Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga saya mengikuti Pusat Penilaian JAKIM, atau PAC JAKIM. Segala debaran, gusaran, 'nervous'an berjaya saya tamatkan dengan penuh tawakal. Usaha sudahpun dibuat...kini saya serahkan segalanya kepada penilaian pihak JAKIM. Andai sudah termaktub rezeki saya berada di JAKIM...saya terima dengan penuh kesyukuran. Dan andainya tiada rezeki bersama JAKIM...saya terima dengan penuh keredhaan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui hakikat hidup hambaNya. Hanya doa yang sentiasa saya panjatkan agar dipermudahkan ruang rezeki untuk saya dan famili....amiin...
Hehehe...inilah wajah 'gumuk' saya di awal pagi Ahad...sempat lagi nak bergambar tue...sepanjang program saya menderita sakit kaki...coz dah lama x pakai kasut sarung...fuhhh sampai bengkak kakiku!!! Kena naik turun tangga setiap kali habis aktiviti. Sampai hari nie masih terasa penat dan sakit...balik rumah pun nak kena tengok anak2 juga kan...Aufa2 pun rindukan mamanya yang 'gumuk' ini...hehehe
sepanjang 2 hari, namaku adalah 125... ;)
Pengalaman yang amat berharga telah diperolehi sepanjang 2 hari. Ada 9 aktiviti yang telah menilai keupayaan dan kekreatifan minda semua calon yang terlibat. Secara peribadi saya merasakan program ini telah berjaya menyuntik keyakinan diri saya dalam berhadapan dengan khalayak, menjadikan saya lebih bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi serta dapat memperbaiki beberapa kelemahan yang ada dalam diri saya.
AKTIVITI 1 (Penyelesaian masalah)
Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Pertama sekali fasilitator minta kami masukkan lidi sate ke dalam belon yang telah ditiup dan lidi sate perlu menembusi belon tersebut (macam bentuk love yang kena panah tu...;p). Alhamdulillah kami berjaya melakukannya.
Kemudian, kami diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan yang tajuknya adalah "Suara dari kubur". Ceritanya adalah mengenai jenazah yang telah selamat dikebumikan, tiba2 ahli keluarga jenazah terdengar suara dari dalam kubur. Mereka sangat terkejut hingga timbulnya konflik. Isteri jenazah minta kubur digali semula. Anak yang pertama yang bekerja sebagai ahli geologi dan anak kedua yang bekerja sebagai pakar perubatan tidak memberi apa2 komen. Anak yang ketiga yang bekerja sebagai artis meminta untuk membuat liputan media, manakala anak yang keempat yang merupakan pegawai kanan polis meminta ditangguhkan penggalian dan anak kelima meminta seluruh ahli keluarga membaca yaasin dan membuat tahlil untuk jenazah. Jadi, tugas kami adalah untuk berbincang bersama ahli kumpulan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi permasalahan itu dan membentangkan hasil perbincangan di hadapan semua. Jawapan kami....kubur tidak perlu digali. Apa pendapat anda?
AKTIVITI 2 ( Wacana Intelek )
Dalam aktiviti yang kedua ini, kami telah ditugaskan untuk berbincang mengenai tajuk "Ikon Muslim Masa Kini". Masing2 dikehendaki memberi pandangan, idea, fakta berkenaan tajuk yang diberi. Bagi saya, Nabi Muhammad SAW adalah ikon Muslim sepanjang zaman hinggakan orang barat sendiri mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah individu yang berada di tempat pertama daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia. Namun untuk mencari ikon Muslim di Malaysia memang susah. Saya sendiri tidak pasti siapa yang layak digelar ikon.
AKTIVITI 3 ( Pengucapan Umum Bahasa Melayu )
Aktiviti yang paling menyesakkan dada, menyerabutkan minda. Pengucapan awam BM ini adalah secara spontan, yang mana calon diminta untuk mencabut salah satu daripada 20 tajuk yang telah diberi awal. Persediaan yang diberikan hanya 5 minit, dan kemudian perlu memberi ucapan dalam masa 5 minit. Ini adalah 20 tajuk yang telah disenaraikan, dan saya telah tercabut tajuk "Dasar Penjimatan Negara".
