AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Friday, October 29, 2010

~*trimester ketiga kehamilan*~

MINGGU KE-28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
 
 
 
MINGGU KE-29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.
 
 



MINGGU KE-30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.



MINGGU KE-31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.



MINGGU KE-32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.



MINGGU KE-33
Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.



MINGGU KE-34
Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm. 

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.


MINGGU KE-35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm. 

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet.
Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.



MINGGU KE-36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


MINGGU KE-37
Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin. 



MINGGU KE-38
Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.



MINGGU KE-39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm. 

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.


MINGGU KE-40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, October 27, 2010

~*secebis memori*~

lately
asyik sangat layan video lama2 Aufa2
zaman diorg kecik2 dulu
dah takde keja sgt la tu
hehe

jom layan antara video2 yg ada...




20/08/2008
masa nie kakak baru 2 tahun
adik baru 8 bulan



03/06/2009
masa nie kakak 2 tahun 7 bulan
adik 1 tahun 6 bulan
hari nie Aufa Irdina berjaya juga
tulis nama sendiri
mama juz sebut huruf2nya saja
kalau tak bantu
nanti dia akan tulis begini


so
mama sebut huruf
Aufa tulis
inilah hasilnya
hari nie 'U' Aufa mcm 'V' pulak
well done darling!!! 
lukisan tak boleh tinggal
itulah dia...AUFA IRDINA

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, October 24, 2010

~*jeles...*~

benchi!! benchi!! benchi!!
ini tidak adil!!!
sy nie dah 15 tahun jadi loyal fan
dia tu...bukan minat pun
loyal fan..jauh panggang dari api
arrgghhhhh
jelesnyaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!




kalau dia bergambar dgn insan ini
sy tak jeles pun!
sungguh!
sebab sy bukan loyal fan insan ini
hehehe
tapi tetap kagum pada dia
sebab berjaya menawan hati
orang yg sy suka

sy jeles
sy geram
sebab dia dapat bersua mata 
dgn DATO SITI NURHALIZA
kesayangan sy
sejak 15 tahun lamanya
siap dapat borak2 lagi
dekat istana pulak tu! (sempena birthday Sutan Pahang)
lagi la sy geram!

















nasib baik dia tak bergambar dgn dato siti
kalau tak....
sy akan boikot dia
sebab saja nak sakitkan hati sy! 
hahaha
ntah apa2 kan!



** actually hari nie ada Istiadat Pengurniaan Darjah2 Kebesaran Negeri Pahang sempena birthday Sultan Pahang, di Istana Abu Bakar Pekan Pahang. So en suami terjerumus ke sana sebab student2 UMP terlibat dengan kior..so sbg officer incharge dia kena ada la...tu yg dapat jumpa Dato CT tu...malam nie pulak ada makan malam di istana...bestnya kan...jeles I tau! ;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*wanita*~

jom dengar lagu lagi
kali nie
lagu yg cukup bermakna
khas untuk wanita muslimah
yg turut menjadi ringtone handphone sy

jom layan




wanita by dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Saturday, October 23, 2010

~*suatu masa*~

jom layan lagu nie
lagu kegemaran sy
dan artis kegemaran sy juga
lagu nie...liriknya sungguh puitis
melodinya sungguh indah

asalnya
M.Nasir nyanyi solo
tapi
yg nie masa konsert bagaikan sakti
so
M.Nasir duet dengan Dato Siti Nurhaliza
best sangat!!!!
jom layan!!!!



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, October 22, 2010

~*komputer barbie*~

alkisahnya
ada budak mengidam
mengalahkan mama dia yang mengandung
sejak dari bulan puasa yg lepas
selalunya tak macam nie
tapi kali nie
teruk jugalah mama&baba
nak memujuk
kadang2 sampai tertinggi juga nada suara
akibat geram
bila budak tu tak faham
atau buat2 tak faham


laptop nie dah rosak...huhu


kisahnya bermula
di suatu malam di bulan puasa
tatkala ingin membeli baju raya
maka
pergilah kami ke butik Baby Homes
nak cari baju princess
(permintaan budak tu juga)
sampai2 jer di sana
masing2 sgt teruja
termasuk mamanya
wah!
macam2 ada...
fokus budak2 tu sudah lari
no more baju princess!!
masing2 sudah teruja
dengan komputer (laptop) barbie
aduh!!!!
harga dalam 100++ 
kalau beli satu
confirm hari2 berebut n bergaduh
kalau beli dua
maka larilah budget hari raya kami
in conclusion
jgn beli!!!


 ala...ciannya dia...


keluar jer kedai
sorang dah menangis
nasib baik parked kereta betul2 depan kedai
masuk dalam kereta
dua2 meraung
'nak komputer barbie...nak komputer barbie'
sampai teresak2 menangis
kami betul2 terkejut
isshhh tak pernah2 diorg buat perangai macam nie
nak pujuk diorg
bawa pergi kedai satu lg
(lupa dah nama kedai)
pujuk diorg dgn beli sandal princess
huh!
barulah diorg diam
lega....


