AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, July 30, 2010

~*siksaan bagi orang yang meninggalkan solat*~

Sebagaimana yang kita sedia maklum sebagai Muslim, solat atau sembahyang merupakan ibadah fardhu ain yang wajib kita tunaikan 5 waktu sehari semalam. Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas seorang insan itu mengaku sebagai Muslim.  Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah Taala di Akhirat kelak. 

Kaabah : qiblat ummat Islam
 
Orang yang tidak sembahyang akan disiksa dengan 15 siksaan ; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 siksa tatkala hendak mati, 3 siksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 siksa lagi di hari Qiamat.

6 SIKSAAN KETIKA DI DUNIA :

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya.
 
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
 
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
 
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
 
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
 
 
3 SIKSAAN KETIKA HENDAK MATI :

1. Dia mati dalam kehinaan.
 
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.


3 SIKSAAN KETIKA DI ALAM KUBUR :

1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.

3. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’ dan ular itu akan berkata, “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari Qiamat.

 
3 SIKSAAN DI HARI QIAMAT :

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami tidak sembahyang.”


Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu, seksanya umpama:-

Subuh:

Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
 
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
 
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
 
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
 
Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.
 
Ada petikan cerita yang di tulis oleh Nur Majidah bt Yahya yang saya ambil dari portal rasmi Jabatan Agama Islam Perak mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan solat :
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :
1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya..

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...