Hampir seminggu Aufa Irdina dan Aufa Qistina sakit. Sakit yang dimulai dengan demam, tiada selera makan, tumbuh ulcer dalam mulut dan tumbuh bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki. Ingatkan demam biasa...rupa2nya mereka dijangkiti sakit tangan, kaki dan mulut atau Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD).
Bagi sesiapa yang masih blur tentang penyakit ini silalah klik link di atas. Secara ringkasnya, HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang dicetuskan oleh kumpulan virus jenis coxsackie A yang kebiasaannya menyerang kanak-kanak dan bayi. Antara simptom2 jangkitan virus HFMD ini adalah demam, timbul ruam dan lepuh di tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan lampin, tumbuh ulcer di dalam mulut dan sakit tekak. Dalam keadaan ini, kanak-kanak akan menjadi lesu, hilang selera makan dan berasa tidak selesa. Penyakit ini amat mudah berjangkit bagi kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Ianya merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
Begitulah yang disahkan oleh doktor bila mengetahui simptom2 yg dialami oleh Aufa Qistina. Namun ianya masih di peringkat awal jangkitan. Demam yang tidak teruk, timbul bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki...tapi tak banyak, ulcer dalam mulut hingga menyebabkan mereka hilang selera makan. Selama 3 hari hanya bergantung kpd air kosong sahaja...susu pun taknak juga. Betapa risaunya kami melihat keadaan Aufa Qistina...sehingga Baba mereka yg dalam perjalanan pulang ke Kuantan patah balik ke Melaka kerana teramat risau. Disebabkan trauma dengan sakit ulcer...Aufa2 tak bercakap...hanya menggunakan bahasa isyarat saja...nak minta apa2 pun juz tunjuk jer tanpa suara. Macamana la kami tak risau...tapi bila menangis ada pulak suaranya...kuat pulak tu! ;D Alhamdulillah selepas 3 hari barulah dia nak makan...dah terlalu lapar agaknya. Sambil makan dia menangis sebab sakit...aduhai...sayu hati ni...kesian sgt
|
menahan sakit... |
|
|
| |
bila dah tak tahan sakit...meraung la dia...poor of her... |
Aufa Irdina juz tumbuh ulcer dalam mulut. Pasif jer dia...tak menangis bila sakit...diam jer. Kami yg risau bila tengok dia senyap...selalunya dia la yg paling 'becok'...semua benda nak tanya! hehehe...kata Baba... 'time Aufa banyak tanya..mama suruh diam..bila dia tak bercakap risau pulak".... :D Aufa pulak 4 hari taknak makan apa2...dah hampir seminggu baru la dia nak makan...dah lapar sgt agaknya...itupun nak makan bubur nasi dan biskut. Still trauma...kesian anak mama.... :(
|
terbaring lesu... |
|
ceria la bila dah sihat...nampak susut... |
Apa pun..rasa bersyukur sgt bila mereka menunjukkan perkembangan positif. Selagi mereka belum recover selagi itulah hati kami tak tenang. Walaupun HFMD merupakan penyakit berjangkit yg sederhana namun ianya boleh menyebabkan kematian. Setakat ini masih belum ada vaksin utk HFMD. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu.
Sakit itu ujian dariNya...sebagai tanda kasih sayangNya...terima dengan redha...
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
No comments:
Post a Comment