Pada hari Rabu bertarikh 25 April 2012 bersamaan dengan 4 Jamaadil Akhir 1433H, pada jam 10:06 malam di Hospital Pakar PRK MUIP Kuantan, Pahang Darul Makmur....telah lahir seorang lagi puteri, anugerah cinta terindah milik Izzan dan Zaki. Maka bertambah juga seorang lagi AUFA dalam family kami. ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH sujud syukur hanya kepadaNya kerana memudahkan segala urusan.
Introducing...4th generation of Aufa...AUFA AMNINA |
Sudah berlalu 15 hari...pengalaman bertarung nyawa melahirkan AUFA AMNINA masih berlegar-legar di ruang ingatan. Jiwang la pulak ayat2 saya...hehee. Bermula dengan bloody show yang saya noticed pada petang 25hb. Terus bersiap-siap untuk berangkat dan berangkut ke hospital...nasib baik semua barang dah siap packed. This time rasa macam nak pergi holiday la pulak...becoz siap packed baju Baba n Aufa3...diorang semua bermalam di ward.
Sampai di hospital around 7 pm...terus jer buat CTG untuk check degupan jantung baby. Then, doktor buat VE (vaginal examination). Errmmm...cervix dah membuka 4cm...so doktor decide untuk pecahkan air ketuban. Fuhhh!!! Saya dah start nervous time tu...perasaan bercampur-baur...mana nak lawan sakit contraction...tapi time tu tak rasa sakit pun...mana nak layan perasaan teringatkan Aufa3 especially Aufa Kashfina yang belum pernah berenggang dengan saya. Berdoa dan terus berdoa moga urusan dipermudahkan dan kalau boleh dipercepatkan. Tak sanggup nak pisah lama2 dengan Aufa3....
Bila doktor pecahkan air ketuban...hanya minimal saja air ketuban yang keluar. Takut baby dah berak kat dalam perut...saya terus dibawa ke labor room. Dalam labor room, doktor try sekali lagi nak keluarkan air ketuban tapi still takde...saya rasa la kan...maybe air ketuban tu dah keluar sikit2 during pregnancy...sebab saya selalu jer rasa macam ada air yang keluar. Bila refer pada doktor...doktor kata ok jer...(based on scan result). Doktor decided untuk mempercepatkan proses bersalin dengan memberi saya ubat Pitocin melalui drip. Maka bermula la episod berperang dengan contraction yang makin lama makin kerap dan makin sakit! At the same time...hati dan fikiran saya sudahpun melayang-layang pergi kepada Aufa3. Perasaan saya masa tu...SAKIT+BERDEBAR-DEBAR+RISAU+RINDU+NAK SEMUANYA SELESAI CEPAT.
Around 9 pm...contraction makin kuat. Mula2 tu saya boleh lagi bertahan dengan membaca al-fatihah, ayat kursi, 3 qul, al-insyirah n beberapa zikir lain. Kebetulan dalam labor room tu pihak hospital ada sediakan surah yaasin...saya baca juga tapi sekerat jer sebab nurse datang nak check BP la, nak pasang drip la..terus saya stop baca yaasin. Hanya satu zikir saja yang betul2 melekat di fikiran saya yang saya ulang2 sampai beribu2 kali pun ada kot...iaitu zikir yang Nabi Muhammad s.a.w ajar kepada puteri Baginda, Saiditina Fatimah r.a untuk meringankan bebannya melakukan kerja-kerja di rumah. Zikir tersebut ialah...
Saya baca zikir ni berulang-ulang kali dengan niat semoga Allah mempermudahkan urusan untuk saya melahirkan baby dan semoga Aufa3 tenang dan tak meragam sementara menunggu saya. Jujurnya...zikir in sangat mujarab. Setiapkali contraction kuat menyerang...saya dapat rasakan ada sedikit kelegaan. Bila nurse masuk dalam labor room, saya mengadu pada nurse yang sakit makin kerap n kuat...nurse pun minta izin untuk buat VE...cervix dah buka 6-7cm. Agak cepat juga bukaan cervix kali ni..mengenangkan rasa sakit contraction..aduhaiiiii seriknya rasa! Rasa macam nak tutup kilang dah!
9:50 pm...sakit makin kuat n kadang-kadang rasa macam nak meneran jer. Nurse suruh mengucap setiapkali sakit...tapi yang hanya terlafaz di bibir saya adalah zikir Siti Fatimah. Itu jer yang saya ulang. Saya juga bermohon dalam hati moga pernafasan saya tidak terganggu...sebab during pregnancy saya ada masalah untuk bernafas dengan baik. Alhamdulillah...pernafasan saya tak terganggu sepanjang berada di labor room. Tiba-tiba saya rasa sakit n nak meneran...bagtau nurse...n nurse terkejut kepala baby dah nampak! Cemas jg la nurse time tu...sebab tak jangka akan secepat itu bukaan servik saya...Allah mendengar dan memakbulkan doa saya...Terima Kasih Allah...
Akhirnya, setelah hampir 3 jam melawan rasa sakit...dengan izin dan kuasa Dia...saya selamat melahirkan puteri ke-4 pada pukul 10:06 pm. Tak berhenti-henti ucapan tahmid saya ucapkan...syukur sangat2 kerana berjaya melepasi fasa melahirkan. Seterusnya, proses mengeluarkan uri pulak. Doktor kata darah saya keluar banyak...lebih dari biasa. Tak tahu la sebab apa...so saya di observe dulu di labor room.
Hanya mahu dibedung ketika sejuk...tapi sekejap jer... |
Baby lahir dengan berat 3.43 kg. Baby ok jer mula2 tu...then bila doktor check...baby macam ada masalah pernafasan...so kena guna headbox oxygen...dalam 5-10 minit juga la. Bila semuanya dah ok..nurse pun dah bersihkan baby barulah Baba datang ke labor room. Bagus betul hospital ni...siap sediakan kurma untuk tahnik baby. Baba iqamatkan baby n bacakan surah al-Ikhlas di telinga baby...then terus saya suruh Baba balik semula ke ward...hahaa...risaukan Aufa3...walaupun Baba kata diorang okay...
tak suka dibedung sebab nak tidur macam gini... ;p |
Bila semuanya dah ok...around 12 am...saya dan baby di bawa ke ward. Baba ambil single room...kecil n sempit sikit la...bilik VIP dah penuh katanya. Sampai di ward or bilik...Aufa3 tak tidur lagi rupanya...tengah syok tengok Upin Ipin. Happy nya diorang bila nampak Mama...especially Aufa Kashfina. Sayu pulak hati ni...even tengah lemah...layan juga mereka. Baby ada di nursery...so boleh la saya rest sekejap.
Jam 4:30 am baru nurse hantar Aufa Amnina ke bilik. Dah siap mandi n dah kena first injection...BCG. Aufa3...tak sempat nak tunggu siang...tiga3 bangun excited nak tengok baby...hahaa..tak tidur2 sampai ke pagi...aduhai...
Tak lama pun stay di hospital...tengahari 26hb kami dah discharge. Memandangkan berpantang sendirian berhad...so Baba kena take over la semua kerja2 yang Mama buat. Itu yg cepat2 nak balik rumah...tapi...belum pun sempat nak berehat di rumah kena admit GH la pulak...cerita yang ini akan disambung ke entri seterusnya. Dah tak larat nak bercerita ni...dari semalam dok mengadap posting ni....hehee
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua teman2 atas ucapan tahniah dan doa kalian di facebook. Saya sangat2 menghargainya...dan segala doa yang baik juga saya hadiahkan untuk kalian...semoga Allah memberkati kehidupan kalian serta sentiasa dalam lindunganNya...aameen aameen aameen...
Kepada teman blogger n FB yang belum pernah bersua muka...Desperate Mama a.k.a Fidza ... thanks a lot sudi datang ke hospital nak ziarah saya...tapi sayangnya saya dah discharge pulak! Takde rezeki nak jumpa...hehee next time Insha Allah... :)
ANUGERAH CINTA TERINDAH ZAKI*IZAN |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
7 comments:
frust taw.... paling kelakar, gamble dan selambe je tanya kat kaunter dan conversation seperti berikut:-
fidza: "saya nak jumpa norizan..." nurse kat situ terpinga pinga.. "norizan?"...
fidza:ha'ah.. dia bersalin malam tadi...
nurse: owh... safarizan agaknya...dia baruuuuuuu je balik..
terus i kecewa ka situ... frust tak dapat tengok n bau baby...:(
kak nak tanya, kos and rating untuk bersalin kat MUIP macam mana? cerita lah detail sikit sebab tengah survey tempat nak bersalin kat kuantan. sekarang ni saya keja kl, agak sukar lah balik balik kampung survey :( kalau tak kisah share lah info pasal muip ni ye akak!
Dear Haneem,
Sorry for the late replying your comment... saya juz bagi rate ajer la yea.. kalau normal delivery around 1900-2500, c-sec around 4500...itu hanya anggaran..bergantung kpd ubat2 or procedure lain yg digunakan semasa rawatan. Saya tau ni pun sebab call PRK MUIP sendiri..kalu Haneem nak reconfirm about the rate..Haneem call sendiri... 09-5137110
Masa bersalin hari tu..saya kena bayar 1900
btw..semoga semuanya selamat n dipermudahkan... :)
Desperate Mama/Fidza...
Dah boleh bagi Sumayyah tukar status tu..jadi kakak pulak! heee...
Salam,
Sy jg brcadang utk bersalin di muip, apa beza dgn klinik alfarabi? Pastu puanjumpa checkup and bersalin dgn doktor mana ye..sy mmg nk checkup dan bersalin dgn doktor perempuan cumanya xtau nak pilih doktor yg mana satu di hosp muip. Any reccommendation?
Jzkkk. :-)
wsalam yanAzhad...
klinik alfarabi tu under PRK MUIP la...kita akan checkup di klinik n bersalin di hospital MUIP tu...klu kamu pernah pergi klinik alfarabi di bandar kuantan...klinik n hospital sebelah2 jer...
doktor pulak..sy x pernah pilih..rasanya semua ok kot...
anyway moga semuanya selamat n dipermudahkan... (*¯︶¯*)
as salam...brape yea caj sekali checkup pregnant
Post a Comment