AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Thursday, November 11, 2010

~*manusia dan 'penyakit hati'*~



Rentetan daripada posting semalam, hari ini sy ingin berkongsi serba sedikit pendapat & pandangan sy berkenaan manusia yang mempunyai masalah dalam hati mereka; atau lebih jelas jika sy istilahkan sebagai 'PENYAKIT HATI'.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud :
“Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik,maka baik pula seluruh jasadnya dan jika ia rosak,maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati”. (HR Bukhari dan Muslim)

Hati merupakan elemen utama dalam diri manusia selain daripada akal dan nafsu yang akan menentukan hakikat manusia itu sendiri samada baik atau buruk dari segi perlakuannya.

Manusia yg bersih hatinya, nescaya akan mewarisi akhlak mahmudah...yang tidak sewenang2nya mengaibkan manusia lain apatah lagi menindas manusia lain demi kepentingan diri sendiri.

Ingatlah...dalam hadith Nabi SAW ada menyatakan barangsiapa yang mengaibkan saudaranya, nescaya Allah akan membuka aibnya di Akhirat kelak. Na'uuzubillahi min zaalik...

Manusia yg suci hatinya, pasti tidak memiliki perasaan hasad dengki kepada orang lain, lebih2 lagi pada darah daging sendiri.

Jika manusia tidak mampu menjaga hati mereka dari terus menerus di serang 'penyakit hati'...maka inilah yg akan menjadi punca perbalahan, penindasan dan akhirnya membawa kepada terputusnya silaturrahim.

Kita selalu mendengar orang berkata.."pokok pangkalnya hati...". Memang sudah terang lagi bersuluh, andai hati manusia nie bersih..Insha Allah segala sifat mazmumah tidak akan beraja dalam hati.

Masih ingat lagi dengan kisah sewaktu Nabi Muhammad SAW masih kecil? Ketika Malaikat Jibrail A.S menghampiri Baginda lalu membelah dada Baginda dan mengeluarkan segumpal darah? Malaikat Jibrail A.S berkata : "Inilah bahagian syaitan yang ada pada dirimu". Lalu Malaikat Jibrail A.S mencuci gumpalan darah tersebut sebersih2nya dan meletakkannya semula di dada Baginda.

Itulah yg berlaku pada Rasulullah SAW yang maksum...dan ianya tidak berlaku pada manusia biasa seperti kita.

Jadi, sedaya upaya kita harus menjaga bahagia hati kita agar tidak menjadi sarang kepada syaitan laknatullah yang akan menyesatkan kita, yang akan menabur benih mazmumah dalam diri kita.

Firman Allah Taala :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
 
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57)
 

Apakah penyembuh atau penawar bagi 'penyakit hati' ini?
 
Firman Allah Taala :
 
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.(Al-Isra:82)
 
 
Penawar terbaik bagi manusia yang berhadapan dengan 'penyakit hati' ini adalah:

* Membaca al-Quran serta memahaminya.
* Solat wajib dan sunat (solat malam ).
* Puasa
* Zikir
* Berkawan dengan orang yg soleh
 

 
Dan yang paling penting, sentiasalah melakukan MUHASABAH DIRI Periksa diri sendiri..adakah kita terkena jangkitan 'penyakit hati'? Adakah kita telah membenarkan syaitan menjadi raja dalam hati kita? Adakah terdapat sifat2 mazmumah dalam diri kita tanpa kita sedar?

Jika anda merasakan diri anda mempunyai 'penyakit hati'...SEGERA BERTINDAK!!! kerana ianya akan membahayakan diri anda dan juga orang lain yang akan menjadi mangsa kepada penyakit anda itu...


EXAMINE & IMPROVE OURSELVES

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

2 comments:

Unknown said...

makan lah dari sumber yang halal supaya hati tidak menjadi kotor dan hitam :)

AufaZanKi said...

org yg jaga makan minum pun..kalau x jaga diri dari terus menjadi best friend syaitan..mmg takkan boleh diselamatkan lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...