Again...weekend yg membosankan becoz Baba ada program lagi. Naik jer semester baru berderet2 program yg nak kena handle...aduyai! Dah tahap wajib bersabar dah saya ni....rasanya sampai la waktu saya bersalin nanti pun Baba still busy lagi.... :(
But luckily petang tadi Baba sudi juga luangkan his ample time and bring us out...walaupun sekadar bersiar-siar dalam kereta jer..ambil angin laut di Pantai Balok. Then, terus ke Teluk Cempedak...teringin nak makan cheesy wedges. Thanks a lot Baba....its really appriciated! Mmmmuaahhhhhsss!!!!
-----------------------------------------------------------------------
Sambung entri minggu lepas..hehehe...actually sekarang ni saya tengah bersengkang mata menahan mengantuk yang teramat! Sambil menaip entah berapa puluh kali menguap! Malam semalam melayan Kashfina yg segar bugar sampai 3 pagi...itupun saya yg tidur dulu dari dia yang tengah khusyuk menekan-nekan handphone. Saya ni pulak bukan jenis yang suka tidur di waktu siang...itulah pasalnya...elok-elok saya nak lelap tadi Aufa pulak tak bagi tidur...suruh teman dia sampai Baba balik. Aduhai....dengan relahati pijak-pijakkan kaki saya yg sedia ada lenguh ni..bijak memang bijak!
Entri ni khas untuk Baba yang sebenar-benarnya. Nak cerita betapa busy-nya Baba sejak bulan Februari. Every weekend ada jer pogram & bengkel. Weekdays pulak...tengah malam barulah Baba betul-betul ada kat rumah. Selebihnya banyak dihabiskan masa di office, studio & merata tempat lg la...
Kami ni terpaksa la menahan sabar dengan terperap jer kat rumah...buat macam-macam aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan. Selalu juga la merajuk bila Baba langsung tak ingat kat kami...kot yea pun busy...jangan la sampai ignore jer kami kat rumah ni...itu yg merajuk tu. Tapi, Baba ni pandai pulak nak memujuk...umpan kami dengan bawa kami keluar makan la...jalan-jalan la...done2 jer terlupa tengah merajuk! Hahaaa...bijak memang bijak! ;p
That's why la sometimes Aufa2 selalu jer tak bagi Baba pergi kerja especially waktu malam. Boleh dikatakan setiap malam Baba ke studio. Memang kesian n tersentuh juga la hati ni everytime they asked Baba not to go out for work. Itu yg terkeluar statement.."klau Baba ada Aufa happy, kalau Baba takde Aufa tak happy". Ni haa baru jer sekejap tadi Aufa merungut.."Issshhh Baba ni lambatnya nak balik!"...see...macaamana la hati saya ni tak luluh...kesian sangat kat Aufa3...
Inilah gambar-gambar Baba yg sentiasa busy dengan program...seorang jer pegawai kebudayaan di UMP yg nak handle semua event yg berkaitan dgn seni & budaya...n cuma ada 2 staff yg memang core dalam bidang ni...tak ke pengsan nak handle semua program student, program staff & program universiti. Itu belum lagi peringkat IPT seluruh Malaysia yg under MAKUM tu...giler lah!!
|
Bermula dengan bengkel orkestra pd 18 Februari 2012...yg pakai t-shirt putih tu la org yg bertanggungjawab melatih bebudak erkestra UMP |
|
Sekarang ni Aufa Irdina request nak main flute...dulu sibuk nak main violin... |
|
masa show @ 27 Februari 2012...debat integriti nasional peringkat IPT |
|
After that, Baba busy dengan kelas drum pulak! Every night training kat studio... |
|
Tengok la tu...gugurl pun terer main drum tau...salute la student2 yg ada bakat dalam bidang muzik ni..at least waktu terluang tu terisi la juga... |
|
Bengkel teater pulak...on 3rd - 4th March (on weekend uolzs...)...Baba pun dah macam student pulak! ;p |
|
Nak pentaskan teater "Ustaz Zapin"...around April kot! isshhh dah la time tu nak bersalin dah... |
|
Malam Puisi Riung - program hari Jumaat ni...Baba main gitar macam kat dalam gambar tu...katanya instrumental lagu ombak rindu...suka! hehee |
Ahad ni pulak ada program Pertukaran budaya Malaysia-Indonesia-Bangladesh. Next week katanya nak buat bengkel dikir barat. Aiyoooo...memang 'hancussss' weekend kami!! and even weekdays!!!
|
Baba baru jer sampai rumah ni...jam 1 pagi! rest sekejap n terus pegang gitar...cari ilham ke....? |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
Sibuknye kak izan! Kalau saya muncung dah sedepa dah! hahaha... takde ke aktiviti tu yg kak izan dan anak2 boleh gi join.. takpun, husbnad kak izan bwk 2 orang kakak tu join sekali.. so, takde la boring sgt kakak aufa 2 orang tu.. husband husni suka bwk kami gi ofis dia kalau kena kerja sampai mlm..
husni...busy kan! nak buat macamana...adoiii...kdg2 kami ikut jg dia ke studio..tp better duduk kt rumah kot..byk benda boleh buat...
Post a Comment