AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, November 10, 2010

~*dugaan buat mak abah*~

Di tengah2 khalayak ramai dalam sebuah majlis...tiba2 seseorang yg begitu hampir dengan anda berkata begini :
"ASYIK DENGAN KERJA2 HARIAN...BEKALAN AKHIRAT TAKNAK BUAT"
Bagaimana anda mengahadapi situasi ini? Apa perasaan anda? Apa  pula persepsi orang ramai terhadap anda? 

Adakah kata2 itu berunsurkan nasihat jika ianya dituturkan di hadapan orang ramai sehingga menjatuhkan maruah serta mengaibkan individu tertentu?

Huh....................
Inilah yg terjadi kepada mak abah di kampung...
Sebagai anak...betapa hancurnya hati sy dan adik-beradik lain bila mak abah diaibkan sebegitu rupa di hadapan orang ramai.
Sepanjang lebih 40 tahun mak abah tinggal di kampung, dah bermacam2 dugaan n ujian yg menimpa dan kesemuanya bukanlah datang dari orang lain..tapi dari darah daging sendiri.
Mungkin kerana mak abah tidak punya harta bertimbun2, maka dengan sewenang2nya mereka memperkotak-katikkan maruah mak abah.
Pernah suatu ketika di kalangan mereka melabelkan abah sebagai seorang yang tidak berjaya mendidik anak2 sehingga anak2 (kami la tu..) bersikap kurang ajar dengan orang tua.
Wallahi...setakat nie sy tak pernah tengok lagi abang2 n kakak2 sy tak hormat pada mereka, tak pernah pula memalingkan muka bila terserempak di mana2...tak pernah pula melontarkan kata2 kesat kepada mereka biarpun kami adik-beradik teramat geram dengan apa yg diperlakukan kepada mak abah.
Kami berdiam diri bukan kerana takut...tapi kami menghormati permintaan mak abah yg tidak mahu kami mengambil apa2 tindakan meskipun maruah mak abah sudah lunyai dipijak2 oleh mereka.
Malah...kami yg akhirnya mengalah dan pergi meminta maaf pd mereka..sedangkan kami sendiri tidak tahu apa sebenarnya silap kami...kami berbuat demikian demi mak abah.

Dah lama sy pendamkan hal ini...kalau boleh tidak mahu menulis yg bukan2 tentang apa yg menimpa family kami...
TAPI...kali nie sy rasa ianya sudah melampaui batas!
Apa yang mereka rasa dengki sgt dgn mak abah pun tak tahu la...adakah kerana kami sudah berjaya dgn kerjaya masing2 hingga mampu memberi sedikit keselesaan pd mak abah...jadi ada rasa PHD dalam diri mereka?? Entah la...
Jika niat mereka ikhlas ingin memberi nasihat kpd mak abah...apalah salahya jika mereka datang ke rumah atau panggil mak abah datang ke rumah mereka...talk to them privately...bukannya dengan mengaibkan mak abah di hadapan orang ramai.
Mereka kata mak abah asyik sibuk uruskan kerja2 harian...hinggakan bekalan akhirat taknak buat.

YA...di siang hari mak abah (abah especially) busy menguruskan lembu2 peliharaan. Pagi dalam jam 9 abah keluar menyabit rumput utk diberikan kpd lembu2 pd petang hari. Dalam jam 12 abah pulang ke rumah untuk berehat. Selepas Zuhur, dalam jam 2 petang abah keluar semula untuk membawa lembu2 abah meragut rumput di sawah, di ladang sekitar kampung. Dalam jam 5 petang abah akan pulang ke rumah setelah selesai menguruskan lembu2.Mak pula...dalam jam 3 petang, mak akan pergi ke kandang lembu untuk membersihkan kandang.

Adakah disebabkan kesibukan mak abah di siang hari...memberi 'lesen' kpd mereka untuk mengatakan sedemikian kpd mak abah? Perlukah mak abah mencanang2kan kpd semua tentang segala amal ibadat yg mak abah lakukan setiap hari...untuk menutup mulut mereka? So..kalau mereka sentiasa berada di rumah..adakah 24 jam masa mereka dihabiskan dengan beramal ibadat sebagai bekalan akhirat mereka? Jika itu yg mereka lakukan...sudah menjadi bonus buat mereka. Jika sebaliknya..malah sibuk mempersoalkan bekalan akhirat org lain...WHAT DO YOU THINK OF THEM???

Meh sy ceritakan kegiatan harian mak abah...jika benarlah seperti yg mereka sangkakan itu...seawal jam 5.30 pagi mak abah akan bangun dari tidur...bersiap2 untuk solat Subuh. Selepas Subuh, abah akan menghabiskan masa hingga jam 7 pagi membaca ayat2 suci al-Quran. Sementara mak akan mengikuti tazkirah pagi di televisyen. Jam 7 pagi..mak abah sarapan sambi menonton segmen "Tanyalah Ustaz" di TV9. Selepas Solat Maghrib, abah akan menyambung mebaca al-Quran. Tengah malam abah akan bangun untuk melakukan solat malam. Itulah yg sy perhatikan setiap kali sy berada di kampung. Dan mak abah akan sentiasa mengingatkan kami tentang solat dan ibadah2 lain meskipun kami sudah dewasa dan berkahwin. Abah pula ada bercerita...sambil mengembala lembu pun kita boleh beribadah...dengan berzikir...itu yg abah selalu buat.

Memang sakit hati sangat2 setiap kali fikirkan hal nie. Sampaikan bab amal ibadat mak abah pun mereka nak pertikaikan. Sedangkan mereka tak tahu apa2pun...terus nak tuduh yg bukan2. Mak abah bukanlah jenis yg suka menunjuk2...takkanah segaa amal ibadat nak dicanang2kan kpd mereka...takkanlah setiap langkah mak abah wajib dilaporkan kpd mereka.

Manusia begini biasanya ada masalah dengan hati. Selagi mereka tak cuci hati mereka sebersih2nya..selagi itulah perasaan dengki, khianat dan takbur akan menjadi makanan kpd hati mereka. Sentiasa meninjau2 kesilapan orang lain...sedangkan secara tak sedar mereka telah mempertontonkan kesilapan diri sendiri. 

Menganggap diri sebagai alim ulama..tapi sebenarnya tak ubah seperti ULAR DALAM SEMAK!!!

Semoga mak abah terus tabah dan sabar menghadapi ujian2 dunia ini. Dan kami yakin mak abah memang cukup sabar..cuma yg kami risaukan adalah takut2 kesihatan mereka akan terganggu akibat diasak dengan tohmahan demi tohmahan yg tidak berasas dari darah daging sendiri....

Ya Rahman Ya Raheem
Kau restuilah kedua ibu bapa kami
Kau rahmatilah kehidupan mereka
Ya Aziz Ya Jabbar
Kau kurniakanah kesihatan yang terbaik buat mereka
Kau berikanlah ketenangan dalam diri mereka
Kau panjangkanah umur mereka
serta
Kau lindungilah mereka
Dari fitnah manusia durjana
Ameen..Ameen..Ameen


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

2 comments:

atEhmIes said...

salam ijan..

begitulah lumrah manusia..
kita takkan mampu nk ceritakan pd semua org apa kegiatan kita..

sebaiknya..bersabarlah....biarlah org mengata apa sahaja..asalkan kita tahu hubungan kita dengan pencipta kita bagaimana..

begitupun..tiap kata org tu kita jadikan kayu ukur...sebab kita tidak sempurna mana...

kesimpulannya..mulut org tidak akan mudahkita ttutup seperti mulut tempayan..

berdoa semoga kita terus diberi kekuatan utk melakukan amal ibadat kepada Allah..dan smeoga mereka yang mengata yg bukan2 diberi hidayah...

percayalah stau hari nanti semuanya akan terbukti...

so sabar yer sayang...

Fatih said...

nauzubillah..kecewa dan patah hati saya baca kak...
siapa kita nak menghitung amal ibadat seseorang itu
siapa kita nak menilai berat ringan pahala dosa seseorang
siapa kita nak menentukan syurga neraka arah kita...
malah siapa kita untuk mengaibkan seseorang apatah lagi hal berkaitan ibadah
sedangkan orang yang tidak sembahyang pun kita x boleh nak menghina mereka
sebab iman itu letaknya pada hati...
dan hakikat keimanan seseorang itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..
semoga pak ndak dan mak ndak akan lebih tabah menerima segalanya dan yakin segalanya2 daripada Allah..dan setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..
Allah tidak akan membebani hambaNya lebih daripada apa yang mereka mampu..
Allah tahu mak ndak dan pak ndak mampu mengharunginya..
jadi mereka adalah insan terpilih...
agar tetap keimana mereka pada Allah...
bagi insan yang melakukan perbuatan tersebut..
beristighfarlah...
mohon keampunan dari insan yang teraniaya
dan mohon maghfirah dari Allah..
kerana kita tidak tahu bila detik nya pemergian kita..
jazakumullahukhairan kathira....
barakallahufikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...