AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, May 31, 2012

Rindu Baba

Dah hampir 4-5 bulan jugak la Baba tak out station. Baru2 ni Baba ada meeting di USM Penang, Baba kena la pergi...Baba tak ikut laluan darat, Baba ikut laluan udara...so takde la penat sangat. Penat menunggu jer kot becoz gap antara 2 flight jauh jg...takde pulak flight yg direct dari Kuantan ke Penang. Kalau ada pun...Firefly...pun ada tapinya...Baba kata juz ada hari Ahad jer.  Then, bagi orang yang 'mabuk' macam Baba..kena la get ready Novomin; sejenis ubat tahan muntah...hehehe...dah selalu naik kapal terbang pun still mabuk lagi...

Alkisahnya, bila Baba nak out station...kami yang tinggal ni mula la buat perangai! heee..anak dengan mama sama jer! ;p Mengada-ngada! Baba pergi 2 hari satu malam jer...itupun rasa macam lama sangat nak menghitung waktu. Jenuh juga nak menjawab soalan Aufa2..."Baba pergi airport ke? Baba balik bila? Isshhh lambatnya Baba nak balik!"...belum lagi Mama yang out station..baru cakap nak kerja pun diorang tak bagi..hehee


Aufa Amnina di usia 33 hari


Video ni dirakam masa Baba takde...




Aufa Qistina ni kan...tak reti nak sebut nama Amnina...hehee...pastu rasa macam lawak pulak bila tengok dia bercakap...lidah pendek ke???? ;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, May 23, 2012

Saya meminta Dia memberi


Subhanallah...indahnya pantai ciptaan Allah kan...gambar diambil sekitar Cherating dan pantai yang berhampiran dengan Teluk Cempedak...tak tahu nama tempatnya...belakang mini zoo Taman Teruntum... :)

**Kata-kata hikmat ini saya ambil dari Facebook :-


Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi :

1 - Saya meminta KEKUATAN
dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT

2 - Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN
dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN

3 - Saya meminta untuk KEMAKMURAN
dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA

4 - Saya meminta KEBERANIAN
dan Allah memberi saya BAHAYA untuk DIATASI

5 - Saya meminta CINTA
dan Allah memberi saya orang-orang BERMASALAH untuk DIBANTU

6 - Saya meminta NIKMAT
dan Allah memberikan saya PELUANG

7 - Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA
tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN



***Semua yang tersebut di atas pernah saya lalui dan hadapi, dan semuanya menjadikan saya lebih bersedia, lebih matang dan lebih menghargai kehidupan yang hanya pinjaman semata-mata. 

***Alhamdulillah 'ala kulli haal...

***Regret is a pain, while Redha is the best cure...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Monday, May 21, 2012

Rinduku berombak tsunami...




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam..Kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta aku

Hujan..Bawa air mataku yang mengalir
Membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti




Tajuk entri saya kali ni...tak boleh blah! Heee saja jer nak buat gempak sekali sekala.... Ada yang terkena tempias ke?

Ombak rindu...lagu yang memberi pelbagai emosi dalam hidup saya pada tahun 2012. Saya sukakan lirik yang penuh kehambaan...menyerahkan segalanya kepada qudrat Yang Esa, namun tetap menjalankan tanggungjawab sebagai hamba...dengan berdoa. Melodinya juga sangat membuai jiwa...memang sesuai sangat la kan...TAPI...terselit juga cerita sedih setiapkali saya mendengar lagu ni...cerita yang akan saya kenang dan ingat sampai bila-bila. Tidak berdendam, redha dengan apa yang telah terjadi, namun takkan pernah melupakannya. Apakah ceritanya...biarlah rahsia..........


Actually, tujuan entri ini adalah semata-mata nak abadikan lagu ombak rindu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Kalau Siti yang nyanyi...tak kira lagu apa pun...'of cozez' saya sukaa sangat! Kebetulan, lagu feveret saya dinyanyikan oleh penyanyi feveret saya...memang kena sangat la kan...

Ombak rindu versi Siti Nurhaliza ft Ramlah Ram :





Tapi...saya lebih sukakan duet Siti & Hafiz...


