Rasulullah SAW bersabda : “Berbaktilah kepada orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka.”
Bohong kalau ada manusia yang mengaku dia tidak punya sesiapa pun di dunia ini. Jika dia tidak punya sesiapa, dari manakah asalnya dia? Adakah dia spesis jin? Atau dari planet Marikh? Sungguh tidak masuk akal! Setiap manusia pastinya berasal daripada benih ibu bapa mereka, kecuali Nabi Adam AS dan Hawa. Bermakna, setiap insan pasti mempunyai ibu bapa. Dan semulia2 insan di dunia ini adalah ibu bapa, sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa maksud :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"
Begitulah besarnya pengaruh ibu bapa dalam kehidupan kita. Sekali kita melukakan hati mereka, jangan mengharapkan kehidupan yang tenang, jangan mengharapkan keredhaan Allah selagi mereka tidak mengampunkan kesalahan yang telah kita lakukan terhadap mereka. Masih ingat lagi dengan kisah Alqamah? Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Alqamah adalah seorang yang sangat wara' yang mana beliau sungguh baik hati, rajin solat dan berpuasa, suka bersedekah dan membantu orang lain. Namun begitu, setelah berkahwin beliau telah melebihkan perhatiannya terhadap isteri berbanding ibu beliau. Ini menyebabkan ibunya amat berkecil hati dan bertekad tidak mahu memaafkan kesalahan Alqamah. Ketika Alqamah sedang naza' beliau tidak dapat mengucap kalimah syahadah biarpun telah diajar oleh sahabat2 termasuk Rasulullah SAW. Lalu Baginda memanggil ibu Alqamah untuk mengetahui perkara sebenar. Ibu Alqamah menceritakan perkara sebenar namun masih enggan memaafkan Alqamah. Rasulullah SAW mengambil keputusan untuk membakar Alqamah hidup2 jika ibunya masih enggan memaafkan beliau. Ibu mana yang sanggup melihat kesengsaraan anak sendiri apatah lagi melihat anak dibakar hidup2 di hadapan mata. Ibu Alqamah pun memaafkan segala kesalahan beliau dan akhirnya Alqamah dapat mengucap kalimah syahadah dengan sempurna sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam hadis Baginda yang bermaksud :
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati"
Oleh itu, selagi ibu bapa kita masih hidup...hormatilah mereka, jaga dan belailah perasaan mereka sebagaimana mereka menjaga dan membelai perasaan kita sehingga kita meningkat dewasa dan berjaya. Berbaktilah kepada mereka dengan memberi khidmat selagi mampu. Khidmat yang dimaksudkan adalah dengan menjaga mereka jika mereka sudah tua dan sudah tidak mampu membuat sebarang kerja sendirian. Dan tanamkanlah sifat sabar dalam diri dalam menjaga karenah mereka kerana jika hendak dibandingkan jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita, tiada apa nilai yang sama dan setara dengannya. Perlu diingat bahawa doa yang paling mustajab adalah doa kedua ibu bapa dan doa orang yang sakit. Jadi, dengan keadaan ibu bapa yang sudah tua lagi uzur, apa lagi yang hendak kita harapkan melainkan doa dan restu mereka untuk mengiringi layar kehidupan kita di dunia. Bagi yang hidup berjauhan dengan ibu bapa, sediakanlah masa khas untuk kita balik ke kampung halaman menziarahi mereka agar hubungan kekeluargaan sentiasa utuh. Dan yang paling penting, ibu bapa kita pasti gembira melihat anak2 pulang menziarahi mereka walaupun sekejap. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan apa2 balasan dalam bentuk wang daripada anak2, mereka cuma mengharapkan balasan kasih sayang dan perhatian kita sebagai anak2.
Jua jangan putus mengirimkan doa buat mereka samada mereka masih hidup ataupun yang sudah tiada lagi, kerana hubungan yang tidak akan putus antara Bani Adam dengan yang Bani Adam yang telah meninggalkan dunia adalah dengan doa. Dan doa itu merupakan tanggungjawab setiap yang bergelar anak. Alangkah bahagianya ibu bapa yang mempunyai anak2 yang soleh dan solehah, yang sentiasa mengingati ibu bapa setiap kali berdoa. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak2 yang sentiasa mengenang setiap budi yang ditaburkan oleh ibu bapa kepada mereka.
Sebagai perkongsian, bapa mertua saya ada memberi satu ilmu berkenaan doa kepada ibu bapa. Setiap kali selepas surah al-fatihah di setiap rakaat dalam solat, kita diharuskan untuk membaca doa ibu bapa. Jika diamalkan, bayangkanlah berapa kali kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita dalam sehari. Jika solat wajib mempunyai 17 rakaat, ditambah dengan solat2 sunat, ditambah lagi dengan doa2 selepas solat...berapa banyak doa yang kita sedekahkan kepada ibu bapa kita?
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
4 comments:
hai kak..
terima kasih kak atas kisah tersebut.ia benar2 buat suri terharu..
benar tu tanpa ibu bapa siapalh kita yng sbnarnya..sementara hayat mrka msh pjg maka hargailah mrka.sayangi, manjailah, hormatlah kita kpd dia krna mrka adalah insan yang semulia2 manusia yg harus..wajib kita hotmati..sayang..cinta setulus hati..
kasih ibu dan ayah mmg tiada taranya..
ibu bapak lah kerana ada kita di dunia. kita hormat dan kasihani kedua dua nya.bapak kita adalah jambatan siratal mustaqim kita kerana kita lalu dari bapak kemudian kita keluar ibu kita adalah pintu syurga kita. kita balik pun begitu juga dari ibu awal kita iya lah bumi yang memberi kita makanan dan baju dan selain nya. nabi adam keluar dari bumi adalah lahir nya di mekah iya itu hajara haswad, ramai yang tidak tahu apakah itu hajara haswad dari situ lah nabi adam keluar cuba kamu lihat bagaimana rupa hajara haswad sama seperti rahim dia kiblat kita (pintu syurga kita), dari situ lah nabi lahir, hajara haswad dulu tidak dapat di lihat dengan mata kasar cuma nabi ibrahim yang membuat nya begitu supaya kita faham apakah itu. sebab itulah adanya hajara haswad dengan air nya air zamzam dari syurga. sebap itu lah setiap aidiladha kita menziarahi nya kepada yang mampu bagi yang tidak yang mampu menziarahi ibubapa pun jadi lah mencium tangan mereka iya nya sama sahaja.itulah raya yang mengingat kan ibubapak kita. kita tawaf di hadapan kiblat (pintu syurga)sama seperti bumi dan yang planet yang lain tawaf kepada matahari kerana matahari adalah kiblat awwal kita. hajara haswad adalah dibumi kita, cuma hajara haswad dibuat dan di letak situ bukan bermaksud itu lah dia, yang sebenar itu lah tempat nya exactly pintu nya.di buat oleh nabi ibrahim ilustration(contoh rupa)nya sahaja.kita mati, bukan nya mati sayur atau pokok begitu sahaja. kita meninggal dan kembali kepada rahmatullah lalu di bumi ialah ibu awal kita. ini lah awal kita daripada nur setitik. bagi nabi adam dari dzat tuhan sama seperti nabi isa tidak berbapak berbin kepada nama allah seperti abdullah
kita lalu daripada bapak dia lah jambatan siratal mustaqim kita dan kita keluar dari ibu (pintu syurga kita) nabi adam pula dengan hawa dari dzat tuhan sama seperti nabi isa di lahir kan tanpa bapak, ibu nya mengandung tanpa bapak. dan kita pula dari nur setitik lalu kepada bapak kita.ingat... kalau berdosa dengan ibubapak tanpa pengampunan ibubapa kita tidak akan dapat lalu dari ibu awal kita iaitu bumi kita akan di gepit hingga terkeluar balik atau bangkit balik dari kuburan kerana kamu tidak dapat di terima balik kerana dosa kamu belum di ampun.kalau tidak dapat di ampun kamu tidak akan dapat lalu lagi dari bumi dan menjadi hantu pochong. itu baru seksaan bumi belum lagi di akhirat.
itu lah yang di maksud kan oleh nabi ibrahim dia mengajar kita mengajar kita mengadap ke pintu laluan kita iaitu kiblat dan anak nya nabi ismail hormat patuhi bapak sanggup di korban kan kerana takut tuhan. semasa nabi ismail sudah berumah tangga dia tinggal dengan isteri dia berjauhan dengan ibubapa dia, pada masa itu nabi ismail pergi cari makan dan isteri nya tinggal di rumah dan seorang tua iaitu nabi ibrahim dan bertanya dimana suami kamu, isteri nabi ismail tidak kenal mertua nya dan bercakap suami nya keluar. lalu nabi ibrahim menunggu diluar anak nya sampai, isteri nya diam dan tidak menyeru masuk dan tidak membagi minuman. nabi sudah kehausan menunggu di luar belum sampai anak nya.lalu bertanya isteri nabi ismail apakah hajat mu dengan nabi ismail. tidak ada cuma ingin bertemu dengan suami kamu kalau begitu tolong pesan kepada suami kerana saya tidak dapat menunggu dia bagitahu dia suruh pindah kan pintu rumah kamu. maka itu lah isteri nya hairan mengapa dia tidak faham apakah maksud pintu rumah. erti nya pintu itu adalah isteri dia,kerana tidak baik untuk cucu cucu dia akan datang.dan nabi ibrahim terus balik tanpa bertemu dengan anak nya. kemudian sampai lah suami nya lalu bercakap ada orang tua tadi ingin bertemu dengan kamu tetapi dia tidak dapat menggu kamu dia berpesan suruh pindah rumah kamu. ismail faham dan dia tahu siapa yang datang mencari dia lalu dia mencerai kan isteri dia itu yang di maksudkan oleh nabi ibrahim.
Post a Comment