mengidam yea kakak...hehe


dah hampir 2 bulan berlalu
ingatkan dah lupa
sejak 2 minggu nie
hari2 ulang
'Aufa nak komputer barbie..mama beli'
'Baba..beli komputer barbie Aufa'
bila sorang dah menyebut
yang sorang lagi pun apalagi
'Adik nak komputer cinderella'

minggu lepas
lalu depan kedai Baby Homes tu
tragedi berulang kembali
sekali lagi budak tu buat perangai
ajak pergi kedai tu
sampai merajuk2
sampai termenung
sebab tak dapat apa yang dihajati
Allahu Rabbi...
sabar jelah!!

bukan taknak belikan
tapi
diorg nie dah banyak sangat mainan
apa yg takde...semuanya lengkap
buaian,gelongsor,basikal (ada 5!)
baby doll n teddy bear lagi la..
tak terkira
set thomas & friends
set strawberry shortcakes
barbie doll
buku2,pensil,pen,color,beg
isshhh penuh la satu bilik dengan mainan diorg
dari yang murah sampai yg mahal

sebelum nie
kalau kata tak boleh beli
faham & akur
kali nie
memang taknak faham
kalau dah nak tu
nakkkk jugak!!!!
no matter what!!!!
ikut perangai sapa la agaknya????

errrrr
saja abadikan kisah nie di sini
nanti
bia diorg dah besar
n belek2 blog nie
biar diorg tahu
perangai diorg kecik2
hehe

or
mana la tahu
ada yang sudi nak hadiahkan
komputer barbie tu pada diorg
bila dah baca kisah nie
lalalalala
hehehehe


 




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

~*anugerah cinta*~

 9 Disember 2005 (Jumaat, 3 pm)
kami diijabkabulkan
memadu kasih menyemai benih
menyulam cinta bersemi bahagia
ANUGERAH CINTA terindah dari Ilahi






13 November 2006 (Isnin, 8:30 pm)
lahirlah ANUGERAH CINTA pertama
penyeri ikatan penyambung zuriat
syukur alhamdulillah
diberi nama seindah rupa
AUFA IRDINA
'penghargaan kami yang lebih sempurna'




sungguh bahagia & sempurna
dengan kehadiran ANUGERAH CINTA ini





12 Disember 2007 (Rabu, 5:28 am)
dikurniakan ANUGERAH CINTA kedua
penyeri hidup pendamai jiwa
AUFA QISTINA
'keadilan kami yang lebih sempurna'





membesar bersama
saling menemani







 saling menyayangi




:)




setia menemani




 berkongsi gembira




ANUGERAH CINTA








kini
tidak sabar menanti
kehadiran ANUGERAH CINTA ketiga


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Wednesday, October 20, 2010

~*keluhan cik mata*~

dah jam 2 petang
tapi cik mata  sungguh tidak bermaya
seperti mahu berehat sepanjang hari
tanpa sebarang tugas

 haip!!!
mana boleh gitu cik mata
kalau kamu ingin berehat
kena la bertugas dulu
then berehatlah sepuas hati

semuanya kerana
cik mata tak cukup rehat di waktu malam
dah la siang tak rehat langsung
malam pulak jam 12 belum tentu direhatkan
sebab
cik puan mata kena tunggu anak2 dia tidur dulu
then
jam 3-4 pagi cik mata kembali melapur diri
lantaran cik puan mata akan terjaga
setiap kali tibanya waktu ini

haih
kesian cik mata 
kesian juga cik puan mata
apa nak buat
itulah antara ragam2 mengandung
yang harus dilalui

tapi
cik puan mata tak sia2kan peluang
bila cik mata melapur diri
terus cik puan mata bangun
dan mengambil wudhu
nak bagi cik mata segar 
so that cik puan mata boleh solat
solat tahajjud, solat taubat, solat hajat & solat witir
selalu juga cik mata diganggu
oleh makhluk yang sentiasa menggoda
namun
cik puan mata terus memberi semangat
agar cik mata terus berkhidmat
biarpun digoda


selepas cik puan mata solat subuh
cik mata semakin tidak bermaya
berkali2 meminta izin untuk berehat
nasib baik cik puan mata prihatin
maka
berehatlah mereka seawal pagi jam 7 
hingga selewat2nya jam 11 pagi
tapi
cik mata nie
macam tak cukup rehat jer
layu selayunya
cik mata...cik mata...
kesian kamu!




((apa yang aku mengarut nih????))


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Sunday, October 17, 2010

~*3rd generation of AUFA*~


Alhamdulillah syukur sgt2
dapat juga menjenguk keadaan baby dalam rahim sy
di usia baby 24 minggu
di WY KO Specialist Maternity & Gynecology, Jalan Beserah Kuantan Pahang
dengan kos sebanyak RM145 (4D scan/detailed scan + consultation)

Betul apa kata orang
Dr Ko memang terbaik!
dan memahami apa yg kita mahukan
tanpa perlu banyak bertanya
walaupun sy memang suka bertanya
semua yg menjadi persoalan telah terjawab

tentang EDD sy yang berubah 
kata dr Ko
samada period sy tak stabil
ataupun sebab breastfeeding

period sy ok
sy memang breastfeed Aufa Qistina even dah pregnant pun
oooo patut la EDD tak ikut tarikh akhir period
persenyawaan lambat disebabkan breastfeeding
lega...terjawab sudah 
so sekarang nie EDD terkini sy
6 Feb 2011


baby tidur..cute kan!


nampaknya
bertambahlah seorang lg AUFA
dr Ko macam faham2 jer
bila nampak jer jantina baby
terus cakap macam nie
"sabar ya puan..nampaknya tak dapat apa yg dihajati"
sambil tersenyum
hahaha
yang paling gembira
sudah pasti baba AUFA
mama AUFA pun happy juga
rezeki Allah nak bagi
terima dengan penuh terbuka
:))))

Alhamdulillah
baby sihat dan sempurna
berat 600 gram
masa scan baby sedang tidur
Dr Ko sampai goyang2kan perut sy
suruh mengiring ke kiri & ke kanan
sebab nak suruh baby bangun
dan pandang ke atas
mula2 tu baby taknak bangun
juz gerakkan tangan n kaki jer
Dr Ko suruh rest dalam 10 minit
then scan lg
inilah hasilnya

 
suka sgt tengok klip nie
sebab baby senyum..hehe
ketap gigi sy tengok..geram!!!
tak sabar nak 'uli' baby


baby tidur
depan muka baby ada tali pusat..so tak clear sgt 


last question sy pd dr Ko
tentang prematured delivery
bcoz Aufa Qistina dulu deliver prem (35 week)
dr Ko advise sy banyakkan rest
bila dah sampai 30 minggu
bcoz ada kemungkinan kali nie akan lahir awal jg
so
sy kena banyak2 rest
hopefully everything will be fine
ameen
 

errmmm
best pulak menulis macam nie
macam tulis note
teringat zaman belajar dulu
tak payah nak meleret2
straight to the point
:)
bye
assalamualaikum...

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, October 15, 2010

~*jom layan sy sembang...*~

good evening kengkawan
sy tgh tak tahu nak buat apa
sedangkan baju dah menggunung tu
tp malas punya pasal
terus tak tahu nak buat apa
hehehe

lately emosi sy selalu jer terganggu
cepat nak terasa
cepat nak merajuk
cepat jg nak menangis
org kata...pembawakan mengandung
adik-beradik sy kata...sy memang mcm tu even tak mengandung pun
ada member2 kata..sy nie manja
entah la
yg pasti emosi ini memang susah nak jangka
n susah jg nak kontrol
nak2 time pregnant

semalam
en suami offer 
samada sy nak handphone
ataupun nak buat scan 4D
ataupun anything else?

sy pilih scan 4D
sebab... sy teramat teruja 
nak tengok perkembangan baby
sebab... sy teringin nak tahu
macamana la gayanya baby kami nie
hidup dalam rahim sy
sebab... sy tak sabar nak tahu jantina baby
;)

handphone bukan pilihan utama
bcoz handphone yg ada nie still elok lg
hadiah dari en suami 2 tahun lepas
Nokia N81
juz nak tukar housing jer
tp nak yg original set
hehehe

 sempat lg berposing dgn handphone tu!  :)
@ hotel equatorial, bangi

oh ya!
almost 3 weeks en suami busy
dgn program2 universiti
malam nie ada pesta tanglung di UMP
as the officer in charge
dia kena la attend
even sometimes its very hard to understand his job
sebab malam2 kami takut
lebih2 lg kalau hujan
awal2 sy dah standby nyala lilin
takut black out!
:D

en suami yang busy...raja bersiung! hahaha
@ McD wangsa maju 


hari2 sy mengadap laptop
website utama... facebook n blog
selalu jg search tentang pregnancy
saja nak tambah ilmu
pendek kata...errr panjang pun kata jg (hahahaha)
apa yg terlintas di fikiran
hingga menimbulkan persoalan
confirm sy akan search dalam internet
yg terkini sy search tentang solat wusta
coz abah kedah selalu pesan
seboleh2nya jaga solat wusta
solat wusta nie  byk pendapat mengatakan solat asar
so
jangan lupa solat asar ya!
n solat2 fardhu yg lain
nak buat jg satu entri 
tentang solat wusta
tunggu.....

oklah
sy nak iron baju en suami
untuk malam nie
seronok tak layan sy sembang?
hehehe
thanx ya
sudi luangkan masa
tata
:)


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...