AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, April 23, 2010

~*ibu bapa idola anak-anak*~

Pagi tadi lepas solat Subuh saya terus sambung tidur...anak2 pun masih lena lagi. Yang sebetulnya, malam tadi saya sukar nak lena...badan rasa sakit2...maklumlah urat dah banyak putus...hehee. Tiba2 saya terjaga coz saya rasa ada orang usap kepala saya...terkejut la coz mr zorro kan ada di Kuantan. Bila saya buka mata, dia cepat2 bersuara..." Mama tidur yea...Aufa usap kepala mama". Huh! Aufa Irdina rupanya...di kampung Aufa memang akan bangun awal pagi...kadang2 tu pukul 7 pagi dah bangun tidur...tak dapat la mama nak sambung tidur lagi...:))

Aufa Irdina suka tiru apa yang saya buat. Dan memang lumrah kanak2 seusia dia..akan cepat mengikut perlakuan orang lain. Bila dia dah usap kepala saya dan siap suruh saya sambung tidur lagi tu...rasa segar sikit mata nie...Bukan setakat usap kepala, sekali dengan urut kaki. Macam faham jer yang mama nie tengah sakit2 badan...kemudian dia suruh saya ucap terima kasih pada dia...hehee sungguh comey budak itu!!!

 

Imam al-Ghazali pernah berkata:
"Anak2 adalah amanah ke atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengan kebaikan itu. Dan jika anak2 dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

Begitulah tanggungjawab ibu bapa dalam mencorak anak2 sedari dalam rahim lagi. Bahkan sebenarnya ia perlu bermula dari masa ibu dan bapa "bersama" iaitu  melakukan hubungan intim dengan berlandaskan adab dan sunnah Baginda SAW, bukan sekadar melepaskan nafsu di dada. Setiap perlakuan dan tingkah laku ibu bapa merupakan cermin kepada anak2, justeru ibu bapa perlu sedar dan berusaha untuk menjadi idola kepada anak2.

Untuk menjadi idola bukanlah satu perkara yang mudah namun tidaklah sesukar mana. Menjadi ibu bapa mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Seandainya bijak mengaplikasikan keistimewaan yang ada, maka mudahlah jalan untuk bergelar idola  kepada anak2. Antara keistimewaan2 itu adalah: 

  • Rezeki terbentang luas. Anak2 juga merupakan rezeki yang tidak ternilai harganya. Anak2 inilah yang akan menjaga dan membela nasib ibu bapa seandainya anak2 sentiasa dididik dan diberi contoh yang baik. Jika anda sudah mempunyai anak, saya yakin pasti anda akan menyaksikan perubahan demi perubahan kepada jalan rezeki anda sekeluarga. Dan perlu diingat bahawa rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, ianya boleh dilihat dari segi corak kehidupan yang tenang dan bahagia. 
  • Tinggi martabat di sisi Allah Taala. Anak2 dilarang menderhaka kepada ibu bapa kerana keredhaan Allah Taala terhadap seorang anak terletak pada keredhaan ibu bapa. Manakala kemurkaan Allah Taala merupakan susulan daripada kemurkaan ibu bapa terhadap anak. Jadi, perasaan ibu bapa terlalu istimewa. Anak2 dilarang sama sekali menyakiti hati ibu bapa apatah lagi melakukan perkara2 yang boleh melukakan hati mereka. Allah juga mengangkat martabat ibu sehinggakan syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki ibu. 
  •  Mendapat pelbagai ganjaran dan kebaikan. Betapa istimewanya ibu bapa di sisi Allah Taala mahupun masyarakat. Lebih2 lagi sekiranya ibu bapa mengamalkan kehidupan yang positif hingga mampu melahirkan anak2 yang cemerlang dunia akhirat. Bukan saja mendapat tempat yang istimewa di dalam syurga, bahkan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat sekaligus menjadikan mereka idola.
Jadikanlah dunia sebagai ladang di mana tempat anda menyemai benih, menabur baja agar anda dapat menuai hasilnya di akhirat kelak. Jadilah idola terbaik buat anak2 anda kerana orang pertama yang akan diperhatikan dan ditiru oleh anak2 adalah ibu bapa. Jika baik akhlak dan perilaku yang dipamerkan, maka itulah yang akan terbias dalam diri anak2. Sepanjang hayat manusia akan melalui proses pembelajaran, setiap hari kita akan mempelajari perkara yang baru. Manfaatkan ia dengan sebaik2nya dengan belajar, menilai dan mengaplikasi. Mudah2an anda bakal menjadi idola kepada anak2 anda...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...