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, May 15, 2012

Aku yang berdosa





Lagu baru Shahir...lirik bagus...sarat dengan mesej...best lgu ni! My new phone ringtone...heeee

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, May 11, 2012

Aufa Amnina binti Mohd Zaki

Pada hari Rabu bertarikh 25 April 2012 bersamaan dengan 4 Jamaadil Akhir 1433H, pada jam 10:06 malam di Hospital Pakar PRK MUIP Kuantan, Pahang Darul Makmur....telah lahir seorang lagi puteri, anugerah cinta terindah milik Izzan dan Zaki. Maka bertambah juga seorang lagi AUFA dalam family kami. ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH sujud syukur hanya kepadaNya kerana memudahkan segala urusan.

Introducing...4th generation of Aufa...AUFA AMNINA

Sudah berlalu 15 hari...pengalaman bertarung nyawa melahirkan AUFA AMNINA masih berlegar-legar di ruang ingatan. Jiwang la pulak ayat2 saya...hehee. Bermula dengan bloody show yang saya noticed pada petang 25hb. Terus bersiap-siap untuk berangkat dan berangkut ke hospital...nasib baik semua barang dah siap packed. This time rasa macam nak pergi holiday la pulak...becoz siap packed baju Baba n Aufa3...diorang semua bermalam di ward. 

Sampai di hospital around 7 pm...terus jer buat CTG untuk check degupan jantung baby. Then, doktor buat VE (vaginal examination). Errmmm...cervix dah membuka 4cm...so doktor decide untuk pecahkan air ketuban. Fuhhh!!! Saya dah start nervous time tu...perasaan bercampur-baur...mana nak lawan sakit contraction...tapi time tu tak rasa sakit pun...mana nak layan perasaan teringatkan Aufa3 especially Aufa Kashfina yang belum pernah berenggang dengan saya. Berdoa dan terus berdoa moga urusan dipermudahkan dan kalau boleh dipercepatkan. Tak sanggup nak pisah lama2 dengan Aufa3....

Bila doktor pecahkan air ketuban...hanya minimal saja air ketuban yang keluar. Takut baby dah berak kat dalam perut...saya terus dibawa ke labor room. Dalam labor room, doktor try sekali lagi nak keluarkan air ketuban tapi still takde...saya rasa la kan...maybe air ketuban tu dah keluar sikit2 during pregnancy...sebab saya selalu jer rasa macam ada air yang keluar. Bila refer pada doktor...doktor kata ok jer...(based on scan result). Doktor decided untuk mempercepatkan proses bersalin dengan memberi saya ubat Pitocin melalui drip. Maka bermula la episod berperang dengan contraction yang makin lama makin kerap dan makin sakit! At the same time...hati dan fikiran saya sudahpun melayang-layang pergi kepada Aufa3. Perasaan saya masa tu...SAKIT+BERDEBAR-DEBAR+RISAU+RINDU+NAK SEMUANYA SELESAI CEPAT.

Around 9 pm...contraction makin kuat. Mula2 tu saya boleh lagi bertahan dengan membaca al-fatihah, ayat kursi, 3 qul, al-insyirah n beberapa zikir lain. Kebetulan dalam labor room tu pihak hospital ada sediakan surah yaasin...saya baca juga tapi sekerat jer sebab nurse datang nak check BP la, nak pasang drip la..terus saya stop baca yaasin. Hanya satu zikir saja yang betul2 melekat di fikiran saya yang saya ulang2 sampai beribu2 kali pun ada kot...iaitu zikir yang Nabi Muhammad s.a.w ajar kepada puteri Baginda, Saiditina Fatimah r.a untuk meringankan bebannya melakukan kerja-kerja di rumah. Zikir tersebut ialah...



Saya baca zikir ni berulang-ulang kali dengan niat semoga Allah mempermudahkan urusan untuk saya melahirkan baby dan semoga Aufa3 tenang dan tak meragam sementara menunggu saya. Jujurnya...zikir in sangat mujarab. Setiapkali contraction kuat menyerang...saya dapat rasakan ada sedikit kelegaan. Bila nurse masuk dalam labor room, saya mengadu pada nurse yang sakit makin kerap n kuat...nurse pun minta izin untuk buat VE...cervix dah buka 6-7cm. Agak cepat juga bukaan cervix kali ni..mengenangkan rasa sakit contraction..aduhaiiiii seriknya rasa! Rasa macam nak tutup kilang dah! 

9:50 pm...sakit makin kuat n kadang-kadang rasa macam nak meneran jer. Nurse suruh mengucap setiapkali sakit...tapi yang hanya terlafaz di bibir saya adalah zikir Siti Fatimah. Itu jer yang saya ulang. Saya juga bermohon dalam hati moga pernafasan saya tidak terganggu...sebab during pregnancy saya ada masalah untuk bernafas dengan baik. Alhamdulillah...pernafasan saya tak terganggu sepanjang berada di labor room. Tiba-tiba saya rasa sakit n nak meneran...bagtau nurse...n nurse terkejut kepala baby dah nampak! Cemas jg la nurse time tu...sebab tak jangka akan secepat itu bukaan servik saya...Allah mendengar dan memakbulkan doa saya...Terima Kasih Allah...

Akhirnya, setelah hampir 3 jam melawan rasa sakit...dengan izin dan kuasa Dia...saya selamat melahirkan puteri ke-4 pada pukul 10:06 pm. Tak berhenti-henti ucapan tahmid saya ucapkan...syukur sangat2 kerana berjaya melepasi fasa melahirkan. Seterusnya, proses mengeluarkan uri pulak. Doktor kata darah saya keluar banyak...lebih dari biasa. Tak tahu la sebab apa...so saya di observe dulu di labor room.


Hanya mahu dibedung ketika sejuk...tapi sekejap jer...

Baby lahir dengan berat 3.43 kg. Baby ok jer mula2 tu...then bila doktor check...baby macam ada masalah pernafasan...so kena guna headbox oxygen...dalam 5-10 minit juga la. Bila semuanya dah ok..nurse pun dah bersihkan baby barulah Baba datang ke labor room. Bagus betul hospital ni...siap sediakan kurma untuk tahnik baby. Baba iqamatkan baby n bacakan surah al-Ikhlas di telinga baby...then terus saya suruh Baba balik semula ke ward...hahaa...risaukan Aufa3...walaupun Baba kata diorang okay...


tak suka dibedung sebab nak tidur macam gini... ;p


Bila semuanya dah ok...around 12 am...saya dan baby di bawa ke ward. Baba ambil single room...kecil n sempit sikit la...bilik VIP dah penuh katanya. Sampai di ward or bilik...Aufa3 tak tidur lagi rupanya...tengah syok tengok Upin Ipin. Happy nya diorang bila nampak Mama...especially Aufa Kashfina. Sayu pulak hati ni...even tengah lemah...layan juga mereka. Baby ada di nursery...so boleh la saya rest sekejap.

Jam 4:30 am baru nurse hantar Aufa Amnina ke bilik. Dah siap mandi n dah kena first injection...BCG. Aufa3...tak sempat nak tunggu siang...tiga3 bangun excited nak tengok baby...hahaa..tak tidur2 sampai   ke pagi...aduhai...

Tak lama pun stay di hospital...tengahari 26hb kami dah discharge. Memandangkan berpantang sendirian berhad...so Baba kena take over la semua kerja2 yang Mama buat. Itu yg cepat2 nak balik rumah...tapi...belum pun sempat nak berehat di rumah kena admit GH la pulak...cerita yang ini akan disambung ke entri seterusnya. Dah tak larat nak bercerita ni...dari semalam dok mengadap posting ni....hehee

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua teman2 atas ucapan tahniah dan doa kalian di facebook. Saya sangat2 menghargainya...dan segala doa yang baik juga saya hadiahkan untuk kalian...semoga Allah memberkati kehidupan kalian serta sentiasa dalam lindunganNya...aameen aameen aameen...

Kepada teman blogger n FB yang belum pernah bersua muka...Desperate Mama a.k.a Fidza ... thanks a lot sudi datang ke hospital nak ziarah saya...tapi sayangnya saya dah discharge pulak! Takde rezeki nak jumpa...hehee next time Insha Allah... :)

ANUGERAH CINTA TERINDAH ZAKI*IZAN

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...