Cerita lawak hujung minggu....
Tengah menggosok baju melayu Baba untuk program malam ni...tiba-tiba ada la sorang budak tu kan...kejap-kejap dia jenguk...kejap-kejap dia jenguk. Finally, agaknya dah tak tahan la tu...terus dia tanya :
"Nak kahwin lagi ke....?"
Saya senyap jer....dah tahu dah apa statement2 dia yang seterusnya. Still tak puas hati selagi saya tak respon...dia ulang lagi soalan yang sama :
"Nak kahwin lagi ke...?"
Saya pun dapat idea...apa lagi kan...idea nak menyakat la....barulah ceria sikit rumah ni...so kami pun berdialog :
"Bukan Mama yang nak kahwin...Baba yang nak kahwin..."
"Tak boleh! Baba tak boleh kahwin!"
"Biarlah Baba nak kahwin...nanti Adik dapat Mama Baru..." ( Dalam hati....membara jer rasa! )
"Adik taknak Mama Baru! Adik nak Mama Lama jer!"
"Mama Lama??? Siapa Mama Lama tu?" ( Rasa nak tersembur gelak ni tapi ku tahan jua! hahaha )
"Mama yang ada baby tu la! Adik tak bagi Baba kahwin!" ( Sebab kena provoke kan...so semua statement dia ada tanda seruan...;p )
"Mama yang ada baby? Yang mana satu?" ( Ceh! Saja jer saya buat-buat tak faham )
"Mama yang ni laa.." (sambil tersenyum dia cakap...malu la tu! )
Then, sorang lagi masuk bilik...soalan yang sama ditanya...dan jawapan yang sama saya berikan. Dan ini jawapan dia :
"Baba tak boleh kahwin! Aufa tak bagi!!"
"Biarlah Baba nak kahwin...nanti Aufa ada Mama Baru"
"Aufa taknak! Nanti Mama Baru tak boleh masuk dalam rumah! Duduk kat luar jer!"
"Adik tak bagi Baba kahwin!!!" ( This time keras sikit suara dia...notty I kan! kikiki )
"Nanti Aufa ada dua Mama...kan best..." (provoke lagi... )
"Aufa taknak! Mama Baru tak sama muka dengan Mama! Aufa taknak Mama dua...Aufa nak Mama ni jer!"
Kesian la pulak kat Aufa2...saya dah bagi gangguan emosi pulak kat anak2...cepat-cepat saya perbetulkan keadaan...
"Takdelah...Baba ada program malam ni la..."
"Baba pakai baju raya ke?" ( Adik ingat kalau pakai baju Melayu nak raya jer la...)
"Kenapa Baba pakai baju ni? Macam sama jer dengan baju kahwin?"
Kesian kat Aufa2...kena provoke dengan Mama..hehehe...kecik2 lagi diorang dah faham kepahitan "madu" ni kan...diorang pun tak nak berkongsi kasih sayang Baba dengan orang lain...apatah lagi Mama! Ingat senang nak bagi Baba kahwin lagi? Tersiksa jiwa Mama tau!
Baju melayu ni la yang saya gosokkan untuk Baba pakai malam ni...that's why Aufa sangka Baba diorang nak pergi kahwin! Kikiki... |
Facebook Comment Source : Saya Khai, Jadi?
2 comments:
kihkihkih..nk tergelak pun ada baca..keletah betull..jgnkan budak, mama dia lgi la xnk kan..klu iron baju tu rela biar hangus..hahaha
nasib baik Mama diorg ni takde ganggun emosi..kalau tidak..memang hangus baju melayu Baba tu! hahaaa
Post a Comment