AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Monday, November 8, 2010

~*Shahir AF8*~


Selain Dato Siti Nurhaliza
Saya memang mengkagumi anak muda ini
AHMAD SHAHIR BIN ZAWAWI
Juara Akademi Fantasia 8

Saya meminati Shahir bukan kerana dia hensem (walaupun hakikatnya tak dapat dinafikan lagi kehenseman dia..hehe)

Tapi kerana keperibadian dia, suara dia yang unik serta kematangan & kebijaksanaan dia membawa diri dalam dunia seni tanahair

Saya paling suka dengar/baca jawapan yang Shahir berikan setiapkali ditemuramah oleh wartawan

Bagi saya, jawapan2 yang Shahir berikan sudah cukup menggambarkan siapa dirinya yg sebenar dan sejauhmana dia pandai meletakkan diri dia di tengah2 kemeriahan n godaan dunia seni

Kata2 Shahir ini saya petik daripada 2 akhbar ( Berita Minggu & Pancaindera ) :
*Berita Minggu, 10 Oktober 2010
" Sy tidak perlu takut berdepan dengan masyarakat krn lambat laun mereka akan nampak kebenarannya. Alhamdulillah jika masyarakat melihat sy sebagai contoh. Sy jg ingin tegaskan, sy ikhlas berada dalam bidang ini (seni) untuk mencari rezeki dan tidak pernah terfikir mencipta kontroversi. Niat ikhlas itu yg memberi sy semangat utk terus menyanyi "
 " Setiap apa keputusan yg dibuat, restu ibu bapa penting. Sy mencari kebekatan dalam hidup dan berusaha untuk tidak melukakan hati mereka "
 " Sy serahkan jodoh kepada Allah. Tidak guna sy mencari di sana sini kerana apabila tiba waktunya, sy percaya Tuhan akan menghadirkan wanita terbaik dalam hidup sy, siap jg jodoh..sy terima "

*Pancaindera, 7 November 2010

" Ini semua minat sy. Bila kita ada minat sudah pasti kita akan berusaha untuk mendapatkan apa yg kita hajati. Asalkan sumber wang yg digunakan adalah halal ia sudah cukup baik. Yg penting kita kena berusaha untuk mendapat apa yg kita hajati "
 " Kadangkala bila dah sakit macam ni barulah sy dapat merenung kembali apa yg sy dah lakukan selama ini. Mencari di mana salah dan silap yg dilakukan tanpa sedar "
 " Apa yg bermain di fikiran adakah sy telah berubah. Sy tak mahu berubah menjadi org lain sedangkan org sekeliling sy yg mendoakan kejayaan sy selama ini "
 " Bagi sy restu ibu bapa itu amat penting. Kalau mereka redha dan merestui perjalanan kita, pasti tak ada masalah untuk terus hidup sebagai manusia yg berjaya "
 " Pada sy nikmat dunia terbahagi kpd dua. Pertama masa lapang dan kedua kesihatan yg baik. Kalau salah satu tak ada sudah pasti kurang bermakna hidup kita "

 Moga Shahir terus berjaya dalam bidang yg diceburinya...dan yang paling penting, dia tegas mempertahankan pendirian n prinsip dirinya...selama itulah sy akan menyokong dia.. :)

Malam nie Shahir bersaing dalam semi final Muzik2...wish him all the best!!




Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...