AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, April 17, 2012

Mehnah & Tribulasi

Time-time gini la nak jadi...time dah hampir2 nak bersalin. Time dia adalah aset terpenting...time tu juga la dia nak rosak. Altima oh Altima! Adakah kamu merajuk sebab Aufa2 asyik menyebut-nyebut nak beli kereta baru? Hmmmm...tengah malam tadi jadinya..Baba baru nak balik rumah dari studio...nasib baik berlaku dalam UMP jer...





Patut la malam tadi berderet-deret status update berkaitan dengan sabar dalam ujian dari member2 FB...salah satu petunjuk untuk saya lebih cekal dalam menempuh MEHNAH & TRIBULASI....ceeeewah! saja highlight mehnah & tribulasi tu...popular masa zaman study di UIA dulu..lama dah tak guna frasa tu...

Antara status2 update itu adalah...

Ujian datang untuk mengingatkan... 
Tuhan melontar kita dengan batu-batu kecil (ujian), tetapi sekiranya kita masih alpa, Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu besar. Jangan sampai dilontar dengan batu bata... untuk tersedar dari alpa. Dengarlah bisikan, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan!


Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran. Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?

Terkadang,bila ujian menimpa diri kita,kita cepat mengeluh & mengalah,Kita seolah2 menyalahkan takdir atas ujian yg menimpa..tapi,sedarkan kita..ujian itu hadir untuk menguatkan kita,untuk meningkatkan keimanan kita,untuk menguji ketabahan kita..dan kerana kasihnya Allah pada kita..Sekalipun jiwamu teruk terluka,percayalah,Allah telah pun menitipkan penawar untukmu,kerana dalam setiap derita,pasti ada bahagia..InsyaAllah..

Kenapa perlu berdoa? Sedangkan Allah dah tetapkan semua ketentuan kita beribu-ribu tahun sebelum kita lahir?? kenapa kena doa mintak panjang umur, doa jodoh, doa murah rezeki?
Jawapan: Fahami konsep apa itu "Allah Maha Berkuasa".Contoh situasi, anda seorang chef di restoran. anda dah tetapkan tauhu sumbat yang anda buat akan diletakkan kacang. pastu ada seorang pelanggan datang, dia ada alahan pada kacang. dia mintak jangan letak kacang. anda sebagai chef mempunyai kuasa untuk melayan permintaan itu atau tidak. jika anda tunaikan permintaan pelanggan tu, bahagia dan seronoknya dia. kalau anda x tunaikan permintaan pelanggan tu, mudarat lah dia dan kecewa lah dia.begitu juga dengan doa. Allah dah tetapkan apa ketentuan untuk hidup kita. tapi dengan doa lah, Allah MAHA BERKUASA untuk menukar apa yang telah ditentukan olehNYA sendiri. kerana rintihan hambaNya itu dan pengharapan hambaNya adalah yg Allah mahukan. "Berdoalah kepada ku, nescaya akan aku perkenankan permintaan mu." (Surah Ghaffir, ayat 60)Dan apakah anda pernah terfikir, bahawa bacaan doa anda dan takdir anda berdoa itu pun sudah ditetapkan oleh Allah?

Dan ini adalah luahan hati saya pagi tadi....

Mehnah dan tribulasi silih berganti...moga lebih mendekatkan aku dengan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...moga kasih sayang Dia padaku sentiasa mekar...Alhamdulillah 'ala kulli haal... 


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...