Tiba2 jer teringat satu kenangan yang sudah 18 tahun berlalu, namun kenangan itu memang sentiasa segar di ingatan. Masa tu saya berusia 12 tahun, penghujung tahun 1992. Ceritanya begini.........................
Pada tahun 1992 saya telah terpilih sebagai pelajar cemerlang Sekolah kebangsaan Ayer Limau, Masjid Tanah Melaka kerana memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR dan peperiksaan akhir tahun. Jadi saya pun ditawarkan untuk memasuki sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah yang ditawarkan adalah Sekolah Tinggi Melaka. Pada mulanya saya memang taknak pergi ke sekolah tersebut, hajat di hati nak sama2 dengan kawan baik saya pada ketika itu untuk bersekolah di Sekolah Menengah Arab Al-Ehya El-Karim Tanjung Bidara, Melaka. Namun begitu, kuasa veto bukanlah di tangan saya..keluarga menyuruh saya menerima tawaran untuk meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Melaka.
Tibalah hari yang dinanti..hari pendaftaran ke sekolah baru, alam baru. Malangnya mak abah tak dapat menghantar saya ke sana kerana pada hari tersebut mak abah pergi ke Kedah untuk menghantar kakak yang baru sahaja mendapat tawaran ke Institut Perguruan Darul Aman. Jadi, yang menghantar saya pada hari tersebut adalah abang saya dan sepupu saya yg juga seorang guru. Kami pun terus pergi ke Sekolah Tinggi (P) Melaka yang terletak di Durian Daun, Melaka. Setibanya di sana kami terus ke bahagian pendaftaran. Malangnya nama saya tiada dalam senarai pelajar baru yang akan mendaftar masuk. Masa tu saya kecil lagi..semuanya abang dan sepupu yang uruskan. Tugas saya hanya mendengar dan mengikut arahan. Jadi bila dah takde nama kami pun pergi ke Sekolah Tinggi (L) Melaka...manalah tahu kot2 nama saya tercampak ke sekolah lelaki. Hahaha..memang betul pun! Nama saya tersenarai di bahagian pendaftaran Sekolah Tinggi (L) Melaka...aduhai macamana la boleh silap! Patutlah dalam surat tawaran hanya ada nama saya sahaja...tiada bin atau binti..malah nama abah saya pun takde!!. Kan dah jadi cerita hangat!!! Bayangkanlah kalau saya seorang jer pelajar perempuan di sekolah tu...mati saya dibuatnya! Ataupun tak pasal2 saya jadi tomboy pulak! (walaupun memang pada waktu itu saya memang kelihatan boyish..lasak!)
Kalau kamu lihat nama penuh saya...NOR SALFARIZAN...agak2nya macam nama lelaki ker??? Dah sah2 ada NOR kat depan tu kan dah menunjukkan nama perempuan. Memang saja jer tau diorg nie...memang sampai sekarang semua orang tak pernah lupa dengan peristiwa ini. Sampai sekarang pun ada juga yang mengusik2 saya dengan cerita kenangan nie...hehehe. Tapi saya sedikit pun tak marah...
MEKAR di hati...
At last, hikmahnya dapat juga saya bersekolah di Mahad Al-Ehya El-Karim (MEKAR), lagipun saya turut ditawarkan untuk bersekolah di sana memandangkan saya juga pelajar cemerlang untuk sekolah agama. Hehehe..itulah antara kenangan yang takkan saya lupakan.....
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
1 comment:
salam kak..
zamn sekolh mmg bestkan..nak ulang je kembali hehehe..
ternyata saat tu mmg amy dirindui olh smua org hehee
Post a Comment