Semalam...masa tengah mengaji..tetiba Aufa menyampuk...
"Ma...Aufa dengar Mama sebut nama Aufa..."
Sambil tersenyum...huuuu comel je Aufa ni tau!
Iye...memang ada nama Aufa dalam al-Quran
Sebab Mama dapat nama Aufa ni pun masa tengah mengaji la...masa mengandungkan Aufa dulu...
Masa tu dah berkenan dengan nama 'IRDINA'
Nyaris2 nak letak nama 'Nurin Irdina' or "Irdina Aisyah'
Ntah macamana...berkenan pulak dengan nama 'AUFA' bila terjumpa dalam ayat 77 surah Ali 'Imran
Kalau ikutkan ayat al-Quran tu...'AUFA' maksudnya 'yang lebih setia/menepati (janji)'
Kalau ada sesiapa yang belajar lughah...'AUFA' ni isim tafdhil
Or in english we call it superlative
Then, gigih pulak mencari maksud 'AUFA' dalam kamus kesayanganku
Pun ada gambar...jangan risau...hahaaa....buat kenang-kenangan di hari tua...mana la tahu kamus ni hilang or dah lupus akibat banjir...erkkk??
Sejarah kamus ni...hurrm...beli masa mula2 masuk matrik UIA di Petaling Jaya..tahun 1999
percaya atau tidak...saya ni study lughah...tapi saya cuma ada kamus ini sahaja...isshhh isshhh isshhh...*geleng kepala*.. |
Dan inilah yang termaktub dalam kamus tu...maksud 'AUFA'
Bila saya dah tahu....biasa la kan...mana boleh nak biasa2 jer...anak sulung tu....hehee
Saya berniat nak namakan 'AUFA' dengan maksud 'more complete of greater perfection, more adequate'
Dengan harapan...setiapkali saya sebut nama 'AUFA'..itulah doa saya untuk dia dan adik2nya...
Kata2 kan doa..dan nama juga adalah doa...
That's why kita sangat digalakkan memilih dan memberi nama yang baik/elok kepada anak2
And that's why saya tak suka bagi gelaran along/angah/achik or whatever nickname pd anak2...
Kecuali Aufa Qistina...macamana la boleh terlekat gelaran 'adik' dekat dia
Susah betul nak ubah dah...huuu kesian Aufa Qistina...
Berbalik kepada kisah semalam
Dalam surah an-Najm ayat 41...ada mention nama 'AUFA'
Bila saya baca terjemahan ayat tu..
Oh..ada juga maksud yang saya pilih digunakan dalam al-Quran
AUFA = Yang lebih sempurna
Alhamdulillah 'ala kulli haal
Begitulah kisah di sebalik nama 'AUFA'
AUFA IRDINA
AUFA QISTINA
AUFA KASHFINA
AUFA AMNINA
Ada juga beberapa orang yang bertanya dan berseloroh...yang kelima nanti Aufa apa pulak?
Heeee....dengan berseloroh juga saya menjawab....
AUFA ARSYINA
Kalau ikut Baba dia..nak letak nama...AUFA NENEKNA...sempena nama dalam cerita Nek Nak kat Astro..siapa ingat n tahu??? hahaaa...seram betul nama tu! apa la Baba ni... :p
Tapi...tak tahu la bila kalanya...
Kalau dapat baby boy...pun dah ada nama standby...
ABDULLAH FAHEEM
Pun tak tahu bila kalanya nak dapat baby boy...
Semuanya dalam ketentuan Allah Taala
Kita hanya mampu merancang...
(^_______^)
wanita melayu terakhiir... :p |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
8 comments:
Perkataan Aufa dalam surah Ali Imran tu ayat 76.
Terima kasih atas perkgsian, anak ke-2 saya jua nama Aufa pada pangkal namanya.
Allah..tersilap la sy ni...thanks yea tlg betulkan, n kirim salam pd Aufa yg di sana yea..moga jadi anak yg terbaik dunia akhirat..aameen
anak ke 4 saya pun aufa... aufa azzahra.. terima kasih menerang lebih dalam makna aufa..sbb yg saya tahu makna yg setia je..
Akak stdnt uia ke? Kos arb?
Banyak maknanya nama Aufa rupanya. Terima kasih atas penerangan akak. :) Anak sulung saya pun nama Aufa.
Assalamualaaikum sis... Anak sy juga nama AUFA. tapi dia lelaki. Syed Muhammad Aufa. sesuai juga sebenarnya untuk lelaki. senang kata, Aufa ni sesuai utk boy n girl. n membawa maksud yang baik juga kan. :)
Nama anak saya Nur Qistina Aufa
Hehe..MCM berkenan plak Nama aufa ni...
Tapi nak letak blkg.. aminah aufa.. okay X? Betul Ka kl ikut BHS Arab?
Post a Comment