Kamu jg...tolong doakan sy yea. Terima kasih.... :)
 

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, September 7, 2010

~*Eid Mubarak 1431H*~

Insha Allah malam nie kami akan bergerak balik ke kampung halaman suami di Gurun, Kedah Darul Aman. Cadangnya nak gerak sebelum berbuka puasa, tp memandangkan tol percuma di LPT hanya akan bermula pada jam 9 malam ini dan berakhir pada jam 6 pagi esok, so kami pun ubahlah rancangan. Bila lagi nak merasa tol percuma kan.....hehehe. 

Persiapan untuk menyambut raya amatlah sederhana. Bukan apa...taknak membazir n kalau boleh ingin berjimat cermat. Baju raya tahun lepas masih elok dan masih suite lg dengan kami...so kami decide untuk me-recycle baju raya tersebut untuk dipakai di pagi Syawal nanti. Lagipun..tahun lepas kami beraya di Melaka...jadi baju2 tu belum 'basi' lagi la di Kedah! Heee. Lagi pulak baru sekali jer kami pakai baju2 tu..so alangkah ruginya kalau kami beli baju lain. Betul tak??? Cuma kami beli baju2 tambahan untuk puteri2 berdua tu. Itu sahaja..meriah untuk anak2 jer la tahun nie... :)


special gift for you... :) 
EID MUBARAK 1431H

Disebabkan sunset, laut n langit sudah sebati dengan diriku..maka wajiblah ada satu kad yg berlatarbelakangkan keindahan ciptaan Yang Maha Esa... :)


Pastinya saya akan riiiiinnnndu bangat! pada keluarga di kampung saya di Melaka. Hanya doa dan ucapan saja yang mampu dikirimkan sebagai pengganti diri...moga Lebaran kali ini memberi seribu sinar kebahagiaan pada keluarga kami...dan kamu juga...Mohon kemaafan seandainya terdapat kesilapan dalam tuturkata mahupun perbuatan.

Ingatlah...Syawal yang datang adalah sebagai janji Allah kepada hamba2nya yang telah berjaya menempuh dugaan dan cabaran sepanjang Ramadhan. Sepertimana firmanNya dalam surah Luqman ayat 8-9 :
 " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan. Kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Doakan keselamatan perjalanan kami dan juga pengguna2 jalanraya yang lain. Semoga kita semua selamat tiba ke destinasi masing2. Ramadhan masih lagi berbaki 2 hari lagi..masih sempat untuk kita mempertingkatkan amal ibadah, memohon keampunan dan keredhaan Allah Taala dalam meneruskan kehidupan kita di alam fana ini. Slam ukhwah dari saya dan family.... AufaZanKi.... :)

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, September 5, 2010

~*pelangi petang*~


Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Song by: Sudirman Hj Arshat 


Errmmm dah lama rasanya tak berpeluang untuk menikmati keindahan pelangi, ciptaan terindah Yang Maha Esa sebagai hiasan langit. Masa kecil2 dulu selalu juga dapat tengok pelangi, tapi sekarang macam dah tak terasa kewujudannya...atau saya yang agak 'tertinggal'??? Tak taulah...hurmm

Tapi....petang tadi kami sekeluarga berpeluang menyaksikan keindahan pelangi sewaktu dalam perjalanan menuju ke Kuantan. Subhanallah...cantik sangat! Dan Aufa2 pun akhirnya dapatlah mengenali bagaimana sebenarnya rupa pelangi. Selama nie mereka hanya melihat pelangi dalam TV dan buku saja.

Oh ya!! Dah tau ker macamana pelangi boleh terbentuk?? Okay..jom kita check di Wikipedia...
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.



  

 Dan pelangi pun pergi.......

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...