AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Tuesday, July 19, 2011

16/01/2006 yang lalu...

Tadi...selongkar beg lama..yg penuh dengan dokumen2 yang sepatutnya sudah dijatuhkan hukuman buang daerah ...terjumpa sekeping kertas yg dilipat empat, bertarikh 16/01/2006 hari Isnin. Imbas punya imbas...ohhhh pada tarikh ni saya sedang melapor diri di Institut Perguruan Islam (IPIS) Bangi...nak jadi guru j-QAF. Masa ni kami baru jer sebulan 7 hari bergelar suami dan isteri. Errmmm....patut la content surat ni berbaur emosi...............

memori yang akan kekal di sini...di blog AufaZanki...

Sejujurnya saya hampir2 lupa tentang memori yang sudah berlalu 5 tahun lamanya ...tapi bila baca surat ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan2 lalu yang benar2 mengusik jiwa. Masa tu kami hanya PJJ (perkahwinan jarak jauh)...saya bertugas di Melaka, negeri kelahiran saya dan suami mencari rezeki di Kuala Lumpur. Berjumpa dan berkasih sayang hanya pada hujung minggu...samada saya speeding (120kmsj) ke KL or suami yang akan pulang ke Melaka. Walaupun tak sejauh mana...disebabkan gelodak jiwa...lebih2 lagi kami baru jer berkahwin...teramat pedih dan perit bila berjauhan.

Sekarang...2011...kami bersama2 mengharung suka duka...menjadi perantau mencari rezeki demi membesarkan anugerah cinta kami dan demi masa depan kami...kalau boleh tak mahu berjauhan lagi...tak mahu PJJ lagi...kami tak mampu dan tak setabah pasangan lain untuk berjauhan...that's all...

Untuk suamiku tercinta, Mohd Zaki bin Ahmad...
"Sekarang...tiada lagi kesamaran dalam menggapai cita2 dan masa depan Abang...kerana apa yang Abang inginkan sudahpun tercapai. Usah hiraukan bisikan2 yang mengganggu kerana sudah termaktub rezeki Abang di sini, buat masa ini. Terima dengan berlapang dada...teruskan dengan apa yang ada. Insha Allah...usaha dan doa adalah jalan terbaik jika ingin berubah dan berhijrah. Sayang tetap setia...seperti selalu...sentiasa ada untuk Abang. Ingat janji kita...ingat kenangan kita...betapa susahnya membina istana cinta yang sudah 9 tahun bertahta di hati masing-masing."

Sebak la pulak... tapi itulah hakikatnya dalam hubungan. Dugaan dan rintangan menjadi penambah perisa...kalau semuanya manis...dapat diebetes susah pulak kan....;p

Dan...gambar ini pun saya jumpa dalam beg tu...sehari selepas kami ijabkabulkan...errr cantik baju & color baju kami...turqouise color...sekarang boleh pakai lagi baju tapi teramat la fit...;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

4 comments:

desperate mama said...

kenangan lalu memang selalunya manis... :-)

cantik kaler turqoise....

AufaZanKi said...

ada jg yg x manisnya kenangan lalu tu fidza...malas nak ingat...nanti kita yg sakit...

turqoise...time tu color ni baru nak fofular...;p

Wan Roslini Wan Ali said...

teguhnya cinta dan hebatnya pengorbanan seorg isteri buat seorg lelaki bergelar suami...semoga syurgalah milik isteri2 yang ikhlas berkhidmat utk suami....ameennnn...

AufaZanKi said...

ameen...for the pray

begitulah adanya cinta isteri kpd suami...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...