Surah at-Thalaaq: 2-3
PEMAHAMAN AYAT
** Barangsiapa yang takutkan Allah Taala dengan memelihara hukum2Nya nescaya Allah Taala akan mempermudahkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapinya. Jua akan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah malah adakalanya seperti mendapat durian runtuh atau rezeki terpijak.
** Bagi sesiapa yang menyerahkan segala urusan hidupnya kepada Allah Taala setelah berusaha dan berikhtiar serta yakin dengan ketentuan Ilahi, nescaya Allah Taala akan memperlengkapkan keperluan dunia dan agamanya.
** Sesungguhnya Allah Taala Maha Mengetahui segala apa yang terjadi kepada hamba2Nya dan janji Allah Taala itu pasti. Seperti bait2 lagu nasyid ini :
"Kesenangan yang datang tak akan selamanya..Begitulah selepas susah ada kesenangan..Seperti selepas malam datangnya siang..Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan"
SEBAB AYAT DITURUNKAN
Menurut kata Mufassirin ( Ahli Tafsir ), sebab ayat 1000 dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki yang telah ditawan oleh kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Baginda SAW meminta Auf dan isterinya memperbanyakkan bacaan:
" La haula walaa quwwata illa billaah"
Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya. Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.”
MENGAPA DINAMAKAN AYAT 1000 DINAR?
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapatkan ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
KELEBIHAN MEMBACA AYAT SERIBU DINAR
** Akan dipermudahkan jalan rezeki jika diamalkan membacanya setiap hari terutamanya selepas solat.
** Dibaca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
** Dapat menghilangkan kerisauan dan keresahan hati.
** Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan.
** Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali dan diberi minum, insha Allah si pesakit akan sembuh.
** Dibaca ketika ditimpa sebarang musibah atau kecelakaan.
Jika diperhatikan terdapat segelintir masyarakat Melayu Muslim yang menggantungkan atau menjadikan ayat 1000 dinar sebagai perhiasan di dinding rumah. Malah ada juga yang menganggap dengan menggantungkan ayat 1000 dinar di rumah, rezeki akan mudah masuk ke dalam rumah ( dalam erti kata lain, murah rezeki ). Ini adalah bidaah yang boleh membawa kepada khurafat dan akhirnya menjadi syirik. Kepercayaan yang sebegini amatlah merugikan diri sendiri. Boleh saja jika ingin menggantung ayat2 al-Quran di dinding rumah, namun niat itu perlu diperbetulkan. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Ayat2 al-Quran fungsinya adalah untuk dibaca dan difahami maksudnya lalu dijadikan amalan agar mendapat keberkatan. Dan sebanyak mana sekalipun ayat2 al-Quran dibaca, segal2nya terletak pada keizinan Allah Taala. Usaha+Ikhtiar....Tawakkal.
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
8 comments:
Salam..
huhu benar tu irg mmg suka gantung ayat tapi nak mmbacanya mmg sikt..harap frem ayat je mahal..huhuh
info yg bst kak..hehe..
tanx kak!
alhamdulillah setakat ni ayat ni termasuk dlm amalan harian...tima kasih info yg berguna ni
Mmg ada peniaga kita yg menggantung ayat ni kat kedai2. Kat kedai mamak pun banyak. Kalau gantung anggap boleh melaris rezki mmg syirikla. Yg penting dari ayat tu adalah intipatinya yg suruh kita berusaha dan kemudian tawakal
semoga sama2 mendapat manfaat daripada entri ini...
salam...setakat ni mmg telah mengamalkan nya selepas solat baca 3x......tp nk minta izin la ngan tuan blog...sya nk letak ayat ni kat blos boleh.. :) kalau boleh inform yer..tq.:)
dear zanna,
info yg baik silalah ambil yea...sama2 memanfaatkannya..ramadhan kareem
excellent. kalu ada letak lagi izzan.
Post a Comment