AKTIVITI 4 ( Ujian Qiraah al-Quran )
Setiap calon diminta untuk membaca ayat2 al-Quran mengikut fasahah dan tajwid. Ada juga calon yang diminta untuk menerangkan hukum tajwid. Apa yang saya perhatikan, ramai calon yang gagal membaca al-Quran mengikut fasahah tan tajwid yang betul. Ianya betul2 membimbangkan kerana calon2 yang ada begitu hebat memberi idea, berhujah dalam aktiviti2 lain, namun dalam sessi membaca ayat2 al-Quran mereka seolah2 menyerah kalah. Dalam kumpulan saya ada 15 calon dan saya dapati lebih daripada separuh yang gagal membaca al-Quran dengan baik, seperti sebutan huruf yang longgar...huruf qaaf yang sepatutnya tebal dinipiskan sehingga kedengaran seperti huruf kaaf, huruf haa' dan haa' simpul...ada beza dari segi sebutannya, huruf raa', 'ain, ghiin dan bayak huruf lagi lah. Semasa di universiti dulu ada satu subjek yang khas untuk sebutan arab iaitu arabic phonology dan ianya subjek wajib bagi pelajar jurusan bahasa arab. Alangkah beruntungnya saya...(time saya kena baca ustazah tak tegur apa2 pun...saya kira bacaan saya betul la kot...hehehe) kalau sekadar belajar tanpa praktik...ibarat pokok tanpa buah la kan...
AKTIVITI 5 ( Pengucapan Umum Bahasa Arab )
Tajuk untuk pengucapan awam bahasa Arab dan bahasa Inggeris telah diberikan awal semasa pendaftaran. Tapi kami hanya berkesempatan untuk merangka semua isi2 selepas 10 malam hari Sabtu. Saya telah mencabut tajuk "Al-'Ilmu nuur" atau maksudnya ilmu itu cahaya.
AKTIVITI 6 ( Pengucapan Umum Bahasa Inggeris )
Tajuk yang telah saya cabut adalah "Global Warming". Nasib baik saya bawa laptop..dapat juga cari info di internet.
AKTIVITI 7 ( Kendalian Mesyuarat )
Dalam aktiviti ini, setiap calon yang mengikut kumpulan masing2 perlu melakonkan watak seperti dalam mesyuarat. Setiap calon dikehendaki mencabut watak yang harus dilakonkan dan saya perlu melakonkan watak sebagai wakil daripada Jabatan Mufti. Mesyuarat yang diadakan adalah berkenaan budaya pengkid. Sebagai wakil daripada Jabatan Mufti, saya diminta untuk mengeluarkan fatwa berkenaan budaya pengkid dan memberi cadagan untuk mencegah budaya pengkid di Malaysia.
AKTIVITI 8 ( Debat Parlimen )
Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling hangat sepanjang program berlangsung. Kami dikehendaki mewujudkan suasana dewan rakyat dengan membahaskan tajuk "Poligami dapat membentuk keluarga bahagia". Saya ditempatkan di pihak kerajaan sebagai pencadang. Aduhai...susah sungguh nak twisskan minda supaya bersetuju dengan poligami sekaligus membentangkan usul yang menyokong tajuk. Sampai sakit kepala dibuatnya...Seronok sangat dapat take part dalam debat nie...sampai terlupa yang kita sedang dinilai. Kadang2 nak ketawa pun ada bila melihat ada calon2 yang dah macam Yang Berhormat pulak!...Pengalaman yang sungguh berharga.
AKTIVITI 9 ( Terjemahan )
Kami diminta untuk menterjemah petikan dalam 3 bahasa..BM ke BI, BI ke BM, BM ke BA, BA ke BM...masa tengah translate BM ke BA..terlupa perkataan 'kulit' dalam bahasa arab...tinggalkan kosong jer la...hmmm
Itulah dia bentuk penilaian yang dibuat sepanjang 2 hari PAC JAKIM. Segala usaha yang telah dibuat...hanya perlu tawakal. Sentiasa percaya pada rezeki yang Allah Taala kurniakan...insha Allah moga Allah permudahkan segala urusan...
bersama Maria, roomate yang juga satu group public speaking
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
6 comments:
mak aii... susahnya... takpe... ijan dah melalui segalanya dengan tabah dna cekal... gud luck!!!
best pengalaman ni, kekal seumur hidup, teringat pulak kat PAC kita org dulu tahun 1999, first batch buat PAC, 3 hari...
semoga pn izzan berjaya, insya Allah.
btw sistem nombor tu kekal sampai sekarang ya..hehehe
wah..
cam merumitkan je kak..huhu tapi suri tgok hati kak cam dah ok je..
semoga kaki kak cpt smbuh ;)byk rhat ye ;)
fidza : sebelum pegi rasa mcm susah sgt, bila dah pegi n alami sendiri..taklah sesusah mana..cuma perlukan preparation...kalau ada rezki insha Allah... thanx :))
en jaz...
nak ucap terima kasih pd en jaz jg coz byk bg tips n info yg sgt berguna, pengalaman yg cukup berharga...
sistem nombor badan nie..mmg praktikal...takde la susah nak ingat nama...hehehe...ada yg kata mcm banduan...;p
salam suri...
alhamdulillah rasa lega sgt bila dah settle PAC nie...tawakkal jer la...
tp tak hilang penat lg nie...balik rumah kena layan anak2 pulak, mula2 jumpa dua2 merajuk...kesian betul..puas nak pujuk...hehehe
btw thanx suri... :))
Post a Comment