AufaZanKi

My photo
Special Thought For The Super Special Persons In My Life

Wednesday, April 27, 2011

~*JoZan maharaja lawak*~


Korang layan Maharaja Lawak tak? Best la program tu...suka sangat!! Dan yang paling saya suka tengok adalah si JoZan. Since diorg jadi pengacara program Raja Lawak lagi saya dah follow lawak sengal diorg. Adoii memang tak menyangkainya pun diorg boleh buat lawak tak hengat punya...pun...alahai..cek mek molek...adoi!! haaa itu acai yg kata...hahahaha

Bagi saya, performance JoZan semasa minggu ke-4 adalah sangat cerdik dan paling kreatif...seperti yg dikatakan oleh Ahmad Idham. Diorg memang naturally kelakar...plus banyak idea...tu yg menjadi jer lawak diorg...tak pretentious. Dan yang paling penting JoZan amat serasi bersama...wah!  Lawak diorg seimbang...takde yg terkurang dan takde yg terlebih...saling melengkapi. That's why diorg boleh bertahan dengan branding yg diorg bawa since Raja Lawak. 

"saya punya ikhlas 30 jer cik..."

Personally saya lebih tertarik dengan lawak2 si Johan. Memang tak boleh blah punya lawak! Johan banyak idea dan pandai memeriahkan suasana. Si Zizan tu lebih kpd body language...kelakar la jugak! Antara Johan dengan Zizan...saya rasa Johan lagi best! hehehehe...tapi sebab Zizan hensem sikit dari Johan and Johan hensem banyak...hahahaha (rambut maggi!), plus si Zizan tu single lagi...that's why Zizan lagi famous.

zizan dah macam bangla dah aku tengok! ;p



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Tuesday, April 26, 2011

~*2 and a half months old of Aufa Kashfina*~

I wanna write about the 'dobot cantik'..nickname from Uda Shida. Her age today is 2 months 15 days old. Compared to other baby, Kashfina's growth is a bit advance where her weight at 2  months is about 6.4kg. She's look like 5-6 months baby! Take a look at these pictures...

kepala besar...not 'besar kepala'...byk neuron nie...hehe

disebabkan byk neuron dlm otak..berfikir semasa tidur...;p

Orait! Berbelit dah lidah nie jadi oghang putih...hehe, Kashfina still breasfeeding in demand...belum makan or minum apa2 selain susu mama dia....air kosong pun tak pernah rasa lagi...huhu. Kalau ikut orang lama2 umur 2 bulan dah disuapnya nasi lenyek! Amat tidak sesuai untuk usus baby...menurut kata doktor la...saya hanya menurut perintah saja. Lagipun susu ibu memang sudah complete dgn pelbagai khasiat untuk baby o-6 bulan tanpa memerlukan makanan tambahan. Selepas 6 bulan barulah boleh diperkenalkan kepada baby makanan2 tambahan seperti bubur nasi, puri, jus buah dan yg sewaktu dengannya. DAN penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga anak kita berusia 2 tahun...seperti yang tercatat dalam al-Quran. Aiyooo terbagi ceramah kesihatan la pulak! hahaha...takpelah yea..at least takde la kita berborak kosong....ehhh ke saya yg cakap sorang2??? adoyai! ke laut dah saya nie!!!!

budak dobot ini dah tidur dalam buaian...

eeeiii geram!!!
 
Kashfina dah pandai tengok TV...sekarang nie pun dia tengah layan kartun Jungle Junction. Agak2 dia dah boring memuncungkan mulut...(tak tahu la kenapa Kashfina buat gitu...geram tengok kartun tu bergerak2 kot!)....kejap lagi dia menjerit la tu..;p

Nah....layan la klip Kashfina yang bukan di agah oleh sapa2 pun..tapi oleh kipas! Apa yg menarik sgt kipas tu sampai galak sgt dia! :D

Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 22, 2011

~*sakit itu ujian*~

Hampir seminggu Aufa Irdina dan Aufa Qistina sakit. Sakit yang dimulai dengan demam, tiada selera makan, tumbuh ulcer dalam mulut dan tumbuh bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki. Ingatkan demam biasa...rupa2nya mereka dijangkiti sakit tangan, kaki dan mulut atau Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)

Bagi sesiapa yang masih blur tentang penyakit ini silalah klik link di atas. Secara ringkasnya, HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang dicetuskan oleh kumpulan virus jenis coxsackie A yang kebiasaannya menyerang kanak-kanak dan bayi. Antara simptom2 jangkitan virus HFMD ini adalah demam, timbul ruam dan lepuh di tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan lampin, tumbuh ulcer di dalam mulut dan sakit tekak. Dalam keadaan ini, kanak-kanak akan menjadi lesu, hilang selera makan dan berasa tidak selesa. Penyakit ini amat mudah berjangkit bagi kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Ianya merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.


Begitulah yang disahkan oleh doktor bila mengetahui simptom2 yg dialami oleh Aufa Qistina. Namun ianya masih di peringkat awal jangkitan. Demam yang tidak teruk, timbul bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki...tapi tak banyak, ulcer dalam mulut hingga menyebabkan mereka hilang selera makan. Selama 3 hari hanya bergantung kpd air kosong sahaja...susu pun taknak juga. Betapa risaunya kami melihat keadaan Aufa Qistina...sehingga Baba mereka yg dalam perjalanan pulang ke Kuantan patah balik ke Melaka kerana teramat risau. Disebabkan trauma dengan sakit ulcer...Aufa2 tak bercakap...hanya menggunakan bahasa isyarat saja...nak minta apa2 pun juz tunjuk jer tanpa suara. Macamana la kami tak risau...tapi bila menangis ada pulak suaranya...kuat pulak tu! ;D Alhamdulillah selepas 3 hari barulah dia nak makan...dah terlalu lapar agaknya. Sambil makan dia menangis sebab sakit...aduhai...sayu hati ni...kesian sgt


menahan sakit...



  
bila dah tak tahan sakit...meraung la dia...poor of her...


Aufa Irdina juz tumbuh ulcer dalam mulut. Pasif jer dia...tak menangis bila sakit...diam jer. Kami yg risau bila tengok dia senyap...selalunya dia la yg paling 'becok'...semua benda nak tanya! hehehe...kata Baba... 'time Aufa banyak tanya..mama suruh diam..bila dia tak bercakap risau pulak".... :D Aufa pulak 4 hari taknak makan apa2...dah hampir seminggu baru la dia nak makan...dah lapar sgt agaknya...itupun nak makan bubur nasi dan biskut. Still trauma...kesian anak mama.... :(


terbaring lesu...


ceria la bila dah sihat...nampak susut...


Apa pun..rasa bersyukur sgt bila mereka menunjukkan perkembangan positif. Selagi mereka belum recover selagi itulah hati kami tak tenang. Walaupun HFMD merupakan penyakit berjangkit yg sederhana namun ianya boleh menyebabkan kematian. Setakat ini masih belum ada vaksin utk HFMD. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu.


Sakit itu ujian dariNya...sebagai tanda kasih sayangNya...terima dengan redha...



Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Friday, April 15, 2011

~apa yang diharapkan memang susah nak dapat*~

Lumrah hidup manusia akan sentiasa berharap kepada sesuatu. Sentiasa menginginkan sesuatu menjadi miliknya atau mengharapkan sesuatu menjadi kenyataan. Dan menjadi lumrah juga apabila sesuatu yang diharapkan itu tidak berjaya dimiliki atau tidak menjadi kenyataan. Seperti mengharapkan daun menjadi duit....memang mustahil! Kecuali jika Allah yang berkehendak sedemikian rupa....errrr kalaulah daun boleh jadi duit....alamatnya....memang jadi padang jarak padang tekukur la dunia nie....semua pokok habis ditebang sebab nak ambil daun! :D

Di dalam situsi berharap, perkara paling penting yang perlu kita awasi adalah EMOSI/PERASAAN. Dan yang menjadi tunggak kepada situasi ini adalah REDHA. Emosi yang dimaksudkan adalah samada perasaan suka/gembira tatkala harapan kita tercapai atau perasaan duka/kecewa bila harapan kita hancur berkecai. Sebab itulah kita perlu pupukkan sifat redha dalam diri. Kita redha dengan apa yang telah ditentukan kerana kita hanya mampu berharap dan berusaha untuk merealisasikan harapan kita...namun hanya Dia yang Maha Layak menentukan segalanya. Bila kita redha dengan ketentuan Ilahi, kita dapat mengimbangi diri kita dalam apa jua situasi samada suka atau duka. Gembira bila apa yang diharapkan menjadi nyata...namun tidak sekali2 riak dan bermegah2. Kecewa bila harapan tidak tercapai...namun tidak menyalahkan sesiapa dan tidak melakukan perkara2 di luar batas akal.



Oleh yang demikian.....jadilah seorang yang POSITIF dalam apa jua keadaan. Positif dalam berfikir dan bertindak. Kita juga harus percaya kepada hikmah di sebalik kejadian. Jika apa yang kita harapkan tidak tercapai tentu ada hikmah yang kita sendiri tidak ketahui. Dan ingatlah bahawa itulah tandanya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Berkehendak terhadap sesuatu.

Jangan putus harap. BERDOA-lah moga Allah berikan yang terbaik dalam hidup kita. Berdoalah moga Allah rawat hati kita yang kecewa itu dan gantikannya dengan kegembiraan2 lain. PERCAYA kepada hikmah Allah.


Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...