AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Saturday, June 23, 2012

Kognitif vs Kreatif

Anak-anak kita ni...makin meningkat usia...makin berkembang tahap kognitif (bahasa..tak menahan! ;p).  Dan semangat inkuiri mereka pun makin lama makin tinggi. Sebagai ibu dan bapa...kita perlu mengkreatifkan minda untuk membantu anak-anak kita memaksimakan tahap kognitif mereka. 

Orait! Introduction memang agak skema...hehee...dan tak larat nak teruskan mode skema itu...errmmm macam gitu la yang sedang berlaku kepada saya sekarang. Setiap hari ada saja soalan-soalan yang menuntut kepada kreativiti saya untuk memberi jawapan. Actually...soalan biasa jer pun...cuma jawapan tu adakalanya tak menepati piawaian umur mereka atau kalau jawab pun confirm mereka tak faham. So, untuk mengelakkan lebih banyak soalan...kita kreatifkan minda dan beri jawapan yang kita yakin ianya amat menapati piawaian mereka pulak kan...heee




Abang2 takde...Adik2 conquer..hehee..baru la best nak meround dengan basikal kan Aufa2 ku sayang...*non edit picture*


Antara hasil kognitif Aufa2 yang masih saya ingat beserta jawapan dalam kategori *kreatif-la-sangat* ...dan peserta2 nya adalah Aufa Irdina, Aufa Qistina dan saya..Aufa Kashfina belum boleh join sebab tak pandai cakap lagi...we wait and see what will be happened when she can talk! Aiyooo...sekarang ni pun dah ala2 burung nak pulang ke sarang..heeee bising!




Kognitif vs Kreatif 1 : TRICKY COMPLIMENTARY


Aufa Irdina  : Mama...Aufa kena minum air ais...baru la Aufa boleh KURUS MACAM MAMA!
Mama           : *diam tandanya redha*....errr kreatif tak? hahaaa


Selepas dapat minum air ais...


Aufa Qistina  : Mama..tengok ni...KURUS TAK?
Mama        : *ketawa sambil berlari nak slam dunk Baba sebab ketawakan Mama juga!*




Kognitif vs Kreatif 2 : NIQAB




Kami duduk dalam kereta sementara menunggu Baba settlekan kerja...suddenly ternampak somebody wearing niqab...n of cozez la somebody tu muslimah solehah...kalau lelaki...with no doubt dia tu sememangnya ninja! ;p


Aufa Irdina   : Kenapa orang tu pakai macam tu?
Aufa Qistina  : Macamana dia nak jalan? Nanti terhantuk kepala tu...tak nampak...
Mama          : Orang tu pakai macam tu...sebab dia cantik...sebab tu kena tutup muka dia...
Aufa Irdina    : Mama tu...tak pakai pun!
Mama            : Mama tak cantik....*elehhhh humble sangattt*
Aufa Irdina    : Issshhh...Mama cantiklah! Kita semua cantik!
Mama           : *mode:terharu & perasan!*




Kognitif vs Kreatif 3 : SYURGA




Setiapkali Aufa2 tengok gambar-gambar lama kami...for sure mereka akan bertanya dimanakah mereka pada waktu tu...sebab takde dalam gambar. So, untuk memuaskan hati, saya juz jawab..."masa tu Aufa & Adik ada dekat syurga". *Sebenarnya kita tak tahu di manakah kita sebelum kita dijadikan...semuanya menjadi rahsia Allah Taala*.  Dengan jawapan yang saya bagi tu...makin bertambah pulak soalan...bermakna jawapan saya kurang menepati piawaian Aufa2...hahaaa...


Antara soalan yang lawak dari Aufa Irdina.."nanti Mama dengan Baba datang ambil Aufa dekat syurga naik kereta ke?" Saya jawab..."syurga tu dekat langit...". Aufa jadi curious.."Haaa??? dekat langit??? Kereta mana boleh pergi naik atas! Issshhhh Mama ni...tipu ajer!". 


Haaaa hambik!! Nak kreatif sangat...sekali kena reject daaaa jawapan...dalam cerita ni saya memang tak tau nak explain macamana lagi dah...bila bagitau mereka yang time tu mereka belum ada lagi...jawapan tu awal2 dah kena reject! Adoiii macam2 hal la...malas nak gaduh2 dengan Aufa2..ceritanya terbengkalai...moga2 bila Aufa2 dah besar n matang..mereka akan faham sendiri..*n jangan malu pulak bila baca kisah ni yea...Aufa2 ku sayang!*


Aufa Qistina pulak..bila bercakap tentang syurga...antara soalan2 dia..."dekat syurga ada fairy (pari2) tak?".."dekat syurga ada doktor tak?"




Kognitif vs Kreatif 4 : NO IDEA


Ada juga soalan2 mereka yang tak memerlukan saya untuk jawab panjang lebar..cukup hanya mengangguk kepala dan cakap 'ya'...sebab jawapan tu saya dah bagitau sekali..then mereka juz repeat apa yang saya dah cakap..siap menambah jawapan lagi tu...hehee


"Mama..kenapa asyik hujan jer?...bumi haus ker?..bumi nak minum? pokok nak minum?"


"Mama..kenapa sekejap malam sekejap siang?...sebab bumi berpusing ke Mama?...Aufa suka siang jer...Aufa tak suka malam"


Dan ada juga soalan yang susah betul saya nak menjawab...


"Mama...baby keluar ikut mana?"..."macamana baby boleh jadi?"..."Mama..nak ada baby kena kahwin dulu ke?"




I LOVE YOU BOTH VERY MUCH!












